Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Wednesday, February 29, 2012

Doa Apabila Berhadapan dengan Perkara Rumit dalam Rumah Tangga

رَبِّ احْكُمْ بِالْحَقِّ وَرَبُّنَا الرَّحْمَنُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, hukumlah (antara kami dan mereka) dengan yang benar dan Tuhan kami yang Memberi Rahmat-Nya yang dipohonkan pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu sifatkan itu.” (Surah al-Anbiya’ 21:112)

Amalan
Daripada Qatadah, beliau berkata bahawa Nabi Muhammad SAAW diajar oleh Allah s.w.t. agar berdoa dengan doa ini. Maksud doa ini ialah Baginda sentiasa berada pada pihak yang benar, sedangkan musuhnya sentiasa berada pada pihak yang salah. Maka Baginda diriwayatkan akan sentiasa membaca doa ini ketika bertemu musuh. (Tafsir Ibn Hatim)
Selain membaca doa ini ketika berhadapan dengan musuh, para suami dan isteri juga boleh mengamalkan doa ini ketika berhadapan dengan masalah atau kerumitan dalam rumah tangga seperti kehadiran orang ketiga yang cuba mengganggu gugat keharmonian rumah tangga. Berdoalah agar Allah s.w.t. mengikat hati-hati setiap pasangan agar sentiasa saling mencintai dan menyayangi. 

Dipetik daripada buku Dr Zahazan, Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari. (Solusi 40: Misteri Poligami)

Monday, February 27, 2012

Kata-kata Hikmah

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR.
Teman yang paling akrab adalah AMAL.
Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM.
Bahasa yang paling manis SENYUM.
Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Sunday, February 26, 2012

Single Parent ; The Challenges

One of the greatest challenges for single parents is to be loving role-models for their children, showing the children through their behavior how to take personal responsibility for their own feelings and needs. Children need to learn from the role-modeling on how to nurture themselves within and how to create a sense of safety in the world. In families where both a mother and father are present, both parents can participate in nurturing the child emotionally and taking care of the child in the world, and both parents can role-model what it looks like to do this for themselves.

As matter of fact, mothering energy is that energy that nurtures while fathering energy is that energy that protects in the world  that is, earning money, setting boundaries with others, speaking up for oneself. While our society often defines women as the nurturers and men as the protectors, both men and women are capable of both nurturing and protecting in the world. However, single parents have far greater challenges. They have to be both mother and father to the child. They have to take dual roles. From taking care of the family and children while as much taking the burden of sustaining the family and become a breadwinner for the family. Being a single working mother takes an endless journey of family sustainability, and child upbringing. It consumes a whole lot of energy, emotional stability, psychological support from family and friends and most of all being brave and determined. It is such a do or die mission for a single working mother. 

Saturday, February 25, 2012

Berkongsi perkara yang baik dengan siapa sahaja dimana-mana sahaja

Hari ini saya berkesempatan bertemu dan bersembang dengan seorang sahabat yang bergelar ustaz. Beliau  terlibat dengan perniagaan dan juga mempunyai sekolah tahfiz sendiri. Salah satu perkara yang dikongsikan ialah tentang diusia dan masa yang singkat ini kita perlu memberi sesautu yang manfaat saat bertemu siapa sahaja. Menurut cerita sahabat saya ini, selepas tamat belajar beliau mengambil peluang menjadi jurujual. Pada waktu itu  dia bertemu dengan seorang wanita bangsa cina yang bernama Norma dan sangat fasih berbahasa dialek Kelantan. Wanita ini merupakan penjual sin sei  iaitu penjual ubat herba cina. Sewaktu bertemu wanita ini dia tidak berhenti berkongsi tentang kebaikan ubat-ubat tersebut. sehingga ditanya kawan saya kenapa diperlu menceritakan segala-galanya? Wanita ini menyatakan : setiap perkara baik yang bermanfaat untuk sesiapa sahaja perlu dikongsi kerana kita tidak tahu adakah kita boleh bertemu dengan dia untuk kali yang kedua, mungkin pertemuan itu adalah kali yang terakhir. Oleh itu segala benda yang baik itu jika bermnafaat dan diamalkan maka kita juga akan mendapat kebaikan darinya. 
Moral dari kisah ini, biar apa yang ktia perkata atau bincangkan saat bertemu saudara mara, sahabat handai atau sesiapa sahaja yang hadir dalam hidup kita.. kita perlu berkongsi perkara yang baik, bukan bercerita perkara yang sia-sia atau 'lagha'(yang melalaikan). Ini kerana kecenderungan kita apabila bertemu dengan sahabat kita ingin bercerita benda-benda yang negatif, mengumpat, mengadu domba dan sebagainya. Oleh itu ada baiknya juga kita memperbaiki diri, saat bertemu sahabat, saudara serta sesiapa sahaja disekeliling kita mari kita berkongsi perkara yang baik, moga perkara yang baik itu memberi manfaat kepada kita suatu masa nanti jika ia dimanfaatkan oleh orang yang mendengar... paling tidak ... berikanlah SENYUMAN..KERANA SENYUM ITU SEDEKAH. 
WALLAHUAALAM   

KISAH LELAKI TUA DAN KELDAI YANG BIJAK

Di dalam sebuah kampung terdapat seorang lelaki tua yang mempunyai seekor keldai yang sangat disayanginya. Pada suatu hari dia, lelaki tua membawa keldainya berjalan-jalan di keliling kampung.Tiba-tiba malang tidak berbau, keldai itu terjatuh ke dalam sebuah perigi yang tidak digunakan lagi.Keldai itu meneriak sekuat hati.Tuannya menurunkan tali dan menyuruh si keldai malang itu memegangnya, tapi si keldai itu sudah tentunya tidak tahu menahu untuk memegang tali tersebut.
“suara keldai”....
Mendengar jeritan keldai itu, orang-orang kampung datang untuk menolong mengeluarkan keldai tersebut, tapi tidak berjaya walaupun pelbagai cara dan ikhtiar digunakan. Masa berlalu dan waktu malam pun tiba, penduduk kampung risau kerana ramai orang tidak dapat tidur kerana jeritan keldai malang itu. Ada jugayang bimbang sekiranya penduduk yang berusia akan meninggal kerana tidak dapat tidur. Justeru,mereka mengambil keputusan bagi mendiamkan keldai dengan menimbuskan tanah ke dalam telaga. Tuan empunya keldai  menangis kerana sangat sayangkan keldainya. Dia tahu jika ditimbus dengan tanah,sudah pasti keldainya akan mati.
Pada timbusan tanah yang pertama ,keldai itu menjerit sekuat hatinya ,tap timbusan seterusnya tiada lagi kedengaran teriakan dari keldai sehinggalah penduduk kampung itu tiba-tiba menjerit dengan kuat.
Kawan-kawan!Adakah anda ingin tahu kenapa penduduk kampung menjerit? Penduduk kampung menjerit kerana terkejut melihat keldai yang disangka mati telah berlari keluar dari perigi tersebut.
Eh,pelikkan kawan-kawan! Bagaimanakah keldai tersebut dapat keluar?
Ha....ini dia jawapannya...Pada setiap longgokan tanah yang menimpa badannya, dan keldai itu menggoyangkan tanah pada badannya dan memijak tanah tersebut. Sehinggalah akhirnya keldai itu berjaya keluar dari telaga itu. Oleh itu keldai yang sepatutnya mati dalam telaga tersebut berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawanya.
Kawan-kawan, apa yang kita pelajari dari cerita ini bahawa, setiap kesukaran yang kita hadapi, kita wajib berusaha untuk mengatasinya. Kita...janganlah cepat berputus asa, kita mesti berusaha menggunakan akal fikiran untuk berjaya megatasi segala cabaran.
Pepatah Arab menyebut “Man Jadda Wajada” iaitu SIAPA YANG BERUSAHA AKAN BERJAYA...
Yakin Boleh!Pasti Boleh!

Oleh ieman ihsan b.alwi
Pertandingan Bercerita Peringkat Sekolah 2012

Thursday, February 23, 2012

Kepentingan Surah Al-Kahfi

Hari ini hari Jumaat.
Penghulu sekalian hari.
Kehadirannya bukan hanya dengan semangat seronok menyambut hujung minggu dan cuti, tidak juga sekadar ‘rutin’ Surah al-Sajadah dan Surah al-Insan di solat Fajarnya.
Rebutlah beberapa keutamaan penting yang disediakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala khusus dengan kedatangan hari ini.
Antaranya ialah membaca dan bertadabbur dengan Surah al-Kahf.
Daripada Ali, yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, baginda bersabda, “BARANGSIAPA MEMBACA SURAH AL-KAHF PADA HARI JUMAAT, NESCAYA DIRINYA TERPELIHARA HINGGA LAPAN HARI, DARIPADA SEGALA FITNAH YANG MELANDA, DAN JIKA KELUAR DAJJAL SEKALI PUN, DIA AKAN TERPELIHARA DARIPADANYA” [Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5: 355]
FUNGSI SURAH AL-KAHF
Menurut Sahib Tafseer fee Dhilaal al-Quran, Surah al-Kahf berfungsi melindungi orang-orang yang beriman daripada fitnah Dajjal kerana ia menyediakan ‘tools’ untuk menghasilkan tiga perkara:
  1. (تصحيح العقيدة) Membetulkan sistem kepercayaan (Aqidah)
  2. (تصحيح منهج الفكر و النظر) Membetulkan metod berfikir dan memerhati (Pandangan Hidup)
  3. (تصحيح القيم بميزان العقيدة) Membetulkan sistem nilai dengan pertimbangan kepercayaan (Nilai)
CHECK LIST
Justeru, usai membaca Surah al-Kahf, jawab soalan-soalan berikut sebagai menilai keberkesanan isi kandungan Surah itu kepada kehidupan kita:
  1. Apabila mempercayai sesuatu dalam hidup ini, atas asas apakah ia dipercayai? Aqidah, Ibadah, urusan jual beli dan kepenggunaan, bagaimanakah kita menetapkan pendirian tentang keputusan ‘buy-in’ kita terhadap sesuatu yang datang ke dalam hidup?
  2. Bagaimanakah kejadian-kejadian di dalam hidup ini diberikan makna? Kerjaya, keluarga, perancangan hidup, adakah ia sekadar makna kulit bagi setiap perkataan itu atau ada makna yang lebih besar? Jika sistem ganjaran terhadap kerjaya dan keluarga gagal memenuhi jangkaan diri, bagaimanakah ia diatasi dan di sisi manakah kita mendapatkan kepuasan mengenainya?
  3. Apakah yang baik, berguna, penting dan utama dalam hidup ini? Bagaimana pertembungan di antara pelbagai komitmen ke atas diri yang satu, disusun atur antara yang perlu disusun atur, atau dibuang dan diabaikan seandainya tidak perlu? Bagaimanakah keputusan untuk hal-hal ini dibuat? Atas pertimbangan apakah keputusan itu dibuat?
Ini adalah soalan kehidupan yang boleh digunakan untuk menilai, sama ada ‘tools’ yang terdapat di dalam Surah al-Kahf berjaya digarap atau sebaliknya.
Fitnah Dajjal tidak datang dalam bentuk ancaman fizikal. Ia muncul dalam keadaan kita pun mungkin tidak sedar dengan kemunculannya. Ia menyelinap masuk mengganggu gugat kepercayaan, merosakkan sistem fikir dan sistem nilai.
MUHASABAH
Muhasabah KEPERCAYAAN anda (cetusan kisah Ashaab al-kahf).
Muhasabah HARTA anda (cetusan kisah lelaki kafir pemilik dua kebun).
Muhasabah ILMU anda (cetusan kisah Musa dan Khaidir).
Muhasabah KUASA anda (cetusan kisah Zulqarnain).
Adakah setiap satunya itu ASET atau LIABILITI?
Jika setiap satunya membawa kita kepada Allah, maka ia adalah aset yang penting bagi pelaburan hidup dunia dan Akhirat.
Jika setiap satunya gagal membawa kita kepada Allah, maka ia adalah liabiliti yang mengundang musibah dunia dan Akhirat.
Ia mesti berhubung dengan Allah.
Terputus hubungan dengan Allah, semua kepercayaan, harta, ilmu dan kuasa akan melekat di dinding Materialisma.
Mazhab Dajjal.
Dipetik dari...
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Wednesday, February 22, 2012

TEAM BUILDING

Bila wujudnya persatuan/organisasi maka sudah pasti akan adanya program-program yang dijalankan baik kerana ingin merapatkan ukhuwah atau juga mengumpul dana dan membuat amal sudah pasti ia tidak boleh lari dari adanya kerjasama dalam kumpulan. Kenapa pentingnya kerjasama?
Tanpa kerjasama sesama ahli sudah pasti sesuatu kerja yang ingin dilakukan tidak akan tercapai, jika tercapai seklaipun ia menlalu banyak perkara yang sukar. Bahkan jika tiada kerjasama ia bukan setakat menyukarkan kerja yang ingin dijalankan bahkan ia memberikesan kepada perancangan kerja yang telah disusun atur.
Biasanya dalam memupuk kerjasama antara ahli apa yang member kesuakaran adalah ketidaksefahamann yang berlaku. Setiap ahli mepunyai citarasa/idea/cara/kehendak tersendiri. Ada juga yang bersifat ego tidak mahu menerima pandangan orang lain. Bahkan ada juga yang bersikap tidak professional serta meletakkan hal-hal peribadi dalam melaksanakan tugasan. Kesemua ini akan menghalang kepada wujudnya kerjasama dalam kumpulan.
Kemantapan kerjaya disokong oleh kumpulan yang hebat dan memberi kerjasama secara optimum. Ini kerana setiap individu perlu bergantung kepada orang lain, dengan kata lain kebanyakkan kerja menjurus kepada usaha berkumpulan. Untuk mendapatkan hasil kerja kumpulan yang terbaik, seseorang itu perlu menyerlahkan atau mendapatkan yang terbaik dari setiap ahli yang terlibat dengan cara memupuk toleransi, kerjasama, merasakan setiap orang penting dan mempunyai kelebihan tersendiri, saling berkongsi maklumat, dll. Sebagai contoh seseorang yang menjadi ketua atau pemimpin di satu-satu organisasai perlu menerapkan ketegasan dan keyakinan diri yang berasaskan kebenaran demi menyampaikan mesej yang jelas, konsisten serta berintegriti kepada orang bawahan. Perubahan positif dapat dicapai dalam sesuatu kumpulan sekiranya kepercayaan, kesetiaan, hormat menghormati wujud dalam kumpulan.   
Sebuah kumpulan yang bagus atau  ’TEAM’ (Together Everyone Achieve More) akan mencapai prestasi yang baik dalam kerja berbanding persetasi seorang sahaja kerana sinerginya menghimpunkan momentumyang hebat bagi mendorong setiap individu yang terlibat dalam kumpulan untuk maju dan berdaya saing.Untuk mewujudkan kerjasama dikalangan setipa ahli maka ahli tidak boleh ada sikap pentingkan diri sendiri atau semata-mata mengharapkan pujian atau ganjaran. Ahli perlu bersikap jujur sesama sendiri,tolong menolong kearah kecemerlangan dan bersaing secara sihat dan berkongsi dengan ikhlas segala kepakaran atau kelebihan yang ada.

Perpaduan adalah teras kepada kerjasama.

Tuesday, February 21, 2012

DUA RASA BERSATU

Sunyi itu mencengkam jiwa
Tiada rakan tiada teman
Menjadi penawar segala kesengsaraan
berkongsi segala duka lara
Sepi itu meragut rasa
Tiada siapa untuk berseloka
Mana keceriaan mana kedamaian

Saat sendirian
Hati menjadi suram
Lidah menjadi bungkam
Perasaan lemas dan tenggelam
Sarat membawa beribu persoalan

Wahai insan
Apa ada pada sunyi
Apa ada pada sepi
Saat sunyi tiba
Masa sepi menjelma
Itu petanda untuk mengisi segala duka
Ia seruan buat mencurah segala nestapa
Mengadap DIA yang Maha Esa
Bercerita tentang duka
Berkongsi segala lara

Nyatanya yang bergelar insan
Sering leka saat bahagia
Selalu terlupa waktu gembira
Untuk sentiasa mengingatkan Dia
Biar sunyi dan sepi
Biar tawa dan gembira
Sentiasalah melafazkan zikrullah
Ingatilah dia saat suka dan duka

sunyi menjelmakan ketenangan
sepi menjanjikan keindahan
Abadikan DIA
Setiap ketika sepanjang masa

Kerana DIA
Dua rasa bersatu



Monday, February 20, 2012

Poligami: Antara Impian dan Perlaksanaan

" Rata-rata yang bergelar suami pasti akan ada keinginan untuk berkahwin lebih dari satu ". "Mustahil ada yang tidak mahu kahwin ramai", "Pligami itu adalah sunnah Rasulullah berniat sahaja sudah mendapat pahala" .itu antara suara-suara sahabat saya yang melontarkan pandangan mereka tentang poligami. Saya menyokong poligami kerana ia banyak memberi kebaikan jika diamalkan dengan betul dan mengikut syariat. Tetapi dewasa ini kita lihat banyak poligami yang diamalkan mencemar imej Islam dan tidak tidak mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W. Mereka yang begini hanya mengamalkan poligami atas tiket poligami atau Sunnah tetapi nyatanya tidak berkemampuan serta tidak mengamalkan sebagaimana sunnah Rasululah. Maka ramai yang menjadi mangsa adalah golongan wanita dan juga anak-anak yang tidak berdoasa. Apa yang lebih malang jika berlakunya pula perceraian antara pasangan suami isteri. Oleh itu bagi yang ingin berpoligami nilailah kemampuan diri terlebih dahulu. Memang betul tiada/jarang wanita yang ingin berkongsi suami, tapi saya percaya ramai yang sudi untuk bermadu jika suami dapat menangani keadaan, memberi nafkah dengan sebaiknya tanpa ada masalah kewangan atau juga adil dalam menetukan giliran, dan yang lebih penting lagi mampu mendidik isteri dan memberi contoh teladan yang baik kepada seluruh isi rumah. Percayalah POLIGAMI itu adalah sesautu yang baik jika tidak Allah tidak akan mensyariatkannya, maka kita sebagai hambalah yang perlu memberi kebaikan kepada Istilah tersebut. Moga yang bergelar lelaki Muslim yang mengamalkan poligami mampu menberi imej yang lebih baik kepada pengamalan Poligami supaya is tidak dilihat sekadar memuaskan nafsu dan keinginnan tetapi membawam misi menyelamatkan wanita yang tertindas dan perlukan bantuan.
Wallhuaalam

Friday, February 17, 2012

TITIPAN RINDU SEORANG IBU

Sudah dua minggu masa berlalu.. Rasanya bukan sekejap bagi orang yang merindu seperti diri ini.. Manakan tidak seperti pungguk merindu bulan, tunggu dan tunggu tapi bulan tidak juga jatuh ke riba.. Hmm ayat semacam orang bercinta. Memang bercinta pun..bercinta menunggu ke dua anakkandaku menelepon..
Itulah perasaan seorang ibu bila anak-anak berjauhan tinggal di asrama. Akan terdetik di hati..bagaimana anak aku hari ini? Makan apa mereka di asrama. Kadang terdertik di benak fikiran..adakah anak-anak juga mengingati kita dan merindui kita seperti kita merindui mereka..
Ibrahnya dari perasaan rindu kepada anak-anak adalah..kita sebenarnya berada di temapt ibu kita berada. Jika begitu rindu kita pada anak-anak, maka itulah perasaan yang tersemat dalam hati ibu kita sendiri andai mereka masih ada. Ramai kita sibuk dengan tugasan harian hingga kita lupa bahawa ada yang merindu kita, biarpun tidak diungkap.Insan itu adalah ibu kita...
Saya merasa diri cukup bertuah, baru minggu lepas ibu saya sekembali bercuti dari rumah cucu-cucunya di Malaysia Timur beliau singgah di teratak saya. Hari demi hari dia meminta saya mengambil tiket untuk di pulang ke kampung. Namun saya merasa belum puas setakat dua tiga hari bersama ibu...  Namun masa untuk beliau pulang tiba jua..Khamuis yang kalu saya menghantarnya ke stesen bas. Sudah lama dia tidak pulang dengan bas, ini kerana kebiasaannya saya akan mengambil tiket flight sebab lebih cepat dan tidak meletihkan. Tetapi kali ini entah mengapa puas dia meminta, ingin pulang dengan bas.. katanya lebih selesa sebab dia terus sampai di rumah..tidajk perlu jauh ke lepangan terbang.
Sekembali ibu ke kampung hati saya semakin membuak rindunya pada anak-anak. Anak yang sulong tidak kedengaran ceritanya. Kebiasaannya setiap hari dia menelefon. Anak yang ke-dua pula mendapat peraturan baru untuk pengguanan telefon. Gara-gara ada pelajar yang menyalah gunakan telefon public untuk bercinta, maka EXCO asrama telah menetapkan penggunaan telefon hanya satu hari seminggu untuk setiap tingakatan. Mula-mula saya mendengar peraturan itu, memang geram..mana mungkin satu kali seminggu menelefon ke rumah..Anak saya boleh dikatakan setiap hari menelefon untuk bercerita perkembangan diri. Akhirnya saya menajadi begitu resah menunggu perkhabaran si anak. Jika begini peraturan, ia tidak membantu mencegah disiplin pelajar..mungkin ada cara lain yang boleh diguna pakai.. Saya mengeluh sendirian..orang lain yang membuat onar..maka orang lain juga yang menjadi mangsa.
Hari ini saya mendapat panggilan dari anak yang sulong...rupanya ada perkemahan.Sibuknya yang amat hingga tidak sempat menelefon..Merayu dia minta saya menjengoknya di asarama...Terubat rindu saya bila mendengar suara si anak...Ternyata rindu itu seperti mempunyai aura tersendiri...Rindu itu adalah satu hal yang menghubungkan dua insan.Anatara anak dan ibu..menajkdi pemangkin kasih.. saat kesempatan masih ada..PADA YANG BERGELAR ANAK...hubungilah ibu kita.. tanyakan khabar mereka...biar mereka rasa diri masih dihargai..disayangi... saat ibu masih bernyawa rebutlah kesempatan itu...jika ibu kita sudah tiada..isa tidak lagi bermakna.

Titipan buat anakku Anis Najwa & Ain Syafia

Wednesday, February 15, 2012

Keberhasilan adalah dari Pengorbanan

Jika ada perkara baru yang ingin kita lakukan pasti kita adakalanya merasa amat panat dan memenatkan...kerana kita terpkasa belajar melakukannya bermula dari zero.Apapun sesautu yang memenatkan itu pasti akan memberikan keseronakan saat kita melihat hasil didepan mata. Ada juga perkara yang kita lakukan  lambat mendapat hasilnya, namun apabila perkara itu telah membuahkan hasil, ia terus menerus memberi manfaat kepada kita..saat itu kita seperti rasa betulkah apa yang berlaku ini...Itulah rahmat dari kesebaran dan pengorbanan yang telah dilakukan. 
Sebagai seorang insan apabila ingin memulakan sesautu cabaran maka tanamkan satu tekad dan komitmen yang jitu semoga kita kekal istiqamah dalam mempersiap dan menuanikan tugasan.Oleh itu bila datangnya perasaan penat dan keletihan baik dari segi fizikal atau minda..maka bertahanlah untuk seketika kerana pasti akan ada hasilnya dikemudian hari...
Ingatlah semua ini boleh diibaratkan kita berkebun..setiap hari dari mula kita menanam pokok tersebut, kita jaga, sirami hingga ia tumbuh membesar...Bertahun-tahun ia mengambil masa..jerih payah kita seperti tidak ada ganjarannya. Namun banyak perkara seperti tenaga, duit ringgit telah kita laburkan...namun percaya..jika diizinkan Allah saat pokok yang kita tanam itu memberikan hasil..ia akan sentiasa berbuah, ia tidak perlu lagi dibaja dan dijaga...kita sekadar mengutip hasilnya semata..ia boleh berakhir hingga ke anak cucu-cicit..Saat itu kita sekadar menikmati...alangkah indah rahmat Illahi yang maha Pemberi. Itulah yang dikatakan KEBERHASILAN DARI SEBUAH PENGORBANAN. 

Thursday, February 9, 2012

Pesanan dan Doa buat Diri

Salam Jumaat.. moga kedatangan Jumaat kali ini memberi lebih keinsafan buat diri kita.. Sempena dengan Jumaat yang mulia ini, saya ingin berkongsi satu hadith Rasululah yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya; di antara doa Nabi Muhammad s.a.w. Bermaksud:


" Wahai Tuhanku! Aku berlindung denganMu dari ilmu yang tidak berguna, dari doa yang tidak didengar, dari hati yang tidak khusyuk dan dari nafsu yang tidak kenyang." Hadith Shahih.
Berdasarkan hadith ini, kita sebenarnya disuruh untuk memastikan ilmu yang kita pelajari atau ambil atau aplikasikan kepada diri atau orang lain perlulah ilmu yang memberi manfaat. Begitu banyak sekali ilum yang ada disekeliling kita ilmu yang bersifat sia-sia..kerana itu banyak musibah yang mendatang pada hari ini. Keduanya..kita mungkin sering berkeluh kesah kerana menunggu agar doa kita diperkenankan oleh Allah, namun harapan itu tidak kunjung tiba..maka selidikilah diri..adakah kita banyak melakuka dosa atau maksiat yang kita tidak sedari atau yang kita sedari..jika demikian marilah kita berdoa..
Seringkali juga kita merasakan kita soalt tetpai solat kita itu sekadar tunduk dan bangun semata, tidak memberikan impak pada diri, solat itu tidak memberi ketenangan pada jiwa..mengapa demikian?Mudah saja..kerana kita tidak kyusuk dalam beribadat..maka pastikakn kita kysuk dalam solat dengan mengambil kira perkara-perkara yang boleh mendatangkan kyusuk dalam solat seperti mula-mula mengambil wuduk,kebersihan pakaian, temapt beribadat dan bacaan serta penghayatan dalam solat. Akhir sekali adalah tentang nafsu yang tidak kenyang..apa maksudnya? Nafsu yang tidak kenyang ini adalah perasaan tamak dan keinginan terhadap sesuatu yang tidak pernah outus..ibarat sudah diberi betis nakkan peha... sama seperti mendapat kekayaan..sudah mendapat ribuan mahukan jutaan..sudah kaya raya,mahu menjadi lebih kaya dari sekarang.. kaya yang berhemah itu bagus masalahnya aday ang mengejar kekayaan hingga lupa ibadat..ada yang mengejar kecantikan hingga lupa menutup aurat dan pelbagai lagi yang melambagkan nafsu yang sering menggoda manusia menjadi lalai...
Moga kita sama muhasabah diri menjadi insan yang lebih baik ..dengan mengamalkan doa dari hadith di atas..ameen..
Wallahuaalam.



Sunday, February 5, 2012

Aku tidak mampu menjadi sehebat Rasululah
saat dikeji dan dicerca
biar dilukai dan dilempar dengan batu..
baginda mampu memberi kemaafan
dengan alasan ummatnya  tidak tahu..
bahkan turut berdoa buat umatnya
menjadi ummat tebaik.


Ya Rabii..
bagaimana mendidik jiwa
menjadi tawaduk seperti baginda..
tidak terkesan saat dikeji
tidak teruja masa dipuji..

Ya Kareem..
bagaimana memupuk mamhmudah
menjadi contoh sebagaimana baginda
bersyukur saat musibah
tidak kufur dengan nikmat.

Ya Allah..
Ampuni daku..

Saturday, February 4, 2012

Apabila Hati Bongkak..

Salam Ukhuwah..


Sahabat..rasanya tidak terlambat untuk saya mengucapkan salam Mualidur Rasul buat semua. Merindui junjungan besar Nabi Muhammad sudah pasti kita akan berusaha sedaya upaya mencontohi kehebatan akhlak baginda. Titipan saya hari ini adalah refleksi dari bacaan satu articel tentang perasaan bongkak atau biasa kita katakan sombong. Inilah yang dikatakan penyakit hati. Sering juga kita senaraikan sikap sombong atau bongkak ini dalam sifat-sifat mazmumah, iaitu sifat yang keji dan buruk.

Apakah yang dikatakan sifat orang yang sombong dan bongkak ini? Sebenarnya, orang yang sombong dan bongkak ialah orang yang memandang dirinya sangat sempurna dari segala segi. Disebabkan merasa diri begitu sempurna maka mereka ini hanya memandang sebelah mata kepada orang lain. Mereka juga memandang renadah segala keistimewaan yang dimiliki orang lain dan menganggap orang lain tidak layak untuk mengerjakan sesuatu urusan, tidak layak untuk berdampingan. Mereka yang bersifat sebegini juga sukar untuk menerima kebenaran atau nasihat.

Kita dipesan oleha Rasulullah supaya tidak bersifat dengan sifat bongkak ini. Memetik Sabda Rasulullah: " "Tidak masuk syurga sesiapa yang ada dalam hatinya sedikit sombong". MasyaAllah, kita begitu takut dengan pesanan ini, kerana jika sedikit perasaan sombong yang ada dalam diri, maka kita tidak berpelung untuk masuk ke dalam syurga. Ini menguatkan lagi kepada kita akan bahawa perlunya kita menjauhi sifat ini sebagaimana Firman Allah dalam Surah Al-Imran : 18 yang bermaksud : " Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang sombong, takbur lagi bangga diri"


Sungguh hina orang yang memiliki sifat sebegini.. Nyatanya jika direnung kepada diri..kita merasa sungguh insaf bahawa tiada satu pun yang menjadi milik kita..semuanya adalah milik Allah. Hebat mana sekalipun kita merasakan diri kita ini, ingatlah ..dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali. 

Oleh itu mari kita sama-sama beristihgfar dan berdoa moga dijauhkan diri kita dari sifat bongkak dan sombong.  Mari kita asuh dan didik diri kita dengan sifat tawaduk dan rendah diri dengan sesiapa sahaja biar apa pangkat kita, biar setinggi mana ilmu kita, biar sekaya mana harta kita..kerana Allah tidak melihat semua itu kerana yang dinilai hanyalah KEIMANAN DAN TAQWA  kepadaNya.



Wallahuaalam.

Friday, February 3, 2012

Sekadar Dahan untuk Berpaut

Basah lenjun baju Fendi saat dia sampai di depan pintu kelas. Kasutnya di penuhi air, beg sandang kusamnya senget di bahu. Semua mata memandang Fendi.  “ Hai Fendi, awak tak tahu dah pukul berapa ni, ni baju,seluar awak basah  ni apa hal? Kolam mana awak pergi terjun?” Leter Cikgu Murni. “ Maaf Cikgu, saya lewat?” Jawab Fendi dengan suara terketar-ketar. “ Alasan apa pulak awak nak bagi Cikgu kali ni, kucing awak beranak? Adik awak sakit perut? Nenek awak balik negeri?, Tak ada maaf. Kali ni Cikgu tak nak dengar alasan awak, lepas rehat nanti awak pergi bilik kaunselor. Sekarang pergi ambik tempat duduk awak”.                                                                                                                                                            Nada suara Cikgu Murni yang tinggi menyebabkan-kan kelas Lima Kejora terdiam. Ada yang tersengih-sengih memandang ke arah Fendi, ada yang mengenyit-genyit mata tanda faham. Fendi beransur kemejanya yang berada di hujung tingkap. Begnya di sangkut pada kerusi. Baju dan kasut yang basah menyebabkan rasa tidak selesa pada Fendi. Cikgu Murni sudah menyambung pengajaran matematiknya, Fendi masih terkial-kial dengan bukunya yang basah.
Alangkah malang hari ini gerutu hati Fendi, kenapa la dia boleh  lalu depan rumah si Tomoi, yang tak sudah-sudah menganggu hidupnya. Tak pasal pagi-pagi lagi dia kena sembur dengan air pili depan rumah Tomoi. Dah la semalam dia dah lambat dating ke sekolah di sebabkan maknya balik lambat dari kerja shift. Malangnya menjadi-jadi bila masa dan kebetulan peristiwa masa kelas Cikgu Murni. Kelas berganti tanpa sedar, baju Fendi semakin mengering. Jam dinding kelas sudah hampir menunjukkan pukul sepuluh, lima minit lagi loceng rehat akan berbunyi. Perut Fendi sudah berbunyi. Tiba-tiba terpacul Cikgu Supian di depan kelas. “Maaf ye Cikgu Alia, ambik masa sekejap, siapa pelajar bernama Affendi Bakri? Kamu perlu ada di bilik kaunseling ye selepas waktu rehat, saya dah aturkan pertemuan dengan guru kaunselor”. Cikgu Sufian meminta, tanpa menuggu Cikgu Alia menjawab. Terus Fendi bingkas bangun dari tempat duduk dengan hati berdebar-debar. Cikgu Sufian adalah guru disiplin yang memang terkanal dengan garangnya, misainya yang tebal itu sahaja sudah mampu menakutkan mana-mana pelajar yang di panggilnya. “ Saya, Cikgu,”. Jawab Fendi sambil mengangguk.
Loceng rehat berbunyi, Fendi berjalan longai ke bilik kaunseling. Bilik yang berada di tingkat satu sama aras dengan pejabat itu adalah di label sebagai tempat yang mana pelajar bermasalah dirujuk. Dia pasti Cikgu Murni yang melaporkan kelewatannya ke sekolah. Alasan yang diberi tak pernah ada orang yang cuba memahmai kedaan dirinya. Tiap kali sebelum datang ke sekolah dia perlu menunggu maknya balik kerja. Jika tidak siapa akan menjaga adik tirinya yang berusia tiga tahun. Bapa tirinya jika di suruh menejaga adiknya dengan alsan dia perlu ke sekolah, sudah pasti dia akan di tengkingnya. Dia sendiri tidak faham kenapa ibunya perlu berkahwin dengan orang yang bukan menjaga makan minum mereka, tapi ibunya yang perlu menamggung makan pakai mereka sekeluarga dengan bekerja kilang. 
Mengelamun masalahnya dia sampai di depan pintu bilik kaunselor.   Ada beberapa sofa yang tersusun kemas, meja tamunya di alas warna biru baldu. Fendi melabuhkan punggung menunggu ketibaan guru kaunselor. Bunyi derap kaki semakin dekat kedengaran, menuju ke bilik Fendi sedang menunggu. “ Hmm awak Affendi Bakri ye, pelajar yang di rujuk Cikgu Sufian kerpada saya?” Tanya Cikgu Habibah. “ Ya Cikgu”. Sebenarya Fendi kurang mengenali semua guru. 
Ramai guru yang mengajar di sekolah itu dengan dua sesi pembelajaran tidak mampu untuk Fendi kenal semua guru. Tetapi Cikgu Habibah di kenalinya kerana sering bertugas memberikan motivasi atau mengendalikan program di sekolah,. Biarpunm itu kali pertama Fendi bersemuka scara terus dengan Cikgu Habibah, tapi Fendi tidak merasa gentar atau takut dengan Cikgu Habibah. Cikgu Habiabh memang terkenal dengan kebaikannya. Suaranya tidak pernah garang atau terjerit-jerit seperti  segelintir guru.
“ Baik Fendi, jom ikut Cikgu ke bilik sana” Ajak Cikgu Habibah.

 Nukilan Ummu Ieman Ihsan
nantikan sambungannya dalam koleksi cerpen Islamik....

Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah

Saban tahun saat tibanya tarikh keramat ini..
hati akan hiba dan sayu..
perasaan dan emosi syahdu dan pilu..
Alangkah indahnya wahai kekasih Allah..
Jika engkau ada disisi ..
bertamu di depan mata..
menutur bicara..menyampai nasihat

Alangkah bahagia wahai kekasih Allah
jika engkau masih di sisi
berkongsi ilmu dan kebijaksanaan
mengajar kami erti makrifat..
mendidik kami tentang akhlak
mentrabiyyah kami hal ibadat

Wahai kekasih Allah..
Biar engkau tidak lagi di sisi..
segala amanat mu akan aku jungjung..
semua pesananmu sedaya upaya aku turuti..

Biar kekasih Mu tiada di sisi..
Berilah peluang Ya Rabbi..
Berilah kesempatan Ya Rahim..
Berilah kejayaan Ya Allah..Ya Zal Jalaiwal Ikran..
untuk aku dipertemukan di dalam mimpi..
bersama kekasih Mu..
Muhammad S.A.W.

Wahai kekasih Allah
moga engkau sentiasa hadir didalam hati..
moga ingatan yang satu akan merindu pada mu
moga bibir ini sentiasa basah dengan kalimah selawat kepada mu..
moga hati ini kecintaanya untuk mu melebihi kecintaan kepada segala makhluk..

Wahai Kekasih Allah..
Selawat dan Salam buat Mu..
Nabi Muhammad Pesuruh Allah
Penyeri sekalian slam..

Nukilan
Ummu Ieman Ihsan