Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Friday, April 25, 2014

Kasih Sayang siri 1



Bismillah,

Berkongsi satu kisah yang banyak menyedarkan diri bahawa masa yang ada boleh dimanfaatkan dengan pelbagai cara seandainya kita mahu dan rajin. Saya mengenali seorang wanita yang gigh berniaga. Beliau berasal dari Pantai Timur, berkahwin dengan orang berasal dari Kuala Lumpur membawanya menetap di Lembah Klang.

Dara berniaga membawa dirinya membuka sebuah kedari runcit. Walau bersaing dengan kedai Aceh dan sebagainya namun dia mampu untuk sentiasa maju. Kegigihan berniaga tidak di sangkal bila apa sahaja yang ada akan beliau ambil peluang. Berniaga barangan keinginan wanita juga menjadi piliihan. Dari periuk belanga cadar dan sebagainya. Bertahun-tahun mengenali beliau maka saya menjadi tempat untuk engadu masalah. Menjadi kaunselor perlukan saya menjadi pendengar setia segala persoalan dan permasalahan beliau.

Maka seperti biasa penyelesaian mudah adalah kembali pada Allah. Salah satu yang paling membuat saya tersenyum bila dia merasakan dirinya tidak menjadi pilihan ibu. Bahkan adiknya lebih disenangi dan disayangi ibu. Mengapa saya tersenyum kerana saya teringat dua anak remaja peremupan saya. Saya juga teringat kata-kata kakak sulong yang mengatakan ibu saya lebih ingat pada kakak ke tiga saya berbanding mereka yang lain. Bagi yang menjadi ibu sudah pasti jawapan 'semua anak disayangi... namun ia bukan seperti sekeping kek yang boleh di bahagi-bahagi. Kasih sayang sangat subjektif.

Banyak hal-hal berkait kasih sayang dikongsi dan dibincangkan dalam group kaunseling yang saya kendalikan bersama pelajar namun sebagaimana bicara... ia mata subjektif untuk dirungkai, bahasa badan belum tentu memberi ketepatan pada apa yang ada disanubari. Jika kita mengatakan ibu lebih sayang anak yang lain dari kita, maka tanya diri kita yang juga punya anak-anak... Bagaimana? Tepuk dada tanya sanubari, jawab dalamn hati....

Wallahuaalm.

Wednesday, April 16, 2014

Tentang Persahabatan


Erti persahabatan
Ia muncul dalam ketawa,
Ia pergi saat duka menjerat jiwa
Ada tikanya
Ramahnya hanya sandiwara
Ungkapannya sekadar sendaloka

Dia yang digelar sahabat  
ada tikanya menikam hati
membekas pedih dan menghiris rasa
Bahasanya yang tajam
rakusnya tindakan
Hakikatnya dia duri dalam persahabatan,
Kenangan  terpahat
Cerita yang tersurat
Menggamit kesedihan
Menggaris luka yang terpendam
Tercari aku sahabat sejati  
Umpama As- Siddiq dan Al Faruq
Menjadi perisai Baginda Nabi

Sahabat,
sering menyapa ketika sendu,
selalu bertanya kala berduka
Menjadi peneman segala suasana
Penghibur dan penglipur lara

Hilang ia tidak berganti


Nukilan,
Ummu Iman Ihsan

Monday, April 14, 2014

Mencari Kerja Part-time


Bismillah,

Pelajar yang sedang menanti keputusan peperiksaan atau juga menunggu jawapan perkerjaan selalunya apa yang mereka isikan masa yang ada. Mungkin ada yang mengambil lesen kereta, kerja sementara di kedai-kedai, menolong keluarga, bercuti atau pelbagai lagi aktiviti boleh dibuat. Paling kesian bila ada yang membuang masa melepak dengan rakan-rakan tanpa ada rasa kerugian.

Wednesday, April 9, 2014

Pengalaman mendidik hati nurani



Bismillah,

Ada banyak perkara yang kita buat dalam kehidupan berdasarkan pilihan sendiri. Ada yang susah ada yang mudah. Begitu juga saya. Ada perkara yang saya pilih semata-mata mahu mendidik hati dan jiwa sendiri. Mahu menyelami bagaimana rasa melakukan perkara yang susah. Apa rasanya meletakkan diri di tempat, keadaan dan situasi begitu. Ia membantu diri untuk menyelami dan menghayati apa rasanya berada dalam situasi yang sekiranya kita tiada pilihan lain melainkan terpaksa melakukan. Lalu bila kita berada di situasi itu kita akan merasa bersyukur diberi nikmat dan anugerah oleh Allah.

Perjalanan kita walau ada susah dan payah, namun kita ada banyak pilihan. Bahkan kita mungkin boleh meriba tangan sahaja, tidak perlu berhempas pulas menggunakan tulang empat kerat seperti insan yang kehidupannya kais pagi makan pagi. Melakukan kerja itu sebenarnya akan mendekatkan kita kepada Rabb Yang Maha kuasa betapa hidup di dunia ini tiada beza antara kita semua melainkan taqwa.

Mendidik hati untuk bertaqwa jika tidak dapat merasai kehidupan si miskin maka kita akan menjadi bakhil. rasa segala kita yang punya. Melalui kehidupan dengan jerih payah mendidik diri agar bersyukur saat diberi dan jangan berputus asa bila diuji. Apa yang ada pada diri adalah pinjaman yang sementara. Lalu berpuasa dan bekerja di panas terik membenarkan fizikal untuk merasai betapa diri masih dapat meneguk rasa enak makanan di waktu berbuka, diri masih berpelunag bermalas-malas dan berehat bila kepenatan. Lalu bagaimana dengan mereka? Masihkan ada ruang dan peluang? Mungkin tidak di dunia namun jika taqwa mereka lebih dari kita sudah pasti ganjaran buat mereka di akhirat sana.

Maka bersyukur Ya Allah. Memberikan sekelumit ruang untuk bernafas dan mendidik diri ku ini menghayati dan merasai.... sungguh diri ini ada ketika menzalimi diri sendiri. Hadir segala nikmat pemberian dari MU masih kurang rasa bersyukur, masih tidak setimpal dengan amal yang diperbuat. Lalu jalan ini ku pilih moga dengannya aku terdidik, darinya aku belajar untuk sentiasa melihat bumi yang ku pijak dan tidak hanya mendongak laingit yang di atas.

Wallahuaalam.

Sunday, April 6, 2014

Diari Seorang Penulis


Bismillah,

Lama sungguh tidak singgah di sini. ia tiada alasan melainkan masa yang amat cemburu. Aktiviti menulis lebih terarah kepada menyiapkan buku yang masih lagi terbengkalai. Bila di buru editor maka lajulaj sedikit. Menulis perlu menjadikan ia seperti nadi, ia perlu sentiada digerakkan menjana darah ke seluruh aliran badan. Begitu juga menulis. ia perlu di catat apa sahaja yang ada di fikiran setiap hari.

Ilham akan hadir tidak kira masa, namun adakala ia tergendala dek terlalu banyak yang perlu diselenggara. Urusan kelurga, kerja dan sebagainya merupakan perkara yang menjadi cabaran bagi yang mahu menulis. Menulis juga perlu ada pertambahan ilmu. Berlomggok buku disediakan untuk tatapan minda, pun begitu ia susah untuk dihabiskan. Walauapa pun ia perlu ada untuk menjadi rujukan kerana menulis bukan hanya pada ilham tetapi pada ilmu yang digali dan dicari.

Moga untuk kali ini dipermudahkan misi menulis kembali bait-baik Membina Emapayar Diri, mencari diri menuju redha Ilahi. Ameen.

Waalhuaalam

Monday, March 10, 2014

Kehilangan Pesawat MH370


Bismillah,

Berdoa moga Allah mendengar segala permintaan. Belajar dari segala tragedi dan ketahui bahawa Dia Maha Berkuasa.

Sunday, March 2, 2014

Tasawwuf Harian : Allah itu nyata


Bismillah,

Allah itu nyata kewujudannya. Orang yang dekat dengan Allah akan merasa muraqabatullah. Mereka merasa Allah menyaksikan segalanya. Seorang Sheikh sentiasa menyebut: 

1. Allahu bersama ku
2. Allah penyaksi ku
3. Allah melihat aku

Kesannya dia mudah menghafal. Ada satu ketika di ke pasar dan melihat ada orang mengamuk meletakkan pisau pada seorang anak perempuan. Apa yang berlaku Sheikh ini pergi ke tempat tersebut dengan bertongkat. Walau di halang dia tetap pergi. Dia bertentang mata orang tersebut. Lalu rebah orang itu. Bila ditanya kenapa dia jatuh pengsan? Jawab lelaki itu dia seperti mendengar ; Allahu Nazhirun (Allah Maha Melihat).

Allah berhak memberi segala permintaan kepada hambaNya dengan syarat dia sandarkan segalanya pada Allah. Doa yang dipanjatkan kepada Allah akan diperkenankan. Doa ada 4 mengikut Ulama:

  1. Berdoa dan terus dapat
  2. Doa tertangguh: Lama berdoa baru dapat
  3. Doa yang tidak dimakbul tapi Allah selisihkan bala.
  4. Doa yang tidak bagi di dunia tapi ditunda di akhirat

Justeru apabila kita taat kepada Allah, doa sudah jadi menzahirkan ubudiyyah. Sekadar menzahirkan kehambaan kita kepada Allah. Allah tidak berhajat kepada makhluk sedang makhluk yang berhajat kepada Allah. Bila berhajat dan maqbul kita gembira, dan bila kita berdoa dan kita tidak memperoleh maka tetap kita gembira. Biar doa dan permohonan tidak dapat kerana apabila kita dapat itu adalah habuan kita, namun bila kita tidak mendapat itu adalah kehendak Allah.

Kefahaman ini menggambarkan kepada kita bahawa kita perlu kembali kepada Allah. Apabila berdoa pelru merasakan kehambaan yang tulus ikhlas kepada Allah. Anas R.A berkata: Nabi sedang berkhutbah lalu datang seorang lelaki dan bangun bercakap. Ya Rasullah habis sudah harta benda, kering kontang. Lalu Rasulullah berdoa. Kata Anas dia melihat awan putih sewaktu nabi belum berdoa. Namun bila Rasulullah berdoa awan hitam datang walhal tangan belum di letak. Bila turun hujan kami solat dalam hujan, solat dalam hujan hinnga kami pulang ke rumah. Hujan yang berpanjangan berlangsug hingga Jumaat yang sama. Lalu orang yang meminta itu menyatakan agar dihentikan. Lalu nabi berdoa agar hujan itu diselerakkan kepada orang lain. Maka ketika itu Anas berkata awab itu berselerak dan hujan berhenti serta merta. 


Doa adalah satu bentuk ikhtiar yang dalam ruang lingkup ajaran Islam, Apabila kamu berazam maka bertawakallah kepada Allah. Semua natijah adalah dari Allah. 

Saturday, March 1, 2014

Mengenal Allah


Bismillah,

Sifat yang baik adalah orang yang mengenal Tuhan. Ilmu adalah penyuluh kepada konsep mengenal Tuhan. Ilmu memberi kefahaman yang jelas dalam memahami ilmu Allah untuk mencapai MARIKFAH ALLAH dan MARDHATILLAH.
Menurut Ibnu Ataillah, 
Siapa yang mengetahui hak Allah melalui nama dan sifat Allah maka segala makhluk yang kita lihat bahawa Allah itu wujud. Adanya Allah adalah tanda kewujudan makhluknya. Dengan melihat kepada kejadian Allah maka ia memberi keyakinan kepada Allah itu ada. Dia yang menjadikan alam ini seluruhnya.

Dengan melihat fenomena ia menginsafkan kita betapa Allah itu wujud dan maha berkuasa. Gerakan aqal ini membawa kepada kesedaran betapa Allah Maha Kuasa. Sesiapa yang banyak berzikir dan beribadat serta memahami dengan ilmu maka dia tidak merasakan kepentingan kepada perkara lain. Dunia tidak lagi berharga dimata mereka. Apabila menghayati kekuasaan dan keesaan Allah maka tiada lain yang kita ingat dalam dada. Hidup tiada lain tujuan melainkan hanya mencari kecintaan Allah. Merasa diri lemah dna kerdil disisi Allah.

Orang yang kenal Allah apa sahaja berlaku baik yang baik atau buruk maka tiada lain di sudut hati melainkan semuanya dari Allah. KECINTAAN kepada Allah membawa insan lupa kepada dunia yag lagha. Kenikmatan itu dirasakan hanya sementara sahaja. Manisnya iman bagi orang yang cinta kepada Allah dan rasulnya. 

Kemanisan iman ini dirasai dalam tiga perkara: Allah dan Rasul dikasihi melebihi segalanya, kasih pada seseorang semata kerana Allah, benci kepada kekufuran dan takut kepada Api neraka. 

Wednesday, February 26, 2014

Tips menjadi Penulis



Bismillah,

Ramai mahu menjadi penulis. tapi banyak persoalan menjengah. Antaranya:

Bila masa mahu menulis?
Bila ilhan tiada bagaimana mahu meneruskan?
Apa yang mahu dikongsi?
Bolehkah idea diterima?
Bagaimana reaksi pembaca?
Layakkah orang seperti kita?
Siapa yang mahu baca tulisan kita?
Masih relevenkah apa yang akan dikongsi?


Tuesday, February 25, 2014

Muhasabah



Berlalu masa hanya seketika
Menjerat diri yang sering lupa
Mencari harta menjadi leka
Apa ada pada dunia
kerana semuanya
sementara belaka
Mahu apa pada harta
Pejam mata tinggal segala
Apa dibawa hanya pahala
Sedar aku hakikat dunia
Alpa seketika tidak mengapa
Kembali pada yang Esa
Moga diberkati perjalanan usia

Ummu ieman
25 Feb 2014

Sejarah Solat - Ustaz Don TV Hijrah



Bismillah,

Bagaiman bermulanya amalan solat? Apakah rukun solat?

Kisah dari Israk Mikraj
" Malaikat malaikat ini tidak akan bermaksiat dengan Allah Taala"
Apabila Rasulullah memberi salam malaikat menjawab salam dan meneruskan sujud semula kepada Allah.
Kenapa malaiakt jawab salam Nabi. Berdasarkan ayat di atas, ada hadith yang di riwayatkan oleh Abu said bin Muaala. Bila dia bersolat maka Rasulullah pun memanggil " Ya Abu Said, tetapi beliau menyudahkan solatnya. Selepas itu baru beliau mendatangi Rasululah. Lalu beliau bertanya mengapa Rasullulah memanggil.

" Hai orang-orang yang beriman apabila Allah dan Rasul memanggil maka datangilah"


Sunday, January 19, 2014

MENGATASI SIFAT MALAS


====================
3 Jenis malas manusia berjaya.
====================

Malas adalah sifat normal bagi manusia.

Punca malas itu ada pelbagai.

Malah perasaan dan sifat malas ini juga melekat pada diri kedua-dua orang yang sudah berjaya, dan juga orang yang sedang mencipta kejayaan.

===========
Bagaimana sifat malas malas dicipta
===========

Sifat ini muncul akibat daripada:

+ Tidak mempunyai rehat yang cukup.

+ Tidak melakukan apa yang disukai.

+ Mempunyai persepsi negatif terhadap kehidupan.

============
Contoh aktiviti malas orang berjaya
============

Untuk orang yang berjaya, aktiviti malas mereka berbeza:

+ Malas untuk menunggu orang lain.

+ Malas memikirkan kritikan orang sekeliling.

+ Malas melayan perasaan negatif.

Sifat malas adalah sifat yang bagus apabila manusia bijak memanipulasinya.

===========
3 Cara manipulasi sifat malas untuk berjaya
===========

Cara menerapkan perasaan malas yang positif adalah:

1) Anggap malas itu sebagai alat untuk mencipta kejayaan.

2) Cipta kemalasan yang boleh membawa untung pada diri kita sendiri.

3) Berkawan dengan orang-orang yang memiliki sifat malas yang positif.

dari wall Suaidah Norbaki

Friday, December 13, 2013

Bangkit Memburu Azam


Bismillah,

Sejenak merenung masa, ia berlari laju hingga ada ketika kita lelah menghambatnya. Lalu masihkah kita perlu menunggu ia pergi tanpa turut sama berlari mengejar masa itu. Kini bukan lagi masa untuk merintih pada kegagalan tetapi masa melaksanakan segala tekad dan azam.

Tahun baru Hijrah sudah mendatangi, tahun baru Masehi bakal menyusul lagi. Maka di mana kita sekarang? Mahu ke mana kita di hari mendatang?

Jika seperti masih kabur dan masih dengan angan-angan. Sudah itba waktu untuk bangkit dari mimpi. Masa untuk mengorak langkah dan berjalan menuju impian.

Apa bekal yang dibawa dalam perjuangan. Ia kalimat tulus yang mengerti Allah bersama dalam setiap pendakian. Jagalah Allah, Allah menjagamu.

Friday, December 6, 2013

Aktiviti Musim Cuti Sekolah


Bismillah,

Cuti sekolah sudah di pertengahan, ramai anak-anak menghabiskan cuti dengan cara pelbagai. Ada yang memilih bercuti dengan melawat dan menziarah saudara mara di kampung, ada yang memilih destinasi percutian. Bahkan ada yang menghantarkan kem dan sebagainya. Namun ada yang sekadar di rumah kerana ibu bapa bekerja. 

Persoalannya bagi anak-anak yang tidak dipantau oleh ibu bapa, di manakah anak-anak ini menghabiskan masa bila mereka keluar bekerja? Adakah mereka tinggal di rumah atau merayau dan menghabiskan masa dengan rakan-rakan tanpa faedah. Ada anak-anak yang tidak di pantau pegunaan internet di rumah perlu diberi perhatian oleh ibu bapa. Kerana itu aktiviti-aktiviti semasa cuti perlu disusun oleh ibu bapa agar anak-anak tidak mengguakan masa dengan cara yang tidak berfaedah. 

Monday, November 18, 2013

Petua Sihat



Sup labu air boleh mengubati kencing manis

untuk wanita -  daun sirih direbus bersama pinang muda boleh mengecut organ peranakan

untuk cuci usus, sembelit dan buadir - kisar buah delima muda beserta kulit dan minum 


-dipetik dari FB

Imej Diri Pekerja

Imej Diri adalah cermin kita kepada masyarakat. Ia berkait dengan tingkahlaku dan sikap kita. Elemen-elemen penjagaan tingkahlaku seperti:
qcara berpakaian,
qberkomunikasi,
qtidak mengadakan hubungan dengan pelajar,
q mematuhi masa,
qmenghormati rakan sejawat,
qmengelak plagiarisme,
qkerja berpasukan dan

qmenjaga kerahsiaan. 

Mengapa Melayu mudah sesat- TV Hijrah

Bismillah.

Bagi memahami Islan asasnya adalah aqidah. Kerangka aqidah itu jelas halal dan haramnya, sesat dan menyesatkan. Sebagai contoh amalan syiah sendiri tidak boleh menerima bidaah dan amalan yang sesat. Begitu juga adanya fahaman moden yang membawa mesej fahaman agama itu kolot dan menghalang kemodenan.

Inilah yang membawa pengaruh tidak sihat kepada umat Islam hari ini. Pada zaman ini ada yang juga anti hadis. Inilah mereka yang tergolong sebaga orang yang sesat. Mereka ini hanya percaya kepada Al Quran sahaja. ia muncu sejak zaman Umar bin Abdul Aziz lagi. Ia juga berlaku pada zaman Imam Syafie. Bagaimana kita perlu ikut dengan Sunnah Nabi. Orang yang menolak Sunnah maka mereka ini menolak al Quran.

Apabila kita tidak memahami nas secara keseluruhan maka ia membawa kepada kesesatan. Sejak zaman Nabi juga ada penyelewengan dan agama sesat. Sebab-sebab ikhtilaf itu pada zaman Nabi, sahabat boleh merujuk kepada Nabi. Nabi menyebut; " Bertaqwa kepada Allah, dengar dan taat,  sesunghunya siapa dikalangan kamu hidup dengan panjang di sana akan terdapat pertelingkahan yang banyak, maka berpegang teguhlah kepada sunnahku, dan khulafa ar Rasyidin.....

Jika dikaji konteks ajaran sesat di mana kita perlu kembali kepada ahli sunnah wal jamaah. Kefahaman yang menggangu-gugat ini dapat dibasmi dengan kembali kepada Ahli sunnah wal jamaah.

Perkongsian Dr Zukifli dan Dr Ashrf


Profesionalisme dalam pendidikan

Profesionalisme adalah keupayaan dan kecekapan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada panduan ilmu dan latihan, serta kepakaran.
Seseorang yang profesional adalah terikat dengan etika profesion yang merangkumi etika dalam keilmuan, etika sikap dan etika kemahiran.
Pembudayaan kualiti memastikan setiap hasil kerja mereka sesuatu yang berkualiti dalam semua aspek.
Kualiti ini dapat dinilai melalui sumber manusia yang dilahirkan.


Akauntabiliti

Akauntabiliti adalah tanggungjawab seseorang kepada setiap perkara mahu pun hasil kerjanya.
Memelihara akauntabiliti adalah niat mendidik kerana mencari keredhaan Allah
al-Bayyinah: 5 ”Dan tiadalah mereka itu diperintahkan, melainkan supaya mereka menyembah Allah dalam keadaan mengikhlaskan agama kepadanya”.

” Sesungguhnya Allah tidak akan menerima suatu amalan melainkan apa yang ikhlas kepadaNya dan yang ditujukan hanya untukNya. (Riwayat Abdu Daud dan an-Nasai).

Peranan pendidik


Bismillah,

5 peranan yang perlu dimainkan oleh pendidik bagi memastikan kecemerlangan dan kegemilangan ummah adalah:

MUDARRIS
Ã’Mengajar ataupun pengajaran.
Ã’Bertanggunjawab menyampaikan ilmu yang ada padanya kepada pelajarnya yang boeh membina pemikiran, rohani, jasmani,emosi dan juga sosial.

Ã’Apa yang diketahuinya hendaklah disampaikan kerana kerja pengajaran adalah sebahagian daripada amal soleh.

MUAALIM
Ã’Mengajar atau menyampaikan limu kepada orang lain dan mengamalkan apa yang disampaikan di samping berusaha menambah ilmu pengetahuan.
Ã’Mempunyai rasa belas kasihan kepada pelajar dan menganggap mereka seperti anak sendiri.
Ã’Mengajar kerana Allah dan bukannya kerana ganjaran dan tidak mengharapkan balasan daripada pelajar.

MURABBI
Ã’Murabbi bermaksud memperbaiki, memimpin dan mentadbir.
Ã’Sentiasa menyayangi pelajar dan menasihati dan membimbing dalam pembentukan syahsiyah mereka.
Ã’Menjadi kaunselor dan penyebar nilai budaya yang elok dan menjadi contoh kepada pelajar.

MUADDIB
Ã’Mendidik ke arah memperelokkan lagi akhlak pelajar.
Ã’Bertanggungjawab dan melaksanakan pendidikan peradaban dalam pengertian yang luas dan mendalam terhadap peribadi dan kehidupan pelajar. 
Ã’Memberi ilmu dan mendidik mereka dalam akhlak dan adab yang baik. 
MURABBI
Ã’Membawa kepada jalan hidup yang benar dan betul dengan nilai dan sikap yang benar dan berperanan sebagai hamba Allah dan khalifahNya dimuka bumi.
Ã’Mempunyai tingkah laku baik dan terpuji, bersih dari akhlah tercela, tidak taasub atau fanatik, zuhud pada amalan dan perbuatan dan mempunyai tokoh kepimpinan.
Ã’Alim dari segenap perkara atau disiplin ilmu, menyimpan atau menutup keaiban pelajar-pelajarnya dan pengajaran terkesan di dalam hati pelajar.

Tuesday, November 12, 2013

Tips kejayaan


Bismillah,

Kegagalan dan kejayaan adalah satu perkara yang sinonim hadir dalam kehidupan. Persoalan bagaimana menangani itu amat bergantung kepada individu dan persekitarannya. Inidividu yang negatif akan melihat kegagalan sebagai satu halangan, manakala uang berfikiran positif akan melohat kegagalan sebagai satu pengalaman dan batu loncatan untuk memulakan semula perjalanan dan mencari strategi bagi mencapai kejayaan.

Orang yang gagal sering mencari insan yang senasib demi menyatakan bahawa mereka gagal kerana orang lain dan bukan orang lain. Mereka ini suka meraih simpati malah banyak perkara silap diletakkan dibahu orang lain tanpa diri sendiri mahu belajar dari kesilapan. Bagi mengelakkan sikap negatif dan perasaan serta emosi dipengaruhi oleh kegagalan dan pengalaman lampau maka amat bagus sekiranya individu menghampiri orang berjaya agar aura positif akan tempias pada diri.

Akan ada rasa malu serta rendah diri, tetapi orang yang ada kemahuan yang kuat untuk berjaya perlu kental dan kuat serta tega dengan diri untuk bangkit semula. Ia itdak mudah tetapi tekad yang kuat memunkginkan sesuatu kegagalan itu dapat menghasilkan kejayaan.

Wallahuaalam