
Islam adalah agama ilmu.
Ilmu pengetahuan amat berkait rapat dengan Islam kerana Islam adalah agama yang
mementingkan ilmu pengetahuan, malah Islam mewajibkan supaya umatnya menuntut
ilmu. Selain itu, ilmu pengetahuan juga dikaitkan dengan ibadah kerana menuntut
ilmu merupakan ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. Banyak dalil
daripada al-Quran dan hadis yang menceritakan tentang kelebihan menuntut ilmu.
Antaranya adalah hadith bermaksud, “Menuntut
ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam.”
No comments:
Post a Comment