Alhamdulillah, jutaan kesyukuran atas rahmat Allah kerana hari ini selesai menulis catatan-catatan terakhir untuk buku Khalifah Jiwa :Manhaj Kehidupan Muslim. Terasa seperti bermimpi rasanya setelah hampir tiga bulan memulakan semuanya. Dengan pelbagai tugasan, cabaran serta komitmen kerja, akhirnya Allah mempermudahkan perjalanannya. Moga ia memberi inspirasi untuk menulis buku-buku yang seterusnya demi kesinambungan dakwah.Biarpun mungkin ada orang yang lebih baik dari saya, itu saya percaya minat serta keinginan serta kesabaran memungkinkan saya untuk menjadi penulis walapun sekadar memenuhi masa..
Mungkin Allah mendengar doa yang dipanjatkan agar masih ada ruang untuk berdakwah melalui penulisan. Hari ini saya ditawarkan oleh editor PTS untuk menulis novel sejarah Islam yang berkisar kepada tokoh-tokoh Muslimah. Ia bagai bulan jatuh ke riba kerana buku 10 Tokoh Idola Muslimah ditulis amat ringkas sejarahnya, ini merupakan peluang untuk saya membuka lembaran baru menulis novel sejarah. Syukur juga kerana buku 10 Tokoh dan 3i mendapat award fast print dari PTS serta mendapat tempat di Frankfurt Bookfair 2011 dan Beijing Bookfair 2011. Saya juga berdebar menunggu reaksi pembaca untuk buku yang ketiga iaitu 33 Persoalan Jodoh dan Perkahwinan. Harapanya ia akan memenuhi kehendak dan selera pembaca dan mesej Islam yang ingin disampai akan dapat dihayati.
Moga-moga segala usaha dakwah ini akan dapat saya jayakan secara istiqamah selagi ada kudrat dan diizinkan Allah.Terimakasih buat keluarga dan rakan-rakan serta pembaca budiman, anda semua adalah sumber imspirasi buat saya meneruskan penulisan.
Wallahuaalam
No comments:
Post a Comment