Semalam saya mendapat satu surprise.. apa tidaknya anak buah mengatakan ingin singgah ke teratak saya untuk memberikan barangan saya. Mengetahui dia esok perlu bekerja saya kata tidak mengapa kerana hari sudah lewat malam. Tapi dia kata tak mengapa kerana ingin berjumpa mata dan memberikan ssuatu yang berharga.. saat pagar dibuka, pintu di kuak..yang muncul bersama belaiu adalah ibu saya yang datang dari kampung bersama beliau..
Allah itu mendengar dao saya dan detik hati nurani kita.. Cuti tahun baru cina kebiasaan saya pulang ke kampung, tetapi kerana terpaksa menghantar dan mengurus program anak saya ke rumah anak yatim, maka hasrat untuk bercuti di kampung saya pendamkan.. sewaktu dalam perjalanan mengambil anak saya di rumah anak yatim saya menyatakan kepada suami alangkah indah saat ini jika kita berada di kampung..tapi saya menambahkan pendapat dengan menyatakan kami patut bersyukur kerana kesempatan yang ada ini boleh dimanfaatkan untuk sesuatu yang juga bermanfaat buat diri dan orang lain..
Kerinduan saya untuk pulang ke kampung sekadar ingin menjenguk ibu yang sebatang kara. Walaupun semua anak-anak berada di smaping kecuali saya yang tinggal berjauhan, namun saya tetap merasakan satu tanggungjawab yang perlu saya langsaikan ke atas saya..
Alhamdulillah..
Allah itu Maha Pemurah dan Maha Mengasihani
Dia mendengar isi hati yang tersirat..
Dia mengatur segala perjalanan..
Apa yang terdetik di sanubari..
Apa yang terintas di fikiran
Apa yang tersimapn di sudut nurani..
Dia menjadikan itu satu realiti
buat diri..
Welcome ........and May Allah bless us all....
Salam ukhuwwah.......
Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....
Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....
Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
No comments:
Post a Comment