Saya seringkali berdepan dengan kanak-kanak atau juga remaja bercakap dengan kasar dan tidak sopan. Ada juga yang menggunakan bahasa yang kasar bila bercakap dan ada juga yang menggunakan perkataan lucah atau sakit teling bila mendengarnya. Dalam permasalahan ini, saya merasakan ibu bapa perlu berperana dalam membentuk komunikasi yang baik kepada anak-anak. Kita semua sedia maklum bahawa persekitaran atau rakan-rakan sebaya serta media maya mempengaruhi cara mereka berkomunikasi, tetapi pada hemat saya ia boleh dibendung sekiranya ibu bapa memainkan perana dan bersifat lebih pro-aktif dalam mendidik dan mengajar anak-anak cara berkomunikasi dengan betul.
Sebagai contoh saat mendengar anak-anak melafazkan perkataan yang tidak baik maka, tegurlah mereka dengan cara berhemah. Selain itu jika ibu bapa sendiri perlu mengelakkan dari menggunakan perkataan yang tidak elok atau lucah, baik ketika didepan anak-anak atau berinteraksi dengan orang lain. Memang ada ketika juga anak-anak lebih suka berdiam diri dari bersembang atau berbual dengan ibu bapa. Mereka lebih suka berkomnikasi dengan rakan-rakan yang dirasakan lebih memahami mereka. Namun ada banyak cara unutk ibu bapa berpeluang membuka bicara tika bersama anak-anak. Sebagai contoh, ada banyak isu yang akan menjadi bahan berbual seperti bertanyakan apa yang di ajar oleh guru, apa yang di beli waktu rehat, bagaimana dengan kerja rumah serta perlbagai lagi persoalan yang ditimbulkan unutk mengadakan suasan mesra. Jika anak-anak sudah dewasa, cubalah mendekati mereka dan mengambil tahu aktivit kesukaan mereka, kerana dengan cara itu kita secara langsung akan terlibat dan dapat memantau secara tidak langsung.
Mode berkomunikasi juga bukan semata dengan perkataan, salah satu perkara kemestian adalah ciuman dan usapan kepada anak-anak. itulah komunikasi yang paling bermakna di mana anak-anak akan rasa mereka disayangi. Apabila begitu mereka akan sentiasa menjadikan kita sebagai tempat mengadu dan rujukan. Momen paling indah adalah jika kita boleh menerapkan budaya solat berjemaah bersama anak-anak kerana selepas waktu solat anak-anak akan bersalam dan memberi ciuman kasih sayang. Oleh itu tidak ada sebab untuk kita tidak boleh berkomnikasi dengan anak-anak.
Jika anak-anak biadap, mungkin kita juga biadap. Oleh itu tepuk dada tanya diri sendiri. sama-sama kita berubah membina komunikasi yang lebih baik.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment