Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Saturday, September 29, 2012

Tips Menjadi Kaya Raya


Semalam bertemu seorang sahabat, tujuan saya singgah ke mahligai beliau tujuannya untuk menemuramah beliau untuk buku saya yang akan datang iaitu 10 Tokoh Jutawan Muslimah.namun dia menolak, katanya: Rumah akak belum cukup besar.." sambil gelak, dia menambah mengatakan dia belum cukup kaya raya untuk dijadikan contoh. Tunggu saya pindah banglo dulu la ye.. " 

Saya pula sekadar menganggukkan kepala walaupun jika melihat rumah yang diduduki dengan aset yang dimiliki sudah cukup untuk mengatakan dia memang tergolong dalam golongan jutawan dan kaya raya. Cuma kerana dia hanya guru (memilik pelbagai perniagaan yang di urus suaminya) jadi cara hidupnya simple sahaja. 

Jutawan Akhirat Jutawan Berganda


Ramai berimpian menjadi kaya raya
Hingga lupa dosa pahala
Mengejar dunia dari muda sampai ke tua
Banyak kewajipan dan amalan tidak sempurna

Kaya dunia hanya sementara
Bila mata tertutup badan tidak lagi bernyawa
Segala yang ada tidak lagi bermakna
Sewaktu itu baru kita mah ingat kepadaNya

Untuk selamat di akhirat dan juga di dunia
Carilah kaya yang sebtuknya kaya
Iaitu kaya harta dan kaya jiwa
Boleh membawa ke pintu syurga

Jutawan akhirt itulah namanya
Mari sama-sama kita bekerja

Thursday, September 27, 2012

Kasihan Belas kepada Haiwan.


Bersambung dari posting semalam tentang kucing. 
Posting di FB hari ini oleh Pn Ainon PTS membicarakan tentang kucing. ia sinonim dengan keadaan saya yang sekarang ini perlu berdepan dengan dua ekor anak kucing yang masih tidak mahu menyusu dan mahukan ibunya. Hari ini saya bertekad untuk mengambil ibu kucing yang baru sebulan melahirkan anak di rumah rakan saya. 
Hati sememangnya berat kerana jiran saya tidak menyukai kucing. Saya terpaksa mengurung kucing tersebut 24 jam di dalam rumah. Memang kita kesian kerana kucing mahukan suasana sekeliling untuk berlari dan berkejaran. Hampir setahun kehilangan kucing saya merasakan seperti Allah mendengar suara hati saya. Sekelip mata saya mendapat beberapa ekor kucing sebagai peneman. Anak-anak saya adalah orang yang paling gembira kerana dapat semula memeluk dan bermain dengan kucing peliharaan. Moga-moga dengan mengasihani binatang allah akan merahmati kehidupan kita.

Wednesday, September 26, 2012

Tanggungjawab kepada haiwan


Semalam Ieman membawa bali kdua ekor anak kucing yang basah kuyup. Saya mulanya pelik mendengar anak kucing, ingatkan suara Choco dan Comel yang bergaduh, alih-alin Ieman datang menunjuk dua ekor anak kucing di tapak tangannya. Meliah anak kucing yang tiada ibunya itu kesian pula saya. Umur anak kucing tu seperti baru dua tiga hari, matanya juga belum terbuka. Anak kucing yang seekor tu pula tak berhenti menangis dan dalam keadaan mengeletar. kata Ieman dia mengambilnya dalam lopak air. 

Macam mana saya nak cari ibunya, rasa saya ibunya mungkin mencari makan lalu anaknya itu merayap entah ke mana-mana mencari si ibu. Dalam dilemma jadinay kerana jika diletak kembali di temapt asal takut pula mati kesejuka anak kucing tersebut. Tiada pilihan saya terpaksa memanaskan anak kucing tersebut dengan hair dryer dan mambalut kedua ekor itu dengan tuala. Sekarang terfikir bagaimana mahu menyusukan anak kucing ini. Nak di buang rasa bersalah. Suami saya membenarkan untuk saya membelanya. Dari tidak ada langsung kucing setelah sekian lama, hem bertambah pula kucing di rumah saya. Harapan saya agar si kecil ini boleh bertahan untuk hidup walaupun bukan minum susu ibunya... 


Tuesday, September 25, 2012

Penyuluh Kehidupan



Islam adalah agama ilmu. Ilmu pengetahuan amat berkait rapat dengan Islam kerana Islam adalah agama yang mementingkan ilmu pengetahuan, malah Islam mewajibkan supaya umatnya menuntut ilmu. Selain itu, ilmu pengetahuan juga dikaitkan dengan ibadah kerana menuntut ilmu merupakan ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. Banyak dalil daripada al-Quran dan hadis yang menceritakan tentang kelebihan menuntut ilmu. Antaranya adalah hadith bermaksud, “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam.” 

Sunday, September 23, 2012

Hormati Ibu bapa


Hari ini merupakan hari dimana rutin check-up mertua di IJN. Maka masing adik beradik akan bekerjasama untuk mengambil ibu di kampung, dan ada pula yang menghantar ke IJN untuk medapatkan rawatan. Apa yang saya ingin kongsikan adalah betapa dalam kehidupan kita tanggungjawab kepada orang tua. Saya mengingatkan diri sendiri yang ada kalanya terlupa, contoh menanya khabar ibu sendiri setiap hari atau selang sehari. Adakala rutin kesibukan kita sehari-hari menyebabkan apa yang ingin dilaksana terlepas begitu sahaja. 

Kita perhatikan berapa ramai yang menghantar ibu bapa ke rumah orang tua kerana tidak sanggup menjaga mereka. Bahkan ada juga yang ibu bapa tinggal bersama mereka tetapi layanan kepada ibu bapa seperti melayan musuh. Walhal sewaktu kecil ibu bapa begitu prihatin kepada kita. 

Untuk mengingatkan diri agar melayan ibu bapa dengan baik mudah sahaja, bayangkan satu masa kita menjadi tua sebagaimana ibu bapa kita?Bagaimanakah kita mahu anak-anak kita melayan kita? Ingat! KITA ADALAH APA YANG KITA BERI DALAM KEHIDUPAN KITA. Sat pantun yang banyak pengajaran buat kita.. 
Gunung daik bercabang tiga
Budi yang baik dikenang jua

Thursday, September 20, 2012

Taufiq dan Hidayah Milik Allah


Salam Jumaat.. moga Allah memberi keberkatan kepada hari Jumaat yang mulia ini.. bagi mengisi ruang yang ada saya sertakan sedikit ringkasan dari buku terbaru saya iaitu Kompas Jiwa.. moga ia memberi manfaat buat semua...


Membicarakan tentang hidayah, semua orang memerlukan hidayah Allah. Seseorang yang bergelar Islam wajib bersyukur kerana diberi hidayah berada dalam Islam tetapi hidayah tidak akan sempurna tanpa adanya taufiq dari Allah. Sebab itu apabila berdoa kita sentiasa menyeratkan hidayah dan taufiq dari Allah. Manakala orang kafir amat memerlukan kepada hidayah dari Allah supaya mereka menerima Islam. Bagi memperoleh hidayah sudah pasti jalannya bagi yang bergelar kafir dengan memahami Islam. Bagi yang telah bergelar Islam pula mereka perlu berusaha berusaha untuk memperoleh taufiq dari Allah seperti memperbanyakkan ibadat dan amalan, berusaha meningkatkan ilmu dan kefahaman tentang Islam, mendekatkan diri dengan orang-orang yang berilmu serta apa jua cara yang boleh mendekatkan diri kepada penghayatan Islam itu sendiri.
Nantikan buku ini dipasaran... 

Masihkah Ada Waktu dan Peluang


Alasan kesibukan seringkali diberikan bila mahu menghubungi rakan-rakan. sedetik waktu teringatkan mereka, waktu itu ada pula hal dan urusannya. Maka ingatan itu berlalu begitu sahaja. Adakala apabila sesuat uberlaku maka kita menyesal tidak kesudahan. Pernah saya teringin benar menghubungi seorang sahabat karib, namun dek kerana ada sahaja hal maka ia terlupa begitu sahaja... Hingga berita yang tiba adalah berita kematian. Maka menyesal tidak kesudahan kerana tiada lagi peluang dan waktu untuk bertanya khabar.
Dalam kehidupan ini kita sering berbuat silap kerana kita bertangguh untuk menghubungi orang-orang yang kita sayang unutk mengatakan kita rindu kepada mereka..Atau sekadar untuk bertanya khabar,terutama ibu bapa atau saudara mara dan rakan taulan. Bila anda membaca posting ini maka belum terlambat jika selepas ini anda terus mengubungi mereka, berikan salam dan mohon Allah memberi rahmat dan barakah buat dia dak kita...
Sambunglah silaturrahim itu kerana ia besar nilainya buat kita... sebelum mereka pejam mata atau kita.. siapa tahu?

Tuesday, September 18, 2012

Pasrah


Sejak beberapa hari yang lalu seringkali pertanyaan yang sama menjengah ke minda. Namun diri percaya semua itu adakala perasaan waswas yang menghimpit diri. Hidup di kalangan manusia yang pelbagai aneka ragam dan kerenah maka adakalanya kita perlu menjadikan hati kita keras. Bukan keras hati tetapi kita berdiri di atas satu prinsip. Jika percaya apa yang kita buat itu adalah betul dan pada landasanya maka diri perlu pasrah. Bila sudah yakin maka teguhkan hati dengan tidak mendengar perkara yang boleh menggugat hati dan perasaan terutama ucapan negatif dan kata-kata ancaman dari orang sekeliling. Maka diri akan pasrah dengan apa jua hasil yang tiba nanti. 

Wednesday, September 12, 2012

Agama Itu Fitrah


Mengapa hidup kita perlu terikat dengan agama? Sekiranya agama itu betul, mengapa perlu ada banyak agama? Siapa yang betul di sini? Agama itu mempunyai peraturan. Bolehkah kita tidak terikat dengan peraturan? Adakah aman kehidupan tanpa peraturan? Sebenarnya Islam  mengikat umatnya tetapi membawa manfaat kepada umatnya sebagaimana pengharaman riba dan zina. Ajaran-ajaran yang benar daripada Tuhan umpama sungai-sungai yang mengalir ke muara yang sama. Namun ajaran-ajaran yang sesat, yang dibuat-buat manusia, tidak akan mencapai Tuhan kerana yang dituju itu memang bukan Tuhan.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak daripada jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya, dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah al-A'raaf:179)

Dipetik dari buku terbaru Kompas Kehidupan, terbitan Koperasi Khalifah Jiwa

KISAH KITA BERDUA




































Kisah kita berdua seperti sudah tersurat, saat kita dipertemukan seperti akan ada keserasian antara kita. Berbual mesra seolah sudah kenal lama. Namun yang indah itu hanya sementara. Allah menguji keikhlasan kita. Ternyata kita tewas dalam ujian. Kita sering bertelagah dan setiap komunikasi seperti tidak ada titik temu. Maka aku rasakan sudah masa untuk pergi. Pasti ini yang terbaik untuk kita. Siapa sangka pengakhirannya begini.. Kisah kita berdua.. apakah akan kekal menkadi sejarah atau akan terjalin kemesraan sebagaimana mula? Apakah mampu memulakan semula kisah dan menelusuri kenangan silam? Atau ia hanya tersimpan kemas di dalam diari.. Atau kita biarkan ia berlalu dan yang mendatang itu sama-sama kita renungi.. agar apa yang berlaku menjadi hikmah dan renungan buat kita...  
Sebenarnya orang-orang mukmin itu bersaudara. Maka damaikanlah diantara dua saudara kamu yang bertengkar itu dan bertakwalah kepadaAllah supaya kamu beroleh rahmat (Al Hujurat :10)


JUST A REMINDER...

Monday, September 10, 2012

SEPI ITU INDAH


Sepi itu bisu
Sepi itu mencengkam
Siapalah yang tau
Sepi yang  terpendam
Saat ini ku kongsikan
Hanya dengan DIA
Gelodak rasa
Dalam resah sujud
Dalam gelisah perasaanku
Mendambakan kasihNya
Mengimpikan belas dariNya
Sungguh bagai dikata
Sepi dan sunyi
Qudusnya mengalir
Meresap ke jiwa
Menjadikan lena ku
Bergurindam airmata
Mengharap redhaNya...

Nukilan
ummu ieman ihsan

Bila Kehilangan Baru Kita Belajar Menghargai


Semalam merupakan sejarah bagi saya kerana barang yang hilang akhirnya dapat semula. Ia menyedarkan saya agar lebih menghargai. Saya pernah berkongsi sebelum ini tentang ada orang minat dengan gadjet contohnya telefon. Saya pula tidak kisah asal boleh dan mudah digunapakai. Biarpun saya tidak mahu jadi suami tetap meneruskan membelinya. Saya baru memakainya tak sampai 3 minggu. Entah kenapa semalam saya sedikit lalai lalu tertinggal HP tersebut di CC.

Lama sewaktu saya berada di surau sempena jamuan hari raya baru saya terpeasan yang HP sy tiada.. hmm hampir dua jam berlalu..maka sudah kebiasaan la barang tersebut hilang. Namun nasib saya baik sebab di CC tersebut ada cctv.Maka orang-orang yang mengambilnya berjaya dirakam. Tetapi agak sukar untuk mengenalpasti maklumlah bila dah jumpa telefon yang jarang2 kanak sebaya mereka pakai apalagi semuanya berkerumun. Ikut cerita suami, hanya ada soerang yang dikenal pasti. Rupanya anak jiran.. maka setelah hampir 5 jam suami saya menjadi deketitif secara tak bertauliah, maka dia berjaya mendapatkan semula telefon tersebut di kedai telefon berhampiran pasaraya rumah saya. Hmm bebudaj tu dengan seronoknya berbelanja apabila dapat menual telefon tersebut, bahkan ada seorang yang berjaya mendapat telefon yang baru dan canggih dengan pertukaran dengan telefon yang dijumpai mereka itu...

Paling lawak bila Cina (owner kedai itu) masam mencuka bila diugut suami saya untuk report polis kerana membeli barangan curi.. Paling mendukacitakan perasaan pelajar yang terlibat dan membuat pakatan itu semuanyap elajar darjah enam yang esok bakal menduduki UPSR. Hebat dan pantas mereka berbuat sesuatu, paling malang ibu seorang pelajar tersebut melihat anaknya memakai telefon yang baru, tidakkah terdetik dimana telefon itu diperoleh.. Sungguh ibu apakah kita jika tidak mempersoalkan anak-anak. Ini amat berkait dengan cara mendidik.
Saya akui saya memang cuai, tetapi saya banyak pelajar dari peristiwa semalam, Walaupun ada ibu bapa yang tidak mengambil endah anak-anak berjam-jam berada di CC tetapi ada juga yang prihatin dengan anak-anak mereka, cuma mereka tidak dapat mengawal. Pengajaran untuk saya adalah, lebih berwaspada, dan apa yang pasti didik anak-anak untuk memulangkan barang yang dijunpai...
Wallahuaalam.

Friday, September 7, 2012

Bangkit dari kegagalan


Sungguh benar apa dikata.. bila tersungkur bangun semula, saat jatuh bangkit kembali.. tidak perlu dikira berapa kali kita jatuh namun yang penting kita mengira berapa banyak percaturan yang perlu dibuat setiap kali kita bangkit, apa strategi yang perlu diguna pakai agar kita mampu berdiri teguh. Sesungguhnya setiap kali kejatuhan dan juga kegagalan berlaku maka setiapkali itu juga kita belajar sesuatu yang baru serta tidak mengulangi kesilapan yang sama. Percayalah...  sesungguh Allah menguji hambanya dengan kegagalan untuk kita sering muhasabah perjalan kehidupan kita.
Setiap kali kita gagal ia sebenarnya bukan kita gagal tetapi sebenarnya kita belum cukup berjaya. 

Thursday, September 6, 2012

Mana Perginya Naluri Seorang Ibu?



KUANTAN: “Hampir menitis air mata saya melihat mayat bayi tidak berdosa itu terperosok dalam lubang tandas, tapi demi tanggungjawab, saya dan tujuh rakan yang lain kuatkan juga semangat untuk menjalankan tugas.”
Demikian, kata seorang daripada anggota bomba ditugaskan mengeluarkan mayat bayi baru lahir yang tersumbat dalam lubang tandas Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini semalam.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Adli, 40-an, berkata, dia dan rakan-rakan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas bagi mengeluarkan mayat bayi itu, bermula jam 8 pagi.
“Sebaik saja melihat separuh kepala bayi itu terperosok dalam lubang tandas, kami sedar tiada cara lain untuk mengeluarkannya kecuali memecahkan mangkuk tandas itu dengan berhati-hati kerana bimbang ia mencacatkan tubuh bayi berkenaan.
“Kami mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas itu perlahan-lahan. Kami bergilir-gilir melakukannya. Ketika itu juga hati saya bercampur baur antara sedih dan geram dengan manusia yang membuang bayi itu,” katanya.


Membaca harian metro ini meruntun hati dan perasaan...
Adakala manusia tidak lagi berfikir secara waras. Adakah mereka ini tidak bersedia menjadi ibu maka tiada naluri seorang ibu? Membaca kisah ini mengingatkan saya kepada ceramah Ustaz Ahar tentang bagaimana garangnya ibu monyet apabila anaknya diganggu.Agakknya ibu monyet lebih naluri keibuan dari segelintir yang namanya manusia.. Wallahuaalam.

Wednesday, September 5, 2012

Menghadapi saat kematian


Menghadapi saat dimana sebaik sahaja jenazah kita dikambus dalam kubur, kita (ruh) akan nampak dihujung kaki dua malaikat berdiri bagi memulakan sessi soal-jawab yang dijawab bukan dengan hafalan tetapi oleh amalan. Betapa ruginya manusia sibuk menjaga badan dan tidak sibuk menjaga amalan. Ini yang dikatakan oleh roh orang yang meninggal apabila melihat mata mereka bengkak dan pecah pada hari ketiga di kubur. Ada segelintir ktia sibuk dengan hanya urusan dunia, kita jogging tetapi tidak solat, kita yoga tapi tak tutup aurat. Kita bekerja demi mencari kejayaan dan kesenangan dunia.

Kematian adalah kerehatan bagi setiap mukmin . Orang yang bergelar mukmin tidak takut mati. Bahkan menjadikan mati sebagai motivasi untuk sentiasa beribadat kepada Allah. Ketakutan kepada kematian akan muncul tak kala merasa diri masih tidak sempurna dari segia amalan. Kematian merupakan kerehatan bagi setiap mukmin yang betul-betul menyerahkan kehidupannya untuk mencari keredhaan Allah. Ini ada disebut di dalam Hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa orang mukmin tatkala ia meninggal dunia dan mengadap Allah ia berehat, mereka penat didunia semasa mentaati Allah seperti puasa, solat. Kubur ialah taman syurga bagi orang mukmin dan mereka tidor seperti pengantin selepas menjawab semua soalan kubur dengan baik . Sewaktu hidup di dunia, mereka sentiasa mahu meraih pahala dan mencari mardhatillah.
Mengingati dunia akan merisaukan kita tetapi mengingati Akhirat akan menenangkan jiwa. Mari sama kita berdoa agar Allah member kita husnul khatimah dan taman syurga dan lindungan arasy dan buku timbangan dri tangan kanan dan lalu titian sirat dengan mudah ke syurga. Betulkan  tujuan dan matlamat hidup kita. Jangan kita terpesona dengan dunia yang sementara ini. Biar tubuh kita dengan manusia tetapi hati sentiasa mengingati Allah. 


Monday, September 3, 2012

Cara Mengendalikan Jenazah

Kematian adalah sesuatu yang pasti akan berlaku pada setiap individu, sama ada ianya cepat atau lambat bergantung kepada taqdir Allah. Menyedari kita akan bertemu kematian maka sudah pasti ia memberi keinsafan.
Alhamdulillah pagi ini sempat mendengar perkongsian Ustaz Datuk Hassan Din berkenaan mengurus jenazah.Ada beberapa perkara yang dipesan oleh beliau apabila kita berdepan dengan kematian iaitu:

  1. Jika si mati matanya terbuka maka dalam tempoh terdekat ia perlu ditutup matanya. Sebolehnya jangan melebehi sepuluh minit kerana mata akan susah untuk tertutup. Biasanya mata terbeliak kerana menahan kesakitan/ketakutan sakaratul maut.
  2. Kemudian jika tangan itu lurus ia perlu segera dibengkokkan sebagaimana kita dalam keadaan solat iaitu tangan dilekapkan ke dada.Jika lambat maka tangan akan mengeras dan sudah tidak boleh lagi dibengkokkan.
  3. Orang sekeliling perlu cepat menanggalkan pakaian yang adap ada mayat seperti seluar, baju dan sebagainya untuk megelakkan kepanasan dan mayat cepat repu. Seeloknya ditutp dengan kain yang nipis.
  4. Apabila berdepan dengan kematian perkara yang utama adalah menyediakan kubur untuk jenazah serta mendapatkan kain kapan.
  5. Sebolehnya disegerakan pengebumian dan jangan sampai tiga waktu solat berlalu. Contohnya jika kematiab berlaku waktu Insyak, sebolehnya jangan sampai waktu zohor.
  6. Elakkan melakukan perkara bidaah dalam menguruskan jenazah.
Wallahuaalam.

Saturday, September 1, 2012

Pujian, Memuji dan Terpuji

Dunia ni ada pelbagai ragam manusia. Ada orang suka sangat memuji walaupun ada ketikanya mereka tidak ikhlas, seperti mahu membodek atau ada udang sebalik batu. Peliknya ada pula orang yang suka dipuji. Bila dipuji hati semacam perasan yang dirinya begitu bagus, bahkan bila dipuji diri mudah "terjual" dan mudah terpengaruh/dipengaruhi. Realitinya tidak salah memuji dan menerima pujian, tetapi biarlah pujian itu ikhlas dan boleh memberi motivasi untuk menjadikan sikap kita lebih TERPUJI. bagi yang suka menerima pujian jadikanlah  pujian itu sebagai kayu ukur untuk muhasabah diri. Memetik kata-kata Saidina Abu "biarlah aku lebih baik di sisi Allah dari sangkaan orang terhadap diriku".
Wallahuaalam.