Allah berfirman yang bermaksud:
“Allah-lah Cahaya seluruh langit dan bumi! Perumpamaan cahayaNya adalah seperti sebuah Misykaat yang ada di dalamnya sebuah lampu; lampu itu di dalam geluk kaca (qandil); geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, pokok zaitun yang bukan timur dan juga bukan barat; hampir-hampir minyaknya itu memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun tidak disentuh api; cahaya berlapis cahaya! Allah memberikan hidayah kepada cahayaNya sesiapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan kepada umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". (Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di dalam rumah-rumah (Allah, yakni masjid-masjid) yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; bertasbih bagi-Nya di dalam rumah itu pada waktu pagi dan petang) (AnNur 24:35-36).
Berdasarkan ayat di atas hidayah adalah milik Allah semata-mata. Hanya Dia yang berhak untuk menentukan sesorang itu mendapat hidayah. Walaupun begitu usaha untuk mendapatkan hidayah itu perlu dilaksanakan. Lihatlah peristiwa Nabi Ibrahim dalam proses mencari erti ketuhanan. Dia berfikir dan merenung, mempersoalkan kepada diri akan hakikat ketuhanan. Menggunakan akal untuk memahami makna dan pengertian ketuhanan. Bahkan kita juga pernah membaca kisah ramai kalangan yang bukan Islam terpanggil untuk beriman kepada Allah setelah mendapat hidayah dari usaha mereka yang bersungguh-sungguh.
dipetik dari buku Khalifah Jiwa....
No comments:
Post a Comment