Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Sunday, March 11, 2012

Tiada erti kelewatan dalam mencari ilmu



Hari ini satu soalan cepumas dari pelaajr saya, bagaimana menangani masalah sambung belajar di usia yang sudah lanjut. Terkejut saya dengan soalan itu kerana pada saya dia masih kelihatan muda. Lalu saya tanya kenapa dia merasa diri sudah tua, berapa umur? Katanya dia berumur 46 tahun, di sekolah dia dianggap ‘orang lama’ kerana ramai rakan sekerja sudah berusia. Merasa diri sudah lanjut usia, dia juga mengalami masalah bila sambung belajar, kerana beban tugas yang bertambah kerana tidak dapat membawa semua beban tersebut serta tidak tahu mengagih masa.
Perkara pertama saya katakan jangan merasa diri sudah tua, kerana bagi saya usia 46 masih belum terlambat unutk menyamubng pelajaran. Ada kawan saya yang sudah mencecah 50 baru membuat keputusan menyambung Ph.D. Biarlah apa orang kata kerana, yang ada keinginan itu kita, maka kita perlu menanggung risiko itu, iaitu risiko beban tugas bertambah, ada rakan-rakan yang akan terasa terpinggir dengan kesibukan kita, bahkan mungkin juga suami/isteri anak-anak tidak cukup masa untuk dilayani dengan terbaik.
Semua ini telah saya lalui, maka perkataan yang paling mudah dan tepat adalah kita perlu melakukan satu pengorbanan. Tidak cukup masa itu perkara normal yang semua orang hadapi, tapi apa yang penting bagaimana kita mengagihkan tugas dan memberi priority kepada tugasan itu. Kalau setakat kurang tidur kerana terpaksa bersengkang mata menyiapkan assignment, atau menanda kertas pelajar lebih awal dibanding orang lain kerana ada tugasan atau keperluan lain yang perlu dibuat itu juga perkara yang biasa dijalani oleh orang yang bekerja sambil belajar.
Rutin ini akan kita lalui sehingga selesai pengajian, tapi indahnya bila pengajian itu berkahir kita akan rasa satu kepuasan. Oleh itu diperingkat awal, belajarlah membiasakan diri dengan tugasan baru serta bagaimana menyusun jadual terkini untuk kita boleh mengimbangi antara keluarga, pekerjaan serta pelajaran.
InsyaAllah bila masa dapat kita urus dengan baik maka tekanan itu akan dapat dihadapi dengan tenang. 

Antara tips yang boleh kita ambil adalah:
a)      Memberi priority
b)      Elakkan menangguh kerja
c)      Elakkan membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah
d)     Meletakkan sasaran atau target dalam setiap tugasan yang ingin diselesaikan
e)      Memberi rehat kepada minda
f)       Jangan fikir susah tetapi fikirkan mudah
g)      Bekerja dalam kumpulan
h)      Belajar membuat perkara baru dan mengambil ia sebagai cabaran
i)        Gilap potensi atau bakat terpendam dengan mengambil risiko terbilang
j)        Fikirkan BOLEH
k)      Yakini kebolehan diri
l)        Banyak berdoa dan memohon hidayah Allah

GOOD LUCK!

2 comments: