Welcome ........and May Allah bless us all....
Salam ukhuwwah.......
Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....
Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....
Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
Saturday, March 17, 2012
Jadilah ibu bapa yang lebih bersikap 'protective'
Lama tidak menebarkan kata diruangan ini kerana bercuti, namun ada banyak isu yang ingin diperkatakan. Namun isu yang saya ketengahkan adalah tentang isu pembunuhan anak kecil bernama Dirang. Apabila memperkatakan hal ini sudah pasti ia berkait rapat dengan peranan ibu bapa dalam menjaga keselamatan anak-anak. Memang perkara sudah berlaku, kita juga tidak boleh menyalahkan kelekaan ibu bapa semata -mata kerana ada juga ketikanya musibah itu tetap akan berlaku.
Pengalaman saya sendiri dalam membesarkan anak-anak, apa yang dapat saya katakan, saya merupakan ibu yang bersifat protective, ketakutan saya pada ancaman luar seperti keselamatan dan kebimbangan jika berlaku apa-apa kepada anak-anak, hingga menyebabkan saya terpaksa membuat satu keputusan yang sukar. Sebagai contoh, jarang sekali saya melepaskan anak-anak mengikuti romobngan sekolah. Jika anak-anak betul ingin bersama rakan-rakan, saya akan pastikan saya sendiri menghantar anak-anak ke tempat yang dimaksudkan. Begitu juga ia destinasi yang ingin dikunjungi saya akan pastikan saya dan suami akan membawa mereka ke desitnasi tersebut. Munfkin ada yang berkata apa salahnya mereka inign menikmati masa tersebut, tetapi itulah pendirian saya.
Sama juga dalam prinsip anak-anak di suruh ke kedai, sudah pasti ia tidak pernah berlaku, hingga jika ingin ke kedai di depan rumah sekalipun itu bukan tugas anak-anak. Begitu juga jika ingin ke supermarket berdekatan, saya akan membawa anak-anak menemankan mereka untuk membeli barangan yang dikehendaki. Bukan saya tidak percaya pada anak-anak, atau risau mereka akan melemcong ke tempat lain, tetapi kerana bimbang keselamatan mereka.
Tidak dinafikan kerisau itu ada terhadap pergaulan mereka. Saya biasa melihat remaja berjalan bersama rakan-rakan, bahkan ada yang berpimpin tangan bersama teman lelaki. Biasanya apabila melihat peristiwa itu saya akan menasihati si anak agar menjaga diri dan maruah. Saya ingat satu ketika apabila keluar keputusan PMR, maka kawan-kawan sekolah rendah anak-anak saya mengajaknya unutk celebrate di KFC berhmapiran taman kediaman saya, saya kata boleh saya hantarkan ke tempata itu, namun saya katakan kepada anak saya, pastikan pergaulan anatara lelaki dan perempuan. jaga aurat dan percakapan. Saya tidak melarang, cuma mengingatkan anak agar pandai menjaga diri dalam suasanan tersebut. Mungkin kerana berfikir banyak keburukan dari kebaikan anak saya membuat keputusan untuk tidak pergi. Saya mulanya tidak menyangka akan keputusan itu, namun kata anak saya "bila sudah bertemu pasti akan bersembang, bila bersembang pasti akan lupa sedikit sebanyak akan batasan percakapan dan pergaulan, maka lebih baik tidak". Saya sebenarnya bersyukur dengan keputusan itu kerana anak saya faham adalah lebih baik mengelakkan diri dari melakukan perkara yang membawa kepada fitnah.
Kesimpulannya, jadilah ibu bapa yang lebih bersikap 'protective' sehingga mereka matang unutk membuat keputusan dan tahu menjaga diri dan dapat menilai baik buruk sesuatu perkara. Sebagai ibu bapa mungkin tidak semua keputusan kitai tu betul, pasti ada kesipalannya namun tidak salah bertegas dalam sesuatu hal. Mungkin anak tidak faham apa ertinya DISIPLIN, tetapi bila mereka dewasa mereka akan memahami dan menghargai apa yang telah kita lakukan demi kerana KASIH DAN SAYANG KEPADA MEREKA.
wallahuaalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment