
Tidak mudah mendapat apa yang kita suka dan dalam masa yang sama ingin berbuat apa yang kita suka. Perumpamaan menyebut 'we gain something we lost something' . Tidak ada perkara yang mudah datang kepada kita, kerana jika begitu mudah ia datang maka begitu mudah ia pergi.
Samalah juga dengan rezeki, sesuatu yang diperoleh dengan cara haram walaupun mudah tetapi ia cepat habis dan dubelanjakan dengan sewenang-wenangnya. Bagi yang mudah tergoda dengan limpahan rezeki yang berganda, namun jelas disisinya syubhah maka insaflah diri, biarpun kita senang dan bahagia di dunia, ditakuti kita sengsara diakhirta nanti.
Oleh itu, bersyukur denga apa yang kita miliki, berusahalah dengan seikhlas hati moga yang diperoleh diberi barakah oleh Allah. bersabar biarpun dalam kepayahan kerana pasti ada kemanisan selepasnya.

No comments:
Post a Comment