Salam Jumaat.. moga Allah memberi keberkatan kepada hari Jumaat yang mulia ini.. bagi mengisi ruang yang ada saya sertakan sedikit ringkasan dari buku terbaru saya iaitu Kompas Jiwa.. moga ia memberi manfaat buat semua...
Membicarakan tentang hidayah,
semua orang memerlukan hidayah Allah. Seseorang yang bergelar Islam wajib
bersyukur kerana diberi hidayah berada dalam Islam tetapi hidayah tidak akan
sempurna tanpa adanya taufiq dari Allah. Sebab itu apabila berdoa kita sentiasa
menyeratkan hidayah dan taufiq dari Allah. Manakala orang kafir amat memerlukan
kepada hidayah dari Allah supaya mereka menerima Islam. Bagi memperoleh hidayah
sudah pasti jalannya bagi yang bergelar kafir dengan memahami Islam. Bagi yang
telah bergelar Islam pula mereka perlu berusaha berusaha untuk memperoleh
taufiq dari Allah seperti memperbanyakkan ibadat dan amalan, berusaha
meningkatkan ilmu dan kefahaman tentang Islam, mendekatkan diri dengan
orang-orang yang berilmu serta apa jua cara yang boleh mendekatkan diri kepada
penghayatan Islam itu sendiri.
Nantikan buku ini dipasaran...
No comments:
Post a Comment