Sudah dua bulan saat abstract 'Integrating Islamic Education in a Multi-racial and Multi-cultural Society' itu dihantar, sejak itu saya tidak lagi mengambil tahu sementelah pensyarah yang sepatutnya bekerjasama dengan saya juga begitu sibuk. Saya juga tidak mngambil kisah, perasaan teruja juga sudah berlalu kerana tarikh menghantar atrikel tersebut sudah lebih dari masa yang sepatutnya. sementelah artikel tersebut saya siapkan sudah agak lama iaitu 2008. Maka banya yang perlu diedit semula dan dikemas kini.
Diburu dengan beban tugas serta pelbagai komitmen maka impian untuk menghadirkan diri ke Conference Islamic Education,Amsterdam tersebut sudah hilang dari sanubari. Bahkan ingatan pada hal tersebut tenggelam dalam kesibukan menyebabkan saya terlupa mengenainya. Sementelah sibuk dengan kelas, menyiapkan naskah buku Khalifah Jiwa, program Alumni, persiapan untuk ke Konference Kaunseling dan Psikologi... di Ankara,maka semuanya berkait hal itu tiada lagi dalam ingatan.
Sewaktu saya di PTS menguruskan pembelian buku untuk pelajar-pelajar kelas Bimbingan dan Kaunseling serta bertemu dengan Editor dari PTS Litera untuk perbincangan tentang perancangan buku terkini berkisar novel sejarah, saya terkejut mendapat satu panggilan dari pensyarah yang bekerjasama dengan saya untuk artikel tersebut.
Saat mendengar bahawa abstract yang dihantar telah diterima, dan maklum balas telah diperoleh dari organisasi yang terlibat. Saya sungguh tidak percaya. Mana tidaknya, saya sudah melupakan semua itu. Harapan untuk membentangkan kertas kerja tersebut hampa dek kerana sibuk dengan tugasan lain. Ternyata percubaan saya tidak sia-sia. Alhamdulillah bersyukur kerana Allah mendengar segala harapan dan impian walau ia telah dilepaskan pergi ternyata ia kembali semula kerana Dia Maha Mengetahui niat dihati.
Sebelum ini ramai yang bertanya kenapa saya beria-ia untuk telribat dalam islamic educatiin kerana saya sudah beralih kepada Psikologi dan Kaunseling? Mudahnya, saya ingin belajar dan Islamic Education amat hampir dengan diri saya kerana satu ketika dulu saya adalah guru Pendidikan Islam.Maka saya tidak mampu memisahkan diri dari hal berkait Islamic Education. Saya ingin mengambil peluang unutk belajar apa sahaja, biarpun idea yang dipersembah mungkin tidak sebaik orang lain, namun setidaknya ada orang mengiktiraf idea saya. Ada yang mengharagi apa yang ingin diperkatakan.Lebih penting kita melakukanyya bukan kerana imbuhan tetapi kerana ingin memberi semula kepada ummah.
Apa yang saya belajar dari peristiwa ini adalah, kita perlu mencuba biar dengan apa cara, selebihnya berdoa moga Allah mempermudahkan jika ianya baik untuk kita dan ummah, walau kita dalam keadaan yang mustahil untuk memperolehinya. Mudah kata...TIDAK SALAH MENCUBA, JIKA ADA REZEKI PASTI JADI MILIK KITA.
Allah menjawab segala harapan bila hati telah meredhai,Allah menunaikan segala impian saat ia telah dilupai.Hakikat satu kesabaran buat diri yang ada ketikanya lemas dalam penantian.9.April.2012
No comments:
Post a Comment