Saya ingat Jalan Jalan Cari Masjid ini dikongsi oleh Sham Kamikaze di Surau Al Hidayah di taman perumahan tempat tinggal saya. Menarik mendengar kisah Sham yang sebelum diberi hidayah oleh Allah sering melalaikan solat. Saya kagum mendengar perkongsian perjalan beliau saat diberi hidayah Allah untuk kembali kepada fitrah salah satunya adalah mengunjungi masjid atau jalan jalan cari masjid.
Saya setuju dengan fungsi mengunjungi masjid ini boleh membuka minda dan jiwa individu yang ada segelintirnya tidak pernah memijak kaki ke masjid. Bagi yang biasa mengunjungi masjid samada untuk bersolat atau kerana menghadiri program yang diadakan di masjid sudah pasti akan merasa tenang berada di rumah Allah ini.
Institusi masjid perlu mesra kommuniti supaya masyarakat seronok untuk hadir dan mengikuti program yang diadakan di masjid atau untuk berjemaah. Salah satu program yang perlu adalah program yang boleh menarik remaja untuk datang ke masjid. Inilah approach atau pendekatan yang cuba dibawa oleh Sham Kamikaze untuk mengajak remaja ke masjid iaitu dengan Muzik. Saya tidak mahu mengulas hal tersebut namun apa yang menarik hati saya dalam perkongsian itu adalah doa ibunya yang tidak putus agar Sham diberi hidayah. Menurut Sham,setiap kali ibunya menelefon bertanya khabar, perkara yang ditanya tiada lain melainkan "sudah solat".
Sebagai ibu adakah kita prihatin terhadap kewajipan solat anak-anak kita? Jika kita kurang prihatin maka sudah masanya kita mengambil peranan dan melihat kewajipan solat amat penting untuk dipupuk pada anak-anak sebagaimana pepatah menyebut "melentur buloh biarlah dari rebungnya".
Jalan jalan cari masjid boleh dijadikan aktiviti keluarga untuk memupuk anak dan keluarga cintakan solat.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment