Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Friday, January 6, 2012

Tazkirah

Ibnu Majah dan Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya; di antara doa Nabi Muhammad s.a.w. Bermaksud:
" Wahai Tuhanku! Aku berlindung denganMu dari ilmu yang tidak berguna, dari doa yang tidak didengar, dari hati yang tidak khusyuk dan dari nafsu yang tidak kenyang." Hadith Shahih.
Keempat-empat perkara yang nabi doakan adalah emapt perkara yang kita takuti sebenarnya. Semoga doa kita selalu dimakbulkan dan hati kita selalu khusyuk mengingati Allah. Berpandukan hadith diatas juga semua ilmu adalah berguna, maksud ilmu yg tidak berguna ialah ilmu yg tidak membawa manfaat kepada si pemunya ilmu & kepada orang lain bahkan membawa mudarat & kacau bilau, sebagaimana sebuah hadith lain yang membawa maksud seseorang yang menuntut ilmu hanya kerana ingin disanjung atau hanya untuk dilihat alim, menyanggahi ulama, menyemai perbahasan yang tak berfaedah, maka dia menempah tempatnya di neraka. Ini disebut dalam satu hadith yang lain bermaksudnya:
"Barangsiapa yang menuntut ilmu kerana empat perkara, maka masuklah dia ke dalam neraka: sesiapa yang menuntutnya untuk berbahas (berdebat) dengan orang yang berilmu,dan untuk memperlekehkan orang bodoh, dan untuk supaya manusia memandang mulia kepadanya, dan untuk mendapatkan harta dengan ilmu tersebut."
(Riwayat Bukhari)


Wallahuaalam. 
Dipetik dari huraian As-Sheikh Ab Hakime

No comments:

Post a Comment