Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Sunday, October 11, 2015

Sayang...Izinkan aku menangis


Sayang
izinkan aku menangis
untuk kesekian kalinya
buat mengubat rasa membalut luka

Sayang
izinkan aku menangis
kerana ada ketika aku tidak mampu bersuara
menyatakan apa yang dirasa
mencurah apa yang terpendam

Sayang
izinkan aku menangis dengan Dia
supaya hatiku tenang dan sengsara ku pergi
agar aku mampu melupai
apa sahaja yang terguris dihati

Sayang
izinkan aku menangis
agar aku tahu erti kasih sayangmu
tidak setanding kasih Dia
tidak sehebat sayang ibu

Sayang
izinkan aku menangis
agar aku tahu erti syukur
moga aku matang menilai bahagia
supaya aku hampir pada Dia

Sayang
izinkan aku menangis
agar aku mampu bertabah
agar ia menjadi penawar
merawat luka ini

Sayang
izinkan aku menangis
moga dengannya munajat ku lebih kusyuk
moga dengannya aku bina kekuatan hati dan jiwa

Sayang
izinkan aku menangis
agar aku sedar diri
tahu berdiri sendiri

Sayang
izinkan aku menangis
agar satu masa saat aku melangkah pergi darimu
engkau tidak lagi melihat tangisan ini
kerana yang tinggal adalah SENYUMAN

Sayang
Terima kasih memberikan aku tangisan

Nukilan
Ummu Iman Ihsan
28 Zulhijjah



No comments:

Post a Comment