Diri adalah cermin, betulkah begitu? Ya saya amat-amat percaya diri kita adalah cermin keperibadian kita. Sama juga dengan orang-orang yang hampir dengan kita. Mereka juga merupakan cermin kepada diri kita. Ini mengingatkan saya kepada pepatah Arab yang mengatakan "ashabina miraatullana" yang bermaksud sahabat kita adalah cermin diri kita"
Pada hemat saya bukan sekadar sahabat kita menjadi cermin kepada diri kita tetapi sikap dan keperibadian yang kita tonjolkan juga menjadi cermin kepada dalaman diri kita. maka dengan kepercayaan itu, ia menjadi satu peringatan buat diri sendiri terutama dalam kontkes membina dan mentarbiyah anak-anak.
Cermin diri ini amat penting kerana apa yang kita portray kepada anak-anak maka itulah yang akan mereka pelajari dan ikuti. maka ibu bapa sebenarnya adalah satu cermin yang sentiasa terpamer kepada anak-anak. Mungkin jika kita katakan bahawa anak-anak berjauhan dari kita misalnya, namun percayalah aura kebaikan yang kita berikan biarpun kepada orang lain namun ia akan terpercik kepada anak-anak kita. jadi begitulah sebaliknya, jika kejahatan yang kita lakukan maka tidak mustahil anak-anak kita boleh melakukan perkara yang sama. i(ni tidak semestinya kepada anak-anak, ia juga boleh diaplikasikan kepada rakan, jiran, orang-orang yang ada disekeliling kita). Saya seringkali mengatakan bahawa..."kita adalah apa yang kita beri pada kehidupan kita" .Ia seperti satu karma, namun dalam Islam kita percaya bahawa kebaikan yang dilakukan pasti akan dibalas dengan kebaikan maka begitulah sebaliknya. Jika tidak didunia pasti kita akan mendapat balasannya di akhirat nanti.
Oleh itu cermin bagaimana yang ingin kita tonjolkan kepada orang yang kita sayangi? Adakah kita ingin melihat orang yang di dalam cermin itu memnpunyai dua personalti yang berbeza walapun secara zahirnya sama dan serupa. Atau kita ingin menxzahirkan bahawa jika cantik orang yang berdiri dihadapan cermin maka secantik itu juga dalamannya. Dan jika pada cermin itu dilihat pada kaca mata orang lain tidak cantik tetapi dalamamnya begitu indah sekali yang hanya Dia yang mampu menilainya...
Bagi memahami yang tersirat disebalik cermin diri...pengakhir bicara saya pada Jumaat yang mulia ini, marilah kita sama-sama menjadi cermin yang terbaik buat orang-orang sekeliling kita. Jangan menjadi cermin yang terserpih hingga membias beribu wajah...
Welcome ........and May Allah bless us all....
Salam ukhuwwah.......
Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....
Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....
Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
No comments:
Post a Comment