Bismillah,
Soalan : Adakah tidak perlu anak jadi pandai dan hantar mereka belajar hingga dapat ijazah untuk mereka ceburi perniagaan?
Jawapan :
Belajar itu adalah satu kewajipan bagi menuntut ilmu. Bahkan dalam Islam kita digalakkan untuk mencari ilmu seberapa banyak yang boleh.
Alasan kerana mahu berniaga tidak boleh kita sandarkan kerana itu kita tidak menghantar anak-anak untuk belajar, jadi orang pandai. Kita mahu anak-anak berjaya dalam bidang yang mereka minati dan seterusnya bukan makan gaji, tapi boleh meneruskan legasi bisnes kita yang ada.
Ramai sahabat-sahabat saya yang berjaya dalam perniagaan, anak-anak mereka berjaya dalam pelbagai bidang. Terbukti apabila habis belajar mereka tidak perlu menagih pekerjaan dengan orang lain, bahkan mereka memberi peluang pada anak-anak membina bisnes sendiri sesuai minat dan kemahiran mereka.
Tidak salah belajar walaupun fokusnya nanti kepada perniagaan. Mungkin cabang yang dipelajari berbeza, tidak mengapa. Kita mungkin mengambil bidang kejuruteraan tetapi berniaga bidang servis. Ijazah dalam pendidikan namun berniaga pakaian, sebagai contoh.
Apa yang penting didik anak-anak tahu dan faham, bahawa belajar adalah keperluan mencari dan menambah ilmu. Orang yang miliki ilmu dikira lebih berharta berbnading material yang ada.
Sementara anak-anak belajar pendidikan formal, didik juga mereka pendidikan informal. Sekiranya kita ada perniagaan, maka dedahlah anak-anak kepada perniagaan yang kita ceburi, satu masa mungkin mereka dapat meneruskan legasi perniagaan kita. Jika tidak pun mereka beroleh pengalaman dari situ.
Pandai itu juga satu anugerah. Jika anak bijak dalam pelajaran pastikan kepandaian itu dapat disalurkan ditempat terbaik. Bukan semestinya mendapat anugerah pelajar terbaik mereka akan menjadi pekerja terbaik. Namun setidaknya mereka berjaya menggilap potensi diri sewaktu tempoh pembelajaran.
Ia boleh diterapkan usaha gigih itu pula dalam bidang dan kerjaya yang mereka ceburi. Ini kerana kejayaan perlu dicipta bukan sekali, namun berkali-kali.
Oleh itu mangan salah tafsir. Bila mahu anak berniaga maka dia tidak perlu belajar mencari ilmu. Ada banyak cara untuk menggali ilmu dan meraih pengalaman, baik secara formal atau informal.
Apa yang penting wawasan kita adalah mahu melahirkan generasi yang berilmu. Dengan ilmu yang dimiliki anak-anak akan mampu pergi lebih jauh dalam kehidupan. Bijak membuat tafsiran dan akan menjadi lebih matang membuat pilihan.
Wallhualam
No comments:
Post a Comment