Kematian adalah sesuatu yang pasti akan berlaku pada setiap individu, sama ada ianya cepat atau lambat bergantung kepada taqdir Allah. Menyedari kita akan bertemu kematian maka sudah pasti ia memberi keinsafan.
Alhamdulillah pagi ini sempat mendengar perkongsian Ustaz Datuk Hassan Din berkenaan mengurus jenazah.Ada beberapa perkara yang dipesan oleh beliau apabila kita berdepan dengan kematian iaitu:
Alhamdulillah pagi ini sempat mendengar perkongsian Ustaz Datuk Hassan Din berkenaan mengurus jenazah.Ada beberapa perkara yang dipesan oleh beliau apabila kita berdepan dengan kematian iaitu:
- Jika si mati matanya terbuka maka dalam tempoh terdekat ia perlu ditutup matanya. Sebolehnya jangan melebehi sepuluh minit kerana mata akan susah untuk tertutup. Biasanya mata terbeliak kerana menahan kesakitan/ketakutan sakaratul maut.
- Kemudian jika tangan itu lurus ia perlu segera dibengkokkan sebagaimana kita dalam keadaan solat iaitu tangan dilekapkan ke dada.Jika lambat maka tangan akan mengeras dan sudah tidak boleh lagi dibengkokkan.
- Orang sekeliling perlu cepat menanggalkan pakaian yang adap ada mayat seperti seluar, baju dan sebagainya untuk megelakkan kepanasan dan mayat cepat repu. Seeloknya ditutp dengan kain yang nipis.
- Apabila berdepan dengan kematian perkara yang utama adalah menyediakan kubur untuk jenazah serta mendapatkan kain kapan.
- Sebolehnya disegerakan pengebumian dan jangan sampai tiga waktu solat berlalu. Contohnya jika kematiab berlaku waktu Insyak, sebolehnya jangan sampai waktu zohor.
- Elakkan melakukan perkara bidaah dalam menguruskan jenazah.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment