Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Tuesday, January 10, 2012

Bila Cinta Datang Bertamu

Ada seorang hamba Allah yang saya kenali secara tidak langsung kerana sering membeli sarapan di gerainya, Dalam pada mengenali secara begitu, saya sudah maklum terlebih dulu bahawa dia adalah ibu kepada bekas pelajar suami saya.. Pelajar itu juga saya kenal kerana dia pernah membantu kami untuk ke airport. Dia sudah bekerja tapi belum berkahwin. Orangnya memang disenangi hingga walaupun sudah habis belajar dia masih berhubung dengan bekas pensyarah.

Cerita tentang ibunya itu apa yang saya faham, ibunya meninggalkan kampun halaman yang indah dan kehidupan yang sudah cukup established dek kerana ada gangguan orang ke tiga. Khabarnya ada orang yang jatuh hati pada suaminya. Menarik juga cerita itu kerana biasanya kita dengar cinta di kalangan orang muda atau pertengahan usia. Ini pula berlaku kepada makcik yang sudah pencen dan usia juga sudah menjangkau cecah enam puluh. Tapi siapalah kita untuk mentafsirkan keadaan atau mempersoalkan permaslahan... saya tidak mampu bayangkan bagaimana kasihnya dia pada suaminya hingga tidak sanggup diduakan, lalu dia tinggalkan kampung halaman dan memulakan hidup baru di bandar. Difahamkan suaminya itu walaupun pada kaca mata saya biasa sahaja rupa parasnya namun dia dikatakan baik dengan semua orang hingga ada seorang janda yang tergila-gilakan dirinya biarpun sudah berusia.

Makcik yang saya kenali itu amat baik orangnya.Lemah lembut gaya percakapan Makanan yang dimasak juga boleh tahan sedapnya. Dari riak wajahnya dia seperti kesunyia dan menyinpan rahsia yang tersirat. Setiap kali saya singgah di gerainya pasti ada yang akan diberi secara percuma untuk santapan anak-anak. Kisah itu tidak berakhir sebagaimana khabar... Semalam saya mendapat sms dari suami mengatakan kawannya yang juga seorang pensyarah memberikan no telefon saya kepada Mak Cik tersebut untuk berkongsi masalah dan mencari solusi..  Serba salah saya.. maklumlah makcik dan pakcik sudah berusia.. mereka sudah lebih dulu makan garam dari saya dan menjalani kehidupan berumahtangga. Anak-anak mereka sudah berjaya. Mereka juga sudah cukup bahagia.. Tapi di hujung usia..  rumahtangga masih teruji jua ..

Saat dibayangi ketakutan kerana bimbang orang yang tersayang dirampas orang lain..saya memahami kecamuk jiwa mak cik tersebut.. saya percaya untuk merelakan sesuatu yang kita sayangi diambil orang pastinya pahit unutk ditelan dan ia bukan perkara mudah, hanya Allah yang tahu perasaan dan hati kita... siapalah yang sanggup diduakan setelah berpuluh tahun bersama memadu kasih ..tiba dihujung usia diuji begitu.. Maka inilah ujian Tuhan, jika telah tertulis begitu, bagaimana mahu mengelakannya.... Kita sekadar berusaha namun, mengahrapkan si dia menjadi milik kita..tapi Dia yang tentukan segala... Jika tinta jodoh sudah tersurat.. bagaimana boleh diubah..hanya si suami mampu menjawabnya.. bercerita kisah ini..


Teringat saya pada seorang hamba..
yang dilanda masalah yang sama.. 
dikejar oleh si dia yang mendambakan cinta...
Alahai bagaimanakah rasa pasangan hidupnya..
mungkin jiwanya terseksa dan hatinya berduka..
bimbang tahta dirampas oleh si dia..
seperti kisah yang tertera...

No comments:

Post a Comment