Hari ini satu perkara yang dikongsikan dengan saya oleh insan yang hebat motivasi dirinya iaitu Prof Muhaya sewaktu bertemu diofisnya, memetik kata-kata beliau; "kita sebenarnya mengikut graf apa yang kita lakukan dalam kehidupan ini dan kita akan mendapatnya kembali, contoh kalau orang bercakap kasar dengan kita maka mungki satu ketika kita pernah melakukan perkara yang sama pada orang lain". Penjelasan beliau ini hampir sama ungkapannya dengan apa yang sering saya katakan iaitu " kita adalah apa yang kita beri pada kehidupan kita".
Dalam konteks memberi, ramai orang sebetulnya lebih mengharap kepada PEMBERIAN dari orang lain, dibanding dengan diri sendiri menjadi PEMBERI. Sebab itulah banyak yangk ita dengari adalah rungutan, komen, kritikan atau protes tentang si dia atau si polan tidak berbuat begitu/begini. Jarang sekali kita melihat kepada diri sendiri serta mencari di mana silapnya kita. Bahkan kita begitu mudah meliha keburukan orang lain terhadap diri kita.
Andai kata diri merasa begitu sempurna tetaapi kita masih mendapat kritikan atau layanan yang tidak sempurna maka pada hemat saya itulah ujian buat diri kita. Sebagai contoh berapa ramai para isteri merungut suami tidak membantu kerja rumah padahal si isteri juga sibuk bekerja, ada juga para suami memberi komen isteri masak tidak sedap padahal isteri tidak bekerja. Ini antara rungutan yang menjadi nadi dalam kehidupan rumahtangga, oleh itu bagi mencari penyelesaian, kita bukan mencari APA YANG BELUM ORANG LAIN BUAT UNTUK KITA, TETAPI KITA MENCARI APA YANG BELUM KITA BUAT UNTUK ORANG LAIN. Pasti susah mendidik diri menjadi begini, tetapi itulah sebenarnya hakikat hidup dan inilah yang di ajar oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.
Oleh itu saya juga berpesan kepada diri sendiri semoga kita bukan menjadi energy sucker yang suka mencari dan melihat keburukan dan kelemahan orang lain, tetapi menjadi energy giver yang sentiasa melihat kebaikan orang lain dan meperbaiki kelemahan diri sendiri.
Wallahuaalam.
Welcome ........and May Allah bless us all....
Salam ukhuwwah.......
Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....
Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....
Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
Wednesday, March 21, 2012
Memberi lebih baik dari menerima
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment