Hari ini pagi-pagi lagi saya bersiap untuk pergi mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan Bekam & Acupuncture di Shah Alam. Sebelum ini saya setakat membaca sahaja mengenainya, namun tidak pernah sekalipun mencuba.Dua tahun yang lalu suami membawa ayah dan ibu mertua saua untuk mendapatkan rawatan di sini, dan mereka berdua berpuas hati dengan rawatan ini.
Keinginan unutk mencuba rawatan ini timbul apabila semenjak beberapa minggu ini saya seringkali merasa sakti kepala, terutama sewaktu saya menjalani ibadah puasa. Saya bukanlah mengatakan saya ini rajin berpuasa, tetapi keinginan untuk mengamalkan dan menjadikan rutin puasa sunat Isnin dan Khamis sudah lama saya tanam. Namun sejak bulan kebelakangan ini apabila berpuasa, saya perlu berhadapan risiko sakit kepala. Saya tidak pula pasti adakah kerana gastrik, kerana saya tidak merasa lapar, cuma diwaktu hampir berbuka memang rata-rata orang yang berpuasa akan terasa perut kosong. Saya bertanyakan kawan-kawan, dan salah seorang mencadangkan saya mengambil rawatan/ubatan homeopathy.

Sebulan yang lalu saya mencuba mengambil ubatan ini. Sebetulnya sudah ada beberapa kali mencuba, namun tidak berterusan mengamalkan, kerana Alhamdulillah setakat hari ini tiada sakit kronik yang saya hadapi. Memang saya dapati sakit kepala itu berkurangan, namun ada sekala sekala berlaku pada waktu selepas subuh atau sebelum subuh. Saya berpuas hati lalu menyambung semula ubat-ubatan tersebut.
Memandangkan hari ini suami menyuarakan ingin berbekam di pusat rawatan tersebut, maka saya juga inign mengikuti rawatan acupuncture yang juga disediakan. Keinginan ini bukan semata untuk rawatan namun saya ingin memdalami konsep rawatan ini dan merasa sendiri pengalaman menjalani rawatan ini serta membuat kajian tentang rawatan alternatif ini memandangkan saya sedang menulis dan mempersiapkan buku terbaru saya iaitu Inspirasi dan Motivasi Kesihatan.
Sebelum menerima rawatan ,saya terlebih dahulu bertemu dengan Dr N untuk didiagnos apa masalah saya. Setelah selesai saya dibawa ke bilik rawatan wnaita dan proses rawatan acupuncture oleh doktor yang sedang melakukan praktikal berasal dari Iran. Memang pada mulanya saya sedikit gerun memikirkan jarum itu ditusuk kebadan saya, tapi kerana sudah terbiasa dengan jarum maka saya boleh menerima dan tidak merasa sakit bila seluruh bahagian badan ditusuk jarum tersebut. Sewaktu menunggu proses tersebut ada juga pesakit lain yang datang selepas itu untuk mengambil cara rawatan yang sama. Makcik yang disebelah katil saya mengalami masalah kencing manis, katanya sudah banyak perubahan yang berlaku pada dirinya.
Setelah selesai rawatan memang ada rasa kelegaan, ini termasuk suami saya yang setiap kali berbekam dia akan merasa badan yang sering sakit-sakit menjadi ringan.bagi yang mungkin tercari-cari bentuk rawatan yang sesuai untuk penyakit yang dihadapi, saya menyarankan agar pembaca boleh mencuba rawatan ini. Jangan takut untuk mencuba, kerana setakat ini tiada risiko yang saya dengar kerana jarum yang digunakan juga tidak dikongsi dengan pesakit lain. Tidak salah mencuba kerana konsep ikhitar itu amat digalakkan dalam Islam. Allahuyashfi! selamat Mencuba!
Wallahuaalam.
*Ikuti perbualan saya dengan doktor dari Iran ditulisan yang akan datang... InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment