Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Wednesday, March 28, 2012

Bila Tirai Berlabuh



Tinggal beberapa hari lagi program Jubli Intan Maahad Muhammadi akan bermula, maka debaran semakin terasa bagi petugas-petugas yang telah sekian lama bertungkus lumus menyiapkan segala persiapan untuk program-program yang telah dirancang akan berlasung di MMP selama tiga hari tiga malam. Ternyata dalam melalui proses ini ada pelbagai peristiwa dan cabaran yang muncul, hingga adakalanya menyebabkan diri merasa begitu lelah sekali.

Apa yang diperhatikan, dan boleh dirumuskan adalah bukan mudah unutk bekerja mengahsilkan sesuatu keputusan yang terbaik seandainya tidak ada kerjasama, kepercayaan, toleransi serta semangat kekitaan. Jika ini semua tidak ada maka banyak perkara mudah akan menjadi susah. Apalagi perkara yang rumit akan semakin rumit.
Dalam banyak hal penerapan nilai kerjasama atau kerja berkumpulan menemukan kegagalan bila adanya perspektif yang berbeza, sementelah masing-masing merasakan telah memberikan idea dan hasil yang terbaik, Ada juga masalah timbul bila masing-masing membuat keputusan sendiri dan ada hujjah tersendiri, maka kesannya banyak keputusan yang timbul serta masing-masing akan melepas tangan dalam sesuatu perkara. Oleh itu dalam menayakan sesatu organisasi apa yang penting adalah satu hasi dan satu matlamat, jika ini boleh dicapai maka organisasi akan menjadi cemerlang dan segala yang dirancang akan berjalan lancar. 

Wallahuaalam.

Tuesday, March 27, 2012

TERPAKSA DALAM RELA




Bukan mudah melafaz kata
memberi izin seperti membelah jiwa
mengatakan rasa seperti menolak takdir
siapa aku untuk berkata tidak
saat engkau menutur kata
meminta agar berkongsi singahsana
apakah sudah tiada nilai pada cinta lama
atau janji silam sudah terpadam
sukarnya menjadi aku
kerana payung emas sekadar mainan kata
cinta agung milik Khadijah
tidakkah layak buatku jua..
pasrah aku
andai itu noktah sebuah jalinan
biar hati luluh dijiwa
terpaksa aku dalam rela
jika kerana satu perjuangan
membela yang terbuang
bukan untuk nafsu yang beraja
bahagia buat mu dalam sendu airmataku.

Nukilan Ummu ieman ihsan

Monday, March 26, 2012

Negara Islam Unggul















Empat perkara yang menjamin tertegakkannya Negara Islam yang unggul dan cemerlang: 
  1. Ilmuan para sarjana,
  2. Pemimpin yang adil
  3. Orang yang soleh
  4. Pejuang yang berani








Saturday, March 24, 2012

Mendidik anak berkomunikasi



Saya seringkali berdepan dengan kanak-kanak atau juga remaja bercakap dengan kasar dan tidak sopan. Ada juga yang menggunakan bahasa yang kasar bila bercakap dan ada juga yang menggunakan perkataan lucah atau sakit teling bila mendengarnya. Dalam permasalahan ini, saya merasakan ibu bapa perlu berperana dalam membentuk komunikasi yang baik kepada anak-anak. Kita semua sedia maklum bahawa persekitaran atau rakan-rakan sebaya serta media maya mempengaruhi cara mereka berkomunikasi, tetapi pada hemat saya ia boleh dibendung sekiranya ibu bapa memainkan perana dan bersifat lebih pro-aktif dalam mendidik dan mengajar anak-anak cara berkomunikasi dengan betul. 

Sebagai contoh saat mendengar anak-anak melafazkan perkataan yang tidak baik maka, tegurlah mereka dengan cara berhemah. Selain itu jika ibu bapa sendiri perlu mengelakkan dari menggunakan perkataan yang tidak elok atau lucah, baik ketika didepan anak-anak atau berinteraksi dengan orang lain. Memang ada ketika juga anak-anak lebih suka berdiam diri dari bersembang atau berbual dengan ibu bapa. Mereka lebih suka berkomnikasi dengan rakan-rakan yang dirasakan lebih memahami mereka. Namun ada banyak cara unutk ibu bapa berpeluang membuka bicara tika bersama anak-anak. Sebagai contoh, ada banyak isu yang akan menjadi bahan berbual seperti bertanyakan apa yang di ajar oleh guru, apa yang di beli waktu rehat, bagaimana dengan kerja rumah serta perlbagai lagi persoalan yang ditimbulkan unutk mengadakan suasan mesra. Jika anak-anak sudah dewasa, cubalah mendekati mereka dan mengambil tahu aktivit kesukaan mereka, kerana dengan cara itu kita secara langsung akan terlibat dan dapat memantau secara tidak langsung. 
Mode berkomunikasi juga bukan semata dengan perkataan, salah satu perkara kemestian adalah ciuman dan usapan kepada anak-anak. itulah komunikasi yang paling bermakna di mana anak-anak akan rasa mereka disayangi. Apabila begitu mereka akan sentiasa menjadikan kita sebagai tempat mengadu dan rujukan. Momen paling indah adalah jika kita boleh menerapkan budaya solat berjemaah bersama anak-anak kerana selepas waktu solat anak-anak akan bersalam dan memberi ciuman kasih sayang. Oleh itu tidak ada sebab untuk kita tidak boleh berkomnikasi dengan anak-anak.
Jika anak-anak biadap, mungkin kita juga biadap. Oleh itu tepuk dada tanya diri sendiri. sama-sama kita berubah membina komunikasi yang lebih baik.
Wallahuaalam.

Friday, March 23, 2012

Garis luka persahabatan.....


Dia yang dipanggil sahabat  
ada tikanya menikam luka,
 membekas pedih dan ngilu
Dek bahasanya yang tajam,
 rakusnya tindakan
Mana pergi sahabatku yang dulu,
sering menyapa ketika sendu,
 selalu bertanya kala berduka.
Tercari aku sahabat yang dulu
Meneman segala suasana
Penghibur dan penglipur lara
Hilang ia tidak berganti
Kenangan  terpahat
Cerita yang tersurat
Menggamit kesedihan
Menggaris luka yang terpendam
Kerana mu sahabat



 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. 

Thursday, March 22, 2012

Mimpi sebagai satu Ibrah

Sekadar berkongsi....
Waktu ieman berumur dalam sekitar enam,tujuh tahun, dia seringkali mengadu dia mimpi perkara yang menakutkan. Bila saya tanya bagaimana mimpi itu dia tidak menjawab. Lalu saya tanya adakah mimpi itu mimpi hantu, dia mengelengkan kepala. Mimpi itu berlarutan hinggalah usia ieman mencecah umur sembilan tahun. Mungkin diusia itu dia baru boleh mengambarkan dan menceritakan keadaan serta menjelaskan mimpi itu, barulah ieman boleh berkongsi mimpi tersebut. Dan saya amat percaya, dia tidak berbohong. Kata ieman dari dulu dia sering mimpikan orang mati, keadaan orang dalam kubur. Sewaktu ieman menyatakan mimpi yang sering mendatanginya itu saya tidaklah terkejut kerana kanak-kanak boleh melihat alam barzah namun tidak mampu bercerita, hinggalah mereka sudah sedikit dewasa dan mampu meluahkan segala yang tersirat.
Berbalik kepada cerita alam kubur serta kisah orang mati seperti yang dinyatakan, menurut ieman mimpi itulah yang menakutkannya dan dia tidak mahu bercerita lanjut. Bila ditanya selebihnya ieman hanya mengelengkan kepala sahaja. Sebelum ini saya sering bertanya adakah ieman membaca doa sebelum tidur, katanya sudah, atau ieman tidur dalam keadaan tidak basuh kaki, atau tidur belum solat Insyak.. Katanya dia baca doa, baca 3Qul tapi mimpi itu tetap datang maka kerana itu saya percaya pada ieman. Lagipun ieman memang khatam quran diusia enam tahun, maka dia sudah menghafal beberapa surah. Saya juga sekarang ini menghantar ieman untuk mengambil kelas tahfiz pada waktu malam. Dengan harapan semoga ieman bakal bergelar huffaz.  

Mimpi itu juga yang mendorong ieman untuk bertanya tentang pelbagai perkara berkait syurga dan neraka. Ditambah ustaz/ustazah disekolah agama sering bercerita tentang hal-hal alam ghaib. Saya ingat lagi bila ieman balik bercakap pasal armagedon 2012. Katanya ‘ummi, siapa yang percaya kiamat berlaku 2012 memang salahkan, sebab ustazah cerita itu hanya dakyah kristian untuk menyesatkan”. Saya tersenyum dengan cerita itu lalu menjelaskan secara detail kepada beliau tentang hari kiamat, tanda-tanda.
Bercerita tentang mimpi, sama ada ia benar atau tidak memang kita ketahui mimpi adalah mainan tidur. 

Namun mimpi juga satu ibrah sebenarnya kerana ia setiap mimpi itu jika dilihat secara positif ia boleh memberikan pedoman kepada kita sebagai orang yang dewasa. Apa maksudnya? Iaitu untuk kita sentiasa berwaspada dengan kematian. Untuk kita mempersiapkan diri dengan bekalan. Cuba bayangkan jika Allah mencabut nyawa kita saat ini, adakah kita sudah cukup bersedia? Adakah amalan solat kita cukup sempurna kerana itulah yang pertama akan dihisab. Adakah tanggungjawab kita sudah terpenuh? Maka jika persoalan ini dilontarkan kepada kita setidaknya kita akan muhasabah diri sendiri. Mencari  kesilapan diri dan memperbetulkan mana yang silap. Jika ada perkara yang belum selesai maka kita akan cuba melangsaikannya seperti hutan piutang, amanah, tugasan dan sebagainya.

wallahuaalam

Wednesday, March 21, 2012

Memberi lebih baik dari menerima

Hari ini satu perkara yang dikongsikan dengan saya oleh insan yang hebat motivasi dirinya iaitu Prof Muhaya sewaktu bertemu diofisnya, memetik kata-kata beliau;  "kita sebenarnya mengikut graf apa yang kita lakukan dalam kehidupan ini dan kita akan mendapatnya kembali, contoh kalau orang bercakap kasar dengan kita maka mungki satu ketika kita pernah melakukan perkara yang sama pada orang lain". Penjelasan beliau ini hampir sama ungkapannya dengan apa yang sering saya katakan iaitu " kita adalah apa yang kita beri pada kehidupan kita".

Dalam konteks memberi, ramai orang sebetulnya lebih mengharap kepada PEMBERIAN dari orang lain, dibanding dengan diri sendiri menjadi PEMBERI. Sebab itulah banyak yangk ita dengari adalah rungutan, komen, kritikan atau protes tentang si dia atau  si polan tidak berbuat begitu/begini. Jarang sekali kita melihat kepada diri sendiri serta mencari di mana silapnya kita. Bahkan kita begitu mudah meliha keburukan orang lain terhadap diri kita.

Andai kata diri merasa begitu sempurna tetaapi kita masih mendapat kritikan atau layanan yang tidak sempurna maka pada hemat saya itulah ujian buat diri kita. Sebagai contoh berapa ramai para isteri merungut suami tidak membantu kerja rumah padahal si isteri juga sibuk bekerja, ada juga para suami memberi komen isteri masak tidak sedap padahal isteri tidak bekerja. Ini antara rungutan yang menjadi nadi dalam kehidupan rumahtangga, oleh itu bagi mencari penyelesaian, kita bukan mencari APA YANG BELUM ORANG LAIN BUAT UNTUK KITA, TETAPI KITA MENCARI APA YANG BELUM KITA BUAT UNTUK ORANG LAIN. Pasti susah mendidik diri menjadi begini, tetapi itulah sebenarnya hakikat hidup dan inilah yang di ajar oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

Oleh itu saya juga berpesan kepada diri sendiri semoga kita bukan menjadi energy sucker yang suka mencari dan melihat keburukan dan kelemahan orang lain, tetapi menjadi energy giver yang sentiasa melihat kebaikan orang lain dan meperbaiki kelemahan diri sendiri.

Wallahuaalam.

Monday, March 19, 2012

Penantian Satu Harapan

Sakitnya menanti
sarat harapan terisi
namun tiada jua kepastian
bilakah inikan berakhir
belum tiba surat rasmi
belum muncul kata pasti

Ya Allah
Aku berserah
pasrah dengan ketentuan
Izinkan semua ini berlalu
tidak perlu lagi aku menunggu
detik itu berlalu..

Ya Zaljalaliwalikram
resah ku Engkau yang tahu
menunggu penuh harapan
agar kesudahannya
membuahkan kemanisan
maka demi Tuhan
Engkau Yang Esa
kemampuan ku sungguh terbatas
qudratku hanya berlafazkan..
LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.

Nukilan
Ummu ieman ihsan

Sunday, March 18, 2012

Berkata Benar Walaupun Pahit

Setiap orang apabila disuruh bersumpah memang boleh dan begitu mudah melafazkan sumpah walaupun realtinya merek itu sedang berbohong. "Alah bisa tegal biasa", itulah resmi orang yang menggunakan lidah tanpa tulang dengan sewenang-wenangnya berbohong. Sikap suka berbohong ini sebenarnya berlaku pada diri seseorang kerana mereka tidak merasa takut dengan azab neraka Allah.

Cerita tentang bohong, adao rang berbohong kepada ibu bapa, ada yang berbohong pada isteri atau suami, ada yang berbohong kepada majikan, ada yang berbohong kepada pelanggan, pemimpin berbohong kepada rakyat pendek kata pelbagai cerita bohong berlaku disekeliling kita. 

Persoalanya... Pernahkan anda dibohongi atau anda sendiri berbohong? Apa rasanya perasaan kita tika mengetahii kita dibohongi? Apa rasanya juga bila kita sendiri berbohong? Jika kita tahu sakitnya perassan bila dibohongi maka sama juga ,itulah perasaan orang yang kita bohongi... 

Tiada siapa yang tahu jika kita berbohong walaupunada pepatah mengatakan "sepandai-pandai tupai memlompat akhirnya ke tanah jua" orang berbohong lama-lama 'kantoi' juga, tapi ada juga yang sering berbohong tetapi tetap terselamat... Ya bertul terselamat didunia, tapi akhirat CONFIRM tidak selamat. Oleh itu mari kita sama-sama MUHASABAH DIRI... BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT, BERANIKAN DIRI MENEGAKKAN KEBENARAN, KUATKAN DIRI MENGAKUI KESILAPAN...  

Moga kita tergolong dalam orang-orang yang berkata-kata benar sehebat ABU BAKAR AS-SIDDIQ. Insya Allah

Saturday, March 17, 2012

Jadilah ibu bapa yang lebih bersikap 'protective'



Lama tidak menebarkan kata diruangan ini kerana bercuti, namun ada banyak isu yang ingin diperkatakan. Namun isu yang saya ketengahkan adalah tentang isu pembunuhan anak kecil bernama Dirang. Apabila memperkatakan hal ini sudah pasti ia berkait rapat dengan peranan ibu bapa dalam menjaga keselamatan anak-anak. Memang perkara sudah berlaku, kita juga tidak boleh menyalahkan kelekaan ibu bapa semata -mata kerana ada juga ketikanya musibah itu tetap akan berlaku.

Pengalaman saya sendiri dalam membesarkan anak-anak, apa yang dapat saya katakan, saya merupakan ibu yang bersifat protective, ketakutan saya pada ancaman luar seperti keselamatan dan kebimbangan jika berlaku apa-apa kepada anak-anak, hingga menyebabkan saya terpaksa membuat satu keputusan yang sukar. Sebagai contoh, jarang sekali saya melepaskan anak-anak mengikuti romobngan sekolah. Jika anak-anak betul ingin bersama rakan-rakan, saya akan pastikan saya sendiri menghantar anak-anak ke tempat yang dimaksudkan. Begitu juga ia destinasi yang ingin dikunjungi saya akan pastikan saya dan suami akan membawa mereka ke desitnasi tersebut. Munfkin ada yang berkata apa salahnya mereka inign menikmati masa tersebut, tetapi itulah pendirian saya.

Sama juga dalam prinsip anak-anak di suruh ke kedai, sudah pasti ia tidak pernah berlaku, hingga jika ingin ke kedai di depan rumah sekalipun itu bukan tugas anak-anak. Begitu juga jika ingin ke supermarket berdekatan, saya akan membawa anak-anak menemankan mereka untuk membeli barangan yang dikehendaki. Bukan saya tidak percaya pada anak-anak, atau risau mereka akan melemcong ke tempat lain, tetapi kerana bimbang keselamatan mereka.

Tidak dinafikan kerisau itu ada terhadap pergaulan mereka. Saya biasa melihat remaja berjalan bersama rakan-rakan, bahkan ada yang berpimpin tangan bersama teman lelaki. Biasanya apabila melihat peristiwa itu saya akan menasihati si anak agar menjaga diri dan maruah. Saya ingat satu ketika apabila keluar keputusan PMR, maka kawan-kawan sekolah rendah anak-anak saya mengajaknya unutk celebrate di KFC berhmapiran taman kediaman saya, saya kata boleh saya hantarkan ke tempata itu, namun saya katakan kepada anak saya, pastikan pergaulan anatara lelaki dan perempuan. jaga aurat dan percakapan. Saya tidak melarang, cuma mengingatkan anak agar pandai menjaga diri dalam suasanan tersebut. Mungkin kerana berfikir banyak keburukan dari kebaikan anak saya membuat keputusan untuk tidak pergi. Saya mulanya tidak menyangka akan keputusan itu, namun kata anak saya "bila sudah bertemu pasti akan bersembang, bila bersembang pasti akan lupa sedikit sebanyak akan batasan percakapan dan pergaulan, maka lebih baik tidak". Saya sebenarnya bersyukur dengan keputusan itu kerana anak saya faham adalah lebih baik mengelakkan diri dari melakukan perkara yang membawa kepada fitnah.

Kesimpulannya, jadilah ibu bapa yang lebih bersikap 'protective' sehingga mereka matang unutk membuat keputusan dan tahu menjaga diri dan dapat menilai baik buruk sesuatu perkara. Sebagai ibu bapa mungkin tidak semua keputusan kitai tu betul, pasti ada kesipalannya namun tidak salah bertegas dalam sesuatu hal. Mungkin anak tidak faham apa ertinya DISIPLIN, tetapi bila mereka dewasa mereka akan memahami dan menghargai apa yang telah kita lakukan demi kerana KASIH DAN SAYANG KEPADA MEREKA.

wallahuaalam.

Monday, March 12, 2012

Kerjaya : Modal dalam Perniagaan

Bila bercerita tentang kerjaya, ramai yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Realitinya perniagaan itu memang satu mata pencarian yang boleh memberi hasil yang lumayan. Jka kena pada strategi dan juga apa barangan dan perkhidmatan yang bagus, maka perniagaan tersebut akan berjaya serta pemiliknya akan menjadi kaya raya.

Apabila ingin berniaga, sudah pasti salah satu perkara utama yang mengerakkan sesuatu perniagaan adalah modal. Modal ini ada dua iaitu modal dari segi duit ringgit dan modal yang ke dua diri sendiri dan yang ketiga orang-orang sekeliling kita. Modal yang pertama ini rata-rata dijadikan alasan oleh inidividu yang menyekat dirinya untuk berniaga. Alasan tiada duit untuk memulakan perniagaan itu menjadi perkara biasa yang kita dengar. Ada banyak cara untuk mendapatkan modal duit ringgit, ada yang melakukan pinjaman, ada yang berhutang dengan keluarga atau rakan-rakan.. ada juga yang mencari nahas meminjam dengan ALONG.
Apapun cara unutk mendapatkan duit bagi memulakan perniagaan biarlah ia degna cara yang betul, serta kita memastikan segala hutang boleh dibayar balik, oleh itu jangan berniaga seperti hangat-hangat tahi ayam.. orang berniaga kita pun nak berniaga tapi realtinya kita tidak sabar dengan sepak teranjang bisnes maka kita akhirnya akan kecundang. Oleh itu cara terbaik pada hemat saya adalah menabung atau menggunaka apa sahaja dulu yang kita ada, dari situ barulah kita perlu berdikit-dikit menambah modal kepada perniagaan tersebut.
Modal yang kedua adalah modal diri sendiri, ini termasuklah kemahiran berkomunikasi, (seperti bercakap, penerangan maklumat produk, pengetahuan tentang apa yang kita niagakan dll) kemahiran melayan pelanggan,  penampilan diri, sikap, disiplin diri serta pelbagai lagi yang bersangkut paut dengan diri sendiri maka semuanya modal.
Modal yang ketiga adalah orang-orang sekeliling kita yang menjadi pelanggan kita. Mereka ini bakal mempromosi atau menjadi pelangaan kepada pernigaan kita. Oleh itu berusahalah menjaga hubungna nbaik dengan mereka, kerana apabila mereka sukakan kita biarpun produk kita tidak seberapa tetapi mereka tetap akan membeli kerana suka dengan kita.
Bagi yang inigin menapak ke dunia perniagaan sebeanarnya modal utama adalah diri sendiri iaitu kerajinan serta usaha yang tidak putus dismaping kreativiti yang bakal melonjak diri menjadi usahawan yang berjaya. berniaga bukan hanya memberi keuntungan di dunia tetapi ia juga memberi pahala kerana sunnah rasululah jika dikerjakan mengikut sebagaimana Baginda. Selamat mencuba dan berjaya dalam perniagaan yang diceburi.

Sunday, March 11, 2012

Tiada erti kelewatan dalam mencari ilmu



Hari ini satu soalan cepumas dari pelaajr saya, bagaimana menangani masalah sambung belajar di usia yang sudah lanjut. Terkejut saya dengan soalan itu kerana pada saya dia masih kelihatan muda. Lalu saya tanya kenapa dia merasa diri sudah tua, berapa umur? Katanya dia berumur 46 tahun, di sekolah dia dianggap ‘orang lama’ kerana ramai rakan sekerja sudah berusia. Merasa diri sudah lanjut usia, dia juga mengalami masalah bila sambung belajar, kerana beban tugas yang bertambah kerana tidak dapat membawa semua beban tersebut serta tidak tahu mengagih masa.
Perkara pertama saya katakan jangan merasa diri sudah tua, kerana bagi saya usia 46 masih belum terlambat unutk menyamubng pelajaran. Ada kawan saya yang sudah mencecah 50 baru membuat keputusan menyambung Ph.D. Biarlah apa orang kata kerana, yang ada keinginan itu kita, maka kita perlu menanggung risiko itu, iaitu risiko beban tugas bertambah, ada rakan-rakan yang akan terasa terpinggir dengan kesibukan kita, bahkan mungkin juga suami/isteri anak-anak tidak cukup masa untuk dilayani dengan terbaik.
Semua ini telah saya lalui, maka perkataan yang paling mudah dan tepat adalah kita perlu melakukan satu pengorbanan. Tidak cukup masa itu perkara normal yang semua orang hadapi, tapi apa yang penting bagaimana kita mengagihkan tugas dan memberi priority kepada tugasan itu. Kalau setakat kurang tidur kerana terpaksa bersengkang mata menyiapkan assignment, atau menanda kertas pelajar lebih awal dibanding orang lain kerana ada tugasan atau keperluan lain yang perlu dibuat itu juga perkara yang biasa dijalani oleh orang yang bekerja sambil belajar.
Rutin ini akan kita lalui sehingga selesai pengajian, tapi indahnya bila pengajian itu berkahir kita akan rasa satu kepuasan. Oleh itu diperingkat awal, belajarlah membiasakan diri dengan tugasan baru serta bagaimana menyusun jadual terkini untuk kita boleh mengimbangi antara keluarga, pekerjaan serta pelajaran.
InsyaAllah bila masa dapat kita urus dengan baik maka tekanan itu akan dapat dihadapi dengan tenang. 

Antara tips yang boleh kita ambil adalah:
a)      Memberi priority
b)      Elakkan menangguh kerja
c)      Elakkan membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah
d)     Meletakkan sasaran atau target dalam setiap tugasan yang ingin diselesaikan
e)      Memberi rehat kepada minda
f)       Jangan fikir susah tetapi fikirkan mudah
g)      Bekerja dalam kumpulan
h)      Belajar membuat perkara baru dan mengambil ia sebagai cabaran
i)        Gilap potensi atau bakat terpendam dengan mengambil risiko terbilang
j)        Fikirkan BOLEH
k)      Yakini kebolehan diri
l)        Banyak berdoa dan memohon hidayah Allah

GOOD LUCK!

Friday, March 9, 2012

KOMPAS HIDUP

Pernahkan anda bangun di waktu pagi dan tidak tahu apa aktiviti yang ingin anda lakukan? Atau anda bangun sahaja dari pagi anda rasakan Ya Allah beratnya rasa kerana memikirkan beban tugas yang belum selesai. Atau mungkin juga setiap kali anda bangun pagi anda memang sentiasa teruja kerana anda akan melakukan aktiviti yang anda tunggu-tunggu setiap ketika...

Jika anda berada pada keadaan yang pertama, anda sebenarnya suatu masa akan menemouh kegagalan, sama ada cepat atau lambat. kenapa demikian? Kerana orang yang berjaya mereka ini mempunyai tujuan dan sentiasa ada misi yang ingin di penuhi dalam hidupanya. Mereka ini mepunyai plan yang tersendiri dan jadual kehidupan yang lengkap.MATLAMAT DAN HALATUJU itu adalah seperti KOMPAS HIDUP.

Manakala jika anda berada disituasi yang ke dua, iaitu terlalu banyak perkara yang inign dilakukan dan selesaikan, suatu ketika anda akan menemui jalan buntu dan berada dalam keadaan putus asa serta kepenatan jika anda tidak mencari jalan menyusun strategi baru terhadap kesemua tugas. Perkara utama adalah memberi PRIORITI kepada segala tugasan tersebut. Ia juga perlu melihat keberkesanan dalam kita menyelesaikannya. Terutama jika adakalanya satu tugas yang mudah menjadi rumit kerana kita tidak bijak mencari solusi atau kita memperuntukkan masa yang lama untuk tugasan tersebut. Jika tugasan itu bercampur antara tugasan di pejabat dan tugasan di rumah, maka mulakan rutin membahagikan tugasan. Tugas pejabat hanya diwaktu pejabat dan di rumah anda menyelsaikan kerja dan rutin rumahtangga.

Jika kita berada disituasi yang ketiga, kita cukup bertuah kerana anda sememangnya genbira dengan kehidupan. Hidup anda ceria dan terisi. Tapi INGAT! pastikan pengisian kerja dan tugas itu termasuk juga senarai tugasan sebagai seorang MUSLIM. Jangan kerterujaan itu hanya unutk dunia semata kerana AKHIRAT sedang menunggu kita. Pastikan setiap hari kita ceria dan teruja kerana menunggu saat bercakap denganNya sewaktu tiba solat.

Kesimpulannya walau disituasi mana kita berada, ingatlah segala matalamat dan tujuan itu adalah seperti kompas. Maka jadikan ia sebagai kompas yang terbaik supaya perjalanan kita SAMPAI KE DESTINASI, jangan terlalu lam dipersinggahan kerana DESTINASI itu masih jauh, tidak tahu ribut dan tsunami yang akan tiba..maka berwaspadalah agar KOMPAS kita ters berfungsi dan kita sampai ke destinasi dengan BAHTERA AMALAN!

Wallahuaalam. 

Thursday, March 8, 2012

DISITU BUMI DIPIJAK DISITU LANGIT DIJUNJUNG



Bertuah diri rasanya dilahirkan di negeri serambi Mekah. Mungkin ada segelintir yang mengata negeri ini miskin di banding negeri yang lain. Biar apa orang kata, tetapi bahaginya saya saat kaki menginjak di bumi kelahiran. Hati akan merasa tenang. Walaupun tidak banyak mercu tanda yang menjulang ke langit, namun kemajuan tetap hebat seiring dengan hebatnya pentadbiran.

Dibumi ini juga pertama kali aku mengenal dunia, di ajar mengira dan membaca. Tidak akan aku lupa guru-guru yang mencelikkan minda. Tidak akan aku lupa gelak ketawa bersama rakan-rakan. Bila lagi kita akan bertemu semula, mengayam kembali kisah lama yang telah ditinggalkan.

Disitu bumi dipijak, 
di situ langit dijunjung.
Walau merantau segenap pelusuk
Negeriku tetap akan disanjung.


Batu Belah Batu Bertangkup
Membelah jiwa hati si IBU
Aurat dijaga bertudung litup
Itulah papan Tanda Bandar Kota Bharu


Pinang dibelah di atas rumputt
Untuk dimakan bersama pulut 
Hati terkenang mulut menyebut
Moga rindu akan bersambut


Nukilan
ummu ieman ihsan
16 Rabiulakhir 1433H

Wednesday, March 7, 2012

Diari Seorang Penulis 11


Alhamdulillah, jutaan kesyukuran atas rahmat Allah kerana hari ini selesai menulis catatan-catatan terakhir untuk buku Khalifah Jiwa :Manhaj Kehidupan Muslim. Terasa seperti bermimpi rasanya setelah hampir tiga bulan memulakan semuanya. Dengan pelbagai tugasan, cabaran serta komitmen kerja, akhirnya Allah mempermudahkan perjalanannya. Moga ia memberi inspirasi untuk menulis buku-buku yang seterusnya demi kesinambungan dakwah.Biarpun mungkin ada orang yang lebih baik dari saya, itu saya percaya minat serta keinginan serta kesabaran memungkinkan saya untuk menjadi penulis walapun sekadar memenuhi masa.. 

Mungkin Allah mendengar doa yang dipanjatkan agar masih ada ruang untuk berdakwah melalui penulisan. Hari ini saya ditawarkan oleh editor PTS untuk menulis novel sejarah Islam yang berkisar kepada tokoh-tokoh Muslimah. Ia bagai bulan jatuh ke riba kerana buku 10 Tokoh Idola Muslimah ditulis amat ringkas sejarahnya, ini merupakan peluang untuk saya membuka lembaran baru menulis novel sejarah. Syukur juga kerana buku 10 Tokoh dan 3i mendapat award fast print dari PTS serta mendapat tempat di Frankfurt Bookfair 2011 dan Beijing Bookfair 2011. Saya juga berdebar menunggu reaksi pembaca untuk buku yang ketiga iaitu 33 Persoalan Jodoh dan Perkahwinan. Harapanya ia akan memenuhi kehendak dan selera pembaca dan mesej Islam yang ingin disampai akan dapat dihayati.

Moga-moga segala usaha dakwah ini akan dapat saya jayakan secara istiqamah selagi ada kudrat dan diizinkan Allah.Terimakasih buat keluarga dan rakan-rakan serta pembaca budiman, anda semua adalah sumber imspirasi buat saya meneruskan penulisan.
Wallahuaalam

Tuesday, March 6, 2012

Renungan Buat Diri Yang Lalai

Pesanan terakhir suara hati seorang Ulama, 3 hari sebelum beliau kembali ke rahmatullah... tataplah dgn matahati kita...
'Baiklah! Saya tidak berasa sihat hari ini. Saya tidak dapat tidur sepanjang malam. Walau bagaimanapun, Saya akan bercakap mengikut keperluan. Sesiapa yang diberi-faham dan melakukan amal, Allah s.w.t akan memberinya kebaikan, sebaliknya kamulah yang menyebabkan kemusnahan diri sendiri.
Ummah ini telah dibentuk dengan susah-payah. Nabi s.a.w dan para sahabat r.a telah menanggung kesusahan yang amat sangat untuk membina ummah ini. Musuh-musuh Islam, Yahudi dan Kristian, sentiasa melakukan usaha utk memecah-belahkan umat ini. Sekarang, org Islam telah hilang nilai-nilai kesatuan.
Pada 9 hijrah , semua orang Arab telah memeluk Islam, pada masa itu tiada satupun struktur bangunan dibina. Sebenarnya, di Madinah , masjid pun bukanlah satu bangunan yg sempurna dan tiada satu lampu pun dinyalakan didalamnya. Orang pertama yg membawa lampu adalah Hadrat Tamim Dari r.a. Dia memeluk Islam pada 9 hijrah. Dalam masa yang singkat, manusia dari kaum berbeza, bahasa dan negara telah bersatu.
Dlm masa yg singkat, manusia dari suku, bahasa dan kaum yang berbeza bersatu sebagai satu ummah. Hanya bila ini dicapai, barulah lampu di dlm masjid nabawi di nyalakan. Sebelum itu lampu nur hidayah telah dinyalakan dahulu dan disebarkan di seluruh Semenanjung Arab dan sekitarnya. Selepas ini barulah ummah ini terlahir di seluruh dunia. Negara demi negara jatuh melutut dikaki mereka, dimana sahaja mereka pergi.
Ummah ini terbentuk bila tiada individu mementingkan diri sendiri, keluarga , kumpulan, parti, kaum, negara dan bahasa sendiri. Tiada individu mementingkan kekayaannya, hartanya dan keluarganya. Sebenarnya, kepentingan setiap individu yg ada pd ketika itu hanyalah terhadap perintah Allah dan Rasul s.a.w. Ummah ini hanya akan bersatu bila semua hubungan dan ikatan diputuskan dalam usaha untuk memenuhi perintah Allah dan Rasulnya s.a.w. Bila org Islam menjadi satu ummah adalah bila pembunuhan satu jiwa org Islam dimana sahaja didunia ini akan mencetuskan tindakan balas dari seluruh ummah. Dikala ini beratus ribu nyawa org Islam telah dibunuh, tetapi tiada satu jari pun diangkat.
Satu negara atau penduduk-penduduk bukanlah membentuk satu ummah. Satu ummah sebenarnya adalah terbentuk bila beribu kaum dan kawasan bersatu. Menunaikan solah, berzikir dan kewujudan madrasah dan ilmu tidak mencukupi utk membina ummah dan menurunkan bantuan Allah. Ibnu Mujim, org yg membunuh Hadrat Ali adalah org yg istiqomah bersolat dan berzikir. Pada masa hukuman dijalankan, bila org ramai dlm kemarahan mahu memotong lidahnya, dia berkata:' Hukumilah aku ikut kehendakmu, tapi jangan potong lidahku. Aku mahu saat akhir hidupku ini berzikir kpd Allah." Walaupun begini, Nabi s.a.w pernah bersabda org yg membunuh Hadrat Ali adlah org yg paling celaka dikalangan ummat aku"
Ingatlah! Kata-kata saperti "Kaumku", "Negeriku", "Masyarakatku", hanya memecah-belahkan ummah. Allah tak suka dengan kata-kata itu. Bila seseorang merasai kehadiran Allah sepanjang masa, dia akan takut kepada hukuman dan kemurkaan Allah dan akan taat kepadaNya setiap kali dia bernafas. Dgn cara ini syaitan tak dpt menyesatkannya.
Ummah ini akan terselamat dari pecah-belah dan setiap kejahatan jika mereka berpegang dgn tali agama dan bersatu. Syaitan sentiasa bersama anda. Utk menyelamatkan diri anda dari kejahatannya, seharusnya ada satu kumpulan dikalangan anda yang berusaha utk menggalakkan yang ma'ruf (dgn keluar dijalan Allah, buat usaha atas iman, solah, dzikr, ilmu dan kerja kenabian ) dan mencegah yg mungkar.
Umat ini akan bersatu dgn usaha ini. Ketika ini, satu usaha global sedang dilakukan untuk memecahkan kesatuan ummah. Satu-satunya penyelesaian kepada masaalah ini ada didalam usaha Nabi s.a.w. Mengajak manusia kpd masjid. Bercakap tentang iman dan program taklim dan dzikr harus dijalankan. Mesyuarat berkaitan usaha agama harus dibuat. Kesatuan akan terbentuk dlm ummah bila perbezaan kelas, negara dan bahasa diketepikan, cara yg dibuat oleh masjid Nabawi.
Bila 3 individu duduk bersama, mereka harus merasakan individu ke4 adalah Allah. Jika 4 atau 5 duduk bersama maka yg ke 5 atau 6 adalah Allah. Dia harus mendengar kpd semua dan melihat samaada percakapan itu menyatukan atau memecahkan. Jangan memburukkan, merancang atau mereka cerita tentang yg lain. Jika ummah ini bersatu maka mereka tidak akan dihina. Ummah ini terbentuk dgn aliran darah dan penanggungan kemiskinan Nabi s.a.w. Sekarang ini atas asbab-asbab yang kecil kita telah berpecah.
Ingatlah! Hukuman memecah-belahkan ummah adalah lebih dasyhat daripada hukuman memaksiati Allah. Jika ummah ini bersatu, maka mereka tidak akan dimalukan. Orang Rusia dan Amerika akan menyerah dihadapan mereka. Ummah ini hanya akan bersatu bila setiap orang Islam mengamalkan ayat, " Azillatin 'alal Mu'minin" maksudnya setiap orang islam harus merendahkan diri dihadapan saudaranya yg lain. Sifat ini akan terbentuk bila kita menjalankan usaha tabligh. Bila qualiti " Azillatin 'alal Mu'minin" sudah ada maka Allah akan menjadikan mereka “ 'A izzatin 'alal kafirin”, didalam dunia ini. Mereka akan mendapat kejayaan dan menguasai orang kafir, samada dia Eropah atau Asia.
(*Nota Penulis: Maulana merujuk dan tafsir Ayat Quran Surah Al Maidah Ayat 54 dibawah ini:
***********************************************************
Wahai orang yang beriman! Sesiapa yang berpaling-tadah dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Ia kasih akan mereka dan mereka juga kasih akan Ia, mereka berlemah-lembut terhadap orang yang beriman, dan berlaku tegas dan gagah atas orang kafir, mereka berjuang bersungguh-sungguh di jalan Allah, dan tidak takut kpd celaan orang yg mencela mereka. Yang itu adalah limpah kurnia Allah yg diberikan kepada mereka yang dikehendaki Nya,kerana Allah maha luas limpah kurnia Nya, lagi meliputi pengetahuanNya.
***********************************************************)

Sahabat dan saudara! Allah Ta'ala dan Rasulnya s.a.w melarang kita dengan kerasnya dari membuat ucapan yang memecahkan hati dan menyebabkan perpecahan. Syaitan membisikkan fikiran buruk dalam hati bila dua atau empat individu mengadakan mesyuarat tersembunyi. Mesyuarat tersembunyi telah di isytiharkan adalah kerja syaitan dan kita telah dilarang dari melakukan. Allah menerangkan mesyuarat/perbincangan tersembunyi adalah hanya (dipimpin) dari syaitan dlm usahanya utk menyebabkan susah-hati orang beriman, tetapi dia tidak dapat langsung memudaratkanya tanpa izin Allah.
Begitu juga kita dilarang merendah dan menghina yang lain. Allah s.w.t perintah, " Jangan kamu mengketawakan antara satu-sama lain; Mungkin yg diketawakan itu lebih baik dari yang mengetawakan." Kita juga dilarang dari mencari-cari kesalahan yang tersembunyi. Kita dilarang dari memberitahu kesalahan seseorang yang kita tahu dihadapan yang lain. Ghibat adalah haram. Ghibat bermakna memberitahu keburukan seseorang.
Kita diperintahkan supaya memuliakan dan menghormati satu sama lain kerana ini akan menyebabkan kesatuan. Pada masa yang sama kita dilarang dari mencari kemuliaan dari orang lain kerana ini akan memecahkan ummah. Satu ummah akan bersatu bila setiap individu secara ikhlas menyedari, " Saya tak berharga utk dimuliakan, dan dari itu, saya jangan mencari kemuliaan dari orang lain. Sepatutnya, saya harus memuliakan orang lain kerana setiap individu lain adalah berharga utk dihormati dan dimuliakan oleh saya." Jika kamu mengorbankan diri kamu, maka ummah ini akan terbentuk.
Kemuliaan dan kehinaan bukan dlm perancangan Rusia dan Amerika, tetapi dalam kawalan Allah. Dia telah menetapkan prinsip dan undang-undang tertentu utk memuliakan dan menghinakan negara atau individu. Jika Individu, negara, keluarga atau kelas manusia mengikuti prinsip kemuliaan, nescahaya Allah akan memuliakan mereka. Sesiapa yang melakukan sesuatu yang menghinakan, maka Allah akan hina mereka.
Orang Yahudi adalah berasal dari anak Nabi-nabi. Tetapi Allah musnahkan mereka bila mereka memecahkan prinsip kemuliaan. Sahabat adalah anak-anak penyembah berhala. Allah muliakan mereka bila mereka mengikuti prinsip kemuliaan. Allah tiada sebarang hubungan silaturahim dengan sesiapa. Penerimaan Allah adalah berdasarkan kepada prinsip dan undang-undang tertentu.
Sahabatku! Korbankan diri anda dalam usaha ini supaya Ummah Saidina Rasulullah s.a.w boleh bersatu dan kualiti saperti iman, yaqin, dzikr, ilmu, dan penyerahan kidmat kpd Allah, tolak-ansur, menghormati satu sama lain dan sebagainya boleh ditegakkan. Berkorbanlah supaya kita akan terselamat dari kejahatan saperti ingkar, mensyuarat tersembunyi, menghina, mengumpat dan mencari keburukan orang lain. Jika mana-mana kawasan, menjalankan usaha ini dengan betul, maka ianya akan tersebar dari tempatnya keseluruh alam. Buatlah usaha supaya jemaah dari pelbagai negeri, lokaliti dan bahasa keluar dijalan Allah. Pastikan supaya prinsip-prinsip jerja dibuat dengan betul. Insya-Allah usaha ini akan menyatukan ummah dan insya-Allah syaitan dan nafsu tidak dapat membinasakan kita.

Beliau mengakhiri pesanannya dengan doa.

Sunday, March 4, 2012

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.
‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.
“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.Kisah ini sungguh menarik dan boleh dikongsikan (SHARE) untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan ada "sesuatu" yang perlu dicontohi daripada hakim Marzuki yang berhati mulia ini....


Kerana Desakan Hidup atau Tiada Pedoman

Petikan dari harian Metro :

JOHOR BAHRU: Seorang ibu yang juga penghidap HIV tergamak memaksa anak dara suntinya melacur, malah bercadang menjual remaja berusia 13 tahun itu kepada mana-mana lelaki yang berminat, semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah. Bagaimanapun, remaja itu bernasib baik apabila seorang lelaki yang berniat melanggannya, simpati akan nasibnya selepas mangsa menceritakan keadaan sebenar lalu menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberi bantuan.  Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah (gambar) yang mendedahkan kejadian itu berkata, wanita penghidap HIV terbabit tergamak bertindak demikian sebagai jalan mudah untuk melepaskan tanggungjawab sekiranya dia ditimpa perkara tidak diingini selain meringankan bebannya.
“Semuanya terdedah selepas kami menerima maklumat berkaitan cubaan menjual mangsa daripada pelanggan gadis itu yang simpati dengan nasib malangnya. “Itu kali pertama mangsa dipaksa melacur, jadi dia merayu kepada lelaki terbabit supaya jangan mengapa-apakannya serta menceritakan nasib malangnya. “Lelaki itu yang simpati kepada mangsa tidak jadi melanggannya, sebaliknya menyerahkan mangsa kepada kami,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Khatijah berkata, pihaknya melakukan intipan selama beberapa hari dan mendapati dua beranak berkenaan menyewa bilik sebuah rumah kedai di sekitar bandar raya ini. “Kami kemudiannya menyerbu bilik berkenaan. Selepas diselamatkan, gadis berkenaan kemudiannya ditempatkan di sebuah pusat perlindungan di sekitar bandar raya ini,” katanya. Menurutnya, hasil soal siasat remaja perempuan itu didapati keciciran sekolah dan sebelum ini ibunya juga memaksanya mengemis untuk mendapatkan wang. “Mangsa mendakwa ibunya juga pernah cuba memujuknya untuk melacur beberapa kali namun gadis berkenaan berjaya mengelak. “Ibunya yang turut kami tahan kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan pesakit HIV di Taman Abad. Ketika disoal siasat, pada mulanya dia enggan mengaku cuba menjual anak gadisnya tetapi akhirnya mengubah pengakuan,” katanya. Khatijah bagaimanapun enggan mendedahkan harga yang ditetapkan ibu gadis terbabit ketika dia mahu dijual. Menurutnya, mangsa kini sudah menyambung persekolahan malah sentiasa diberikan kaunseling selain didedahkan dengan aktiviti berfaedah baginya meneruskan kehidupan baru.


Berdasarkan cerita di atas, sebagai seorang ibu sudah pasti hati kita akan berkata malangnya buat si gadis. dari sisi yang lain pula pastinya juga kita akan tertanya ADAKAH KERANA DESAKAN HIDUP ATAU DIRI SUDAH TIADA PEDOMAN? Alangkah malang buat si gadis, saat ibu-ibu lain begitu prihatin dan sarat dengan kebimbangan dengan keselamatan diri serta maruah diri anak-anak remaja mereka, ibu ini begitu mudah menjual anaknya demi kelangsungan hidup. Meniti jalur kehidupan si ibu sudah pasti jika si anak tidak dibimbing, maka dia akan menerima nasib yang sama dengan ibunya. Terfikir dibenak saya, adakah si anak menyesali dirinya dilahirkan oleh ibunya...

Kita juga tertanya mana perginya si ayah.. adakah si ayah melepaskan tanggungjawab semata-mata pada si ibu? Atau si ayah memang dari awal tidak di kenali oleh si gadis..


Wahai anak-anakku...
Inilah kehidupan... kita bersimpati dengan nasib orang lain yang lebih teruk dari kita.. kerana itu kita perlu bersyukur berada dalam keluarga yang harmoni, punya ibu bapa yang menyayangi.. adakala jika kita mengalami kesusahan mungkin kesusahan kita tidak seteruk yang dialami orang lain.. Kita perlu menjadi insan yang prihatin serta bersyukur dengan apa yang kita miliki hari ini.... Moga Allah menjaga kita selama Kita menjaga NYA.
Wallahuaalam.

Saturday, March 3, 2012

Acupuncture dan Homeopathy sebagai satu Rawatan Alternative

Hari ini pagi-pagi lagi saya bersiap untuk pergi  mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan Bekam & Acupuncture di Shah Alam. Sebelum ini saya setakat membaca sahaja mengenainya, namun tidak pernah sekalipun mencuba.Dua tahun yang lalu suami membawa ayah dan ibu mertua saua untuk mendapatkan rawatan di sini, dan mereka berdua berpuas hati dengan rawatan ini.
Keinginan unutk mencuba rawatan ini timbul apabila semenjak beberapa minggu ini saya seringkali merasa sakti kepala, terutama sewaktu saya menjalani ibadah puasa. Saya bukanlah mengatakan saya ini rajin berpuasa, tetapi keinginan untuk mengamalkan dan menjadikan rutin puasa sunat Isnin dan Khamis sudah lama saya tanam. Namun sejak bulan kebelakangan ini apabila berpuasa, saya perlu berhadapan risiko sakit kepala. Saya tidak pula pasti adakah kerana gastrik, kerana saya tidak merasa lapar, cuma diwaktu hampir berbuka memang rata-rata orang yang berpuasa akan terasa perut kosong. Saya bertanyakan kawan-kawan, dan salah seorang mencadangkan saya mengambil rawatan/ubatan homeopathy. 
Sebulan yang lalu saya mencuba mengambil ubatan ini. Sebetulnya sudah ada beberapa kali mencuba, namun tidak berterusan mengamalkan, kerana Alhamdulillah setakat hari ini tiada sakit kronik yang saya hadapi. Memang saya dapati sakit kepala itu berkurangan, namun ada sekala sekala berlaku pada waktu selepas subuh atau sebelum subuh. Saya berpuas hati lalu menyambung semula ubat-ubatan tersebut. 
Memandangkan hari ini suami menyuarakan ingin berbekam di pusat rawatan tersebut, maka saya juga inign mengikuti rawatan acupuncture yang juga disediakan. Keinginan ini bukan semata untuk rawatan namun saya ingin memdalami konsep rawatan ini dan merasa sendiri pengalaman menjalani rawatan ini serta membuat kajian tentang rawatan alternatif ini memandangkan saya sedang menulis dan mempersiapkan buku terbaru saya iaitu Inspirasi dan Motivasi Kesihatan. 
Sebelum menerima rawatan ,saya terlebih dahulu bertemu dengan Dr N untuk didiagnos apa masalah saya. Setelah selesai saya dibawa ke bilik rawatan wnaita dan proses rawatan acupuncture oleh doktor yang sedang melakukan praktikal berasal dari Iran. Memang pada mulanya saya sedikit gerun memikirkan jarum itu ditusuk kebadan saya, tapi kerana sudah terbiasa dengan jarum maka saya boleh menerima dan tidak merasa sakit bila seluruh bahagian  badan ditusuk jarum tersebut. Sewaktu menunggu proses tersebut ada juga pesakit lain yang datang selepas itu untuk mengambil cara rawatan yang sama. Makcik yang disebelah katil saya mengalami masalah kencing manis, katanya sudah banyak perubahan yang berlaku pada dirinya. 
Setelah selesai rawatan memang ada rasa kelegaan, ini termasuk suami saya yang setiap kali berbekam dia akan merasa badan yang sering sakit-sakit menjadi ringan.bagi yang mungkin tercari-cari bentuk rawatan yang sesuai untuk penyakit yang dihadapi, saya menyarankan agar pembaca boleh mencuba rawatan ini.  Jangan takut untuk mencuba, kerana setakat ini tiada risiko yang saya dengar kerana jarum yang digunakan juga tidak dikongsi dengan pesakit lain. Tidak salah mencuba kerana konsep ikhitar itu amat digalakkan dalam Islam. Allahuyashfi! selamat Mencuba!
Wallahuaalam.

*Ikuti perbualan saya dengan doktor dari Iran ditulisan yang akan datang... InsyaAllah. 



Thursday, March 1, 2012

Puisi Masa

Masa oh Masa ,
bercerita tentang masa
semua akan berkata
tidak cukup masa
segelintir menyuara saya sibuk bagai nak gila


Masa oh Masa
Setiap orang tidak kira siapa
Masa diberi Yang Esa adalah 24 jam
tidak lebih tidak kurang

Tempoh masa 24 jam
ada orang boleh melakukan satu perkara,
ada juga orang yang boleh melakukan pelbagai perkara
ada sekadar memperuntukkan masa untuk diri semata-mata
tidak ada masa untuk bersama keluarga
lebih teruk ada orang yang masa hanya untuk berhibur sahaja
ada pula masa semata-mata duduk ditikar sejadah
ada yang terbaik mengagih masa untuk semua perkara

Masa oh Masa
cuba perhati apa jadi dengan masa kita
adakah cukup berharga buat kita
atau menjadi sia-sia belaka..

Masa oh Masa
pergi ia tidak kembali
oleh itu wasapadalah KITA dengan MASA
dengannya kita menyempurnakan ibadat
dengannya kita memenuhi tuntutan sebagai umat

Nukilan Ummu Iman Ihsan
Jumaat
2. Mac. 2012

Perniagaan sebagai tiket ke syurga

Ramai sahabat saya  yang melibatkan diri dalam perniagaan. Ada yang sangat-sangat berjaya, ada yang berjaya dan ada juga yang pencapaiannya sederhana namun mampu bertahan. Rata-rata orang yang berjaya dalam perniagaan mereka ini perlu gigih berusaha dan perlu mepunyai strategi tertentu bagi memastikan perniagaan mereka meningkat. Ada yang memilih untuk terlibat dalam perniagaan kerana ia menjanjikan kemewahan. Selain itu merupakan tiket untuk meraih pahala yang lebih apabila kita dapat bersedekah dan berzakat kepada yang tidak mampu. 
Saya perhatikan ramai yang terlibat dalam perniagaan, (walaupun bukan semua) mereka ini begitu obsess berniaga hingga sanggup melakukan apa sahaja biarpun menyalahi hukum Islam. Bahkan ada juga yang berniaga hingga lupa kepada amal ibadat yang perlu ditunaikan. Mereka ini sibuk hingga tidak sempat untuk menuntut ilmu atau berjemaah disurau. Padahal berniaga itu adalah sunnah, namun segelintir kita leka mencari dunia. Memetik kata-kata sahabat saya “ berdasarkan pengalaman peribadi, kalu kita terlalu sangat mencari, biasanya kita tak dapat. sebaliknya apa yang kita nikmati sekarang seolah-olah datangnya tanpa dicari-cari". 
Realiti hidup ini mudah melupakan kita pada hakikat kejadian. Oleh itu,apapun bidang yang kita ceburi pastikan ia sekadar platform untuk menjana keberkatan dan kerahmatan Allah untuk hari akhirat serta lebih mendekatkan kita kepadaNya.
Wallahuaalam.