Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Saturday, October 17, 2015

Penulisan : Idea dan Cabaran Menulis



Bismillah,

Semenjak dua menjak ini saya cuba mengusahakan agar salah satu novel Islamik dapat disiapkan. Salah satunya novel Belahan Cinta. Ia satu cabaran buat saya yang mahu mencuba genre kreatif. Berbanding menulis novel saya rasa lebih mudah untuk menulis buku-buku motivasi dan inspirasi. Ini kerana bagi  menjana idea menulis novel saya perlu betul-betul berada dalam mood dan perlu menyerap perjalanan plot novel tersebut.

Sukar, ye. Namun ia satu cara menggilap potensi diri. Bagi mendatangkan idea menulis saya cuba menulis puisi bagi memuatkan dalam novel tersebut. Diharap ia dapat membantu untuk memperkemaskan dan menambah resepi pada novel tersebut.

Ada ketika idea hadir di saat kita terbeban dengan tugasan-tugasan lain. Apalagi bentuk dan pendekatan penulisan amat berbeza sama sekali, contohnya menulis artikel ilmiah atau kajian sudah pasti tidak akan sama dengan penulisan kreatif.

Bagi anda yang mahu menulis jika berdepan dengan idea yang tidak hadir saat mahu menulis saya kongsikan apa yang saya lakukan bagi menaja idea tersebut. Salah satu cara yang saya lakukan adalah dengan melakukan hobi atau perkara yang kita minati. Bagi peluang kepada minda untuk hilangkan stress, dapatkan mood ceria dari hobi tersebut, pasti idea akan hadir selepas itu.

Umpamanya saya minat dengan 'gardening', maka saya akan memperuntukkan masa kepada hobi itu, dan paling magik idea datang sewaktu menanam pokok, mencabut rumput-rumput yang tumbuh meliar dalam pasu. Apa yang saya lakukan, mencatat idea-idea tersebut dalam telefon bimbit.

Bahkan ada kala saya juga memperbanyakkan bacaan buku-buku inspirasi bagi menambahkan semangat dan energi menulis. Alhamdulillah, biasanya ada hasilnya. Oleh itu bagi anda yang memang minat menulis, tidak tahu bagaimana bermula, tidak tahu bila masa sesuai dan pelbagai lagi persoalan. Maka mudah sahaja, mulakan menulis walau sebaris ayat, mulakan mengarang walau dengan satu perkataan, kerana tidak mustahil satu perkataan itu akan menjadi tema kepada satu chapter.

Selamat mencuba.

Wallahuaalm

No comments:

Post a Comment