Tinggal beberapa hari lagi saat keberangkatanku dengan insan tersayang jika diizinkan olehNya untuk sekali lagi memenuhi kerinduan yang sarat untuk berada di rumahNya. Indahnya pemergian kali ini kerana berpelunang membawa sek kecilku Ieman. Semalam usai pertemuan bersama rakan-rakan Alumni banyak perkara-perkara baru yang aku kutip, demi menambah pengetahuan untuk praktikal ibadat yang lebih baik. Ada yang bertanya ini pemergian kali yang keberapa? Soalnya perlukah menghitung berapa kali...ya Alhamdulillah, Allah sentiasa mengizinkan diri yang hina ini untuk sampai ke sana, namun jauh di sudut hati realitinya tiada rasa bangga. Kebenarnannya tiada rasa gembira bahkan rasa itu sarat dengan perasaan kesedihan... kenapa? Kerana takut Allah tidak lagi mengizinkan untuk menjadi tetamunya...
Ia bukan bilangan "berapa kali" tetapi ia tentang sejauh mana kualiti ibadat yang kita persembahkan kepadaNya, Ia berkenaan keikhlasan diri saat menjalankan ibadat, ia adalah amat berkait dengan tatacara ibadat dan yang paling utama..adakah DIA menerima segala apa yang dipersembah. Sungguh diri akan merasa sangat kerdil saat berada didepan RumahNya. Diri merasa alangkah hinanya hamba ini.
Disebalik impian dan kedatangan ke Tanah Suci...Realti tentang ini semua, apa yang aku pelajari adalah ia bukan kerana banyak duit yang tersimpan, ia bukan kerana aku golongan kaya raya yang mampu membayar segala kos. Ia bukannya banyaknya cuti yang dimiliki, masa yang lapang... apakah sebenarnya disebalik kedatangan berkali-kali ke rumahNya? Jawapan yang mudah... keinginan yang tinggi serta kerinduan yang hebat serta doa yang sering dipanjatkan agar Dia mengizinkan diri ini serta orang-orang yang tersayang untuk sentiasa bersama menunaikan ibadat di tempat lahirnya utusan Allah.
Konsep kehidupan bagiku amat mudah, umapama kais pagi makan pagi...aku tidak punya simpanan yang banyak, aku tidak punya insurance nyawa yang beratus ribu, aku tidak punya harta mengunung tinggi. Cukuplah bagiku kehidupan biasa dan bahagia, cukup bagiku untuk menikmati dan menghayati apa yang ada kini sebelum Dia memanggil aku pergi... Aku tidak perlu bimbang akan masa depan kerana perjalanan kehidupan banyak mengajar apa ertinya usaha, apa ertinya doa..apa ertinya tawakkal.
Teringat seorang sahabat yang berharta, cukup segala-gala, apa yang susah baginya adalah untuk meninggalkan keluarga... tersenyum aku... kali pertama aku menjejak kaki ke sana sewaktunya datangnya Ramadhan. Ieman Ihsan baru berusia 58 hari... namun hati begitu kuat unutk ke sana... Kecintaan untuk berada didepan rumahNya lebih kuat dari segala... ramai yang mengata, ramai yang memberi kata nista... namun dihadapan rumahNya aku berdoa sepenuh jiwa raga... Hanya DIA yang tahu apa tersirat dihati... Alhamdulillah.... saat ada..saat tiada... Dia sentiasa menjawab permintaan itu... Dia tahu sejauh mana keinginan yang terpendam. Dia yang tahu sehebat mana tawakkal yang ada disudut hati..
Indah bercuti di luar negara,seronok berbelanja memenuhi keinginan... nyatanya ia tidak pernah sama dengan perasaan berada di rumahNya. Tiada lafaz yang boleh diungkap... syukur padaMu kerana sentiasa memilih diri yang hina ini... tiada doa yang mampu ku katakan.. benarlah kataMu... setiap impian setiap cita-cita tiada perkataan melainkan... "Hasbunallah wanikmal wakil" kerana sesungguhnya hanya milik DIA...." Kunfayakun"...
No comments:
Post a Comment