Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Saturday, September 29, 2012

Tips Menjadi Kaya Raya


Semalam bertemu seorang sahabat, tujuan saya singgah ke mahligai beliau tujuannya untuk menemuramah beliau untuk buku saya yang akan datang iaitu 10 Tokoh Jutawan Muslimah.namun dia menolak, katanya: Rumah akak belum cukup besar.." sambil gelak, dia menambah mengatakan dia belum cukup kaya raya untuk dijadikan contoh. Tunggu saya pindah banglo dulu la ye.. " 

Saya pula sekadar menganggukkan kepala walaupun jika melihat rumah yang diduduki dengan aset yang dimiliki sudah cukup untuk mengatakan dia memang tergolong dalam golongan jutawan dan kaya raya. Cuma kerana dia hanya guru (memilik pelbagai perniagaan yang di urus suaminya) jadi cara hidupnya simple sahaja. 


Memang menceritakan tentag kaya sebenarnya ramai yang kaya raya tetapi kerana hidupnya simple dan sederhana maka ramai yang tidak mengetahu bahawa mereka sebenarnya amat kaya raya (jika diukur dengan material). Orang yang kaya harta ini mereka juga kaya jiwa dan amat-amat pemurah. Gaya hidup mereka tidak mencerminkan mereka ini kaya.

Bagaimana mengukur bahawa seseorang itu kaya. kerana di sisi Islam kaya tidak dinilai pada harta tetapi kaya di nilai dengan amalan dan juga ilmu yang manfaat yang dimiliki oleh seseorang individu. 

Mengikut Dr Abdullah Al Qarni,orang yang kaya itu adalah orang yang beramal dengan ilmu.  Mereka juga  zuhud dengan dunia. Kehidupan yang mereka lalui bukan untuk mengkayakan diri sendiri tetapi kekayaan yang ada itu adalah untuk dimanfaatkan pada diri dan orang lain. 

Mereka yang kaya ini tidak mengejar dunia dan tidak tenggelam dengan material yang ada tetapi mereka mencari makna dan erti sebenar kehidupan. mereka ini mempunyai kesedaran tahap tinggi untuk menyumbang kepada ummah  Memberi bukan berdasarkan emosi atau berasaskan populariti, tetapi memberi kerana mengharap redha Allah SWT. 

Sebagai muhasabah diri, mari kita meneropong seketika saat kita mengatakan atau bercita-citakan mahu menjadi kaya... KAYA YANG BAGAIMANA? TEPUK DADA TANYALAH IMAN!


No comments:

Post a Comment