Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Sunday, September 27, 2015

Hari Arafah


Bismillah,

Alhamdulillah, berlalu sudah Eidul Adha. Semoga Allah berkati kita dengan segala korban yang dilakukan. Moga Allah jua menerima segala amalan. Manakala saat ini tetamu Haji di kota Makkah juga sudah sempurna amalan haji mereka. Moga semua para hujjaj mendapat haji yang mabrur.




Jika ada lagi kesempatan usia kita bakal bertemu lagi dengan musim haji tahun hadapan. Dapat menyemuprnakan korban dan lebih penting lagi kita bakal dijemput menjadi tetamu Allah.

Paling indah jika Allah memberikan peluang untuk kita berada di Arafah. Ia hari yang paling utama dalam setahun. Itulah hari paling ulung. Arafah, tempat pertemuan Adam dan Hawa setelah puluhan tahun terpisah.

Bahkan ia tempat dan masa paling signifikan bila pertemuan di Jabal Rahmah itu mempertemukan dua jiwa. Adam dan Hawa yang keluar dari syurga ke dunia. Maka inilah permulaan kita.

Allah beri kami peluang untuk berada di bawah langit Arafah pada 1437H. Ameen.

No comments:

Post a Comment