Alasan kesibukan seringkali diberikan bila mahu menghubungi rakan-rakan. sedetik waktu teringatkan mereka, waktu itu ada pula hal dan urusannya. Maka ingatan itu berlalu begitu sahaja. Adakala apabila sesuat uberlaku maka kita menyesal tidak kesudahan. Pernah saya teringin benar menghubungi seorang sahabat karib, namun dek kerana ada sahaja hal maka ia terlupa begitu sahaja... Hingga berita yang tiba adalah berita kematian. Maka menyesal tidak kesudahan kerana tiada lagi peluang dan waktu untuk bertanya khabar.
Dalam kehidupan ini kita sering berbuat silap kerana kita bertangguh untuk menghubungi orang-orang yang kita sayang unutk mengatakan kita rindu kepada mereka..Atau sekadar untuk bertanya khabar,terutama ibu bapa atau saudara mara dan rakan taulan. Bila anda membaca posting ini maka belum terlambat jika selepas ini anda terus mengubungi mereka, berikan salam dan mohon Allah memberi rahmat dan barakah buat dia dak kita...
Sambunglah silaturrahim itu kerana ia besar nilainya buat kita... sebelum mereka pejam mata atau kita.. siapa tahu?
No comments:
Post a Comment