Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Monday, April 9, 2012

Peringatan Buat Diriku Yang Lalai: Sejauh Mana Keikhlasan Hati?

Apa sahaja yang diperbuat dalam lapangan kerja amal tujuan sebenar adalah meninggalkan legasi dan bukannya mencipta nama. Legasi terbaik telah diteladani oleh Nabi Zulkarnain yang mana beliau melibatkan masyarakat untuk membantunya dalam membangunkan tembok penghalang Yakjuj dan Makjuj. Oleh itu sejauh mana AMM sebagai bakal meneraju dan mencipta kecemerlangan untuk semua bekas pelajar Maahad Muhammadi, bekas guru-guru serta yang berkepentingan seperti pelajar, sekolah, komuniti dan lain-lain. Meninggalkan legasi bukan bermakna mencipta nama untuk dilihat glamour, hebat serta berpengaruh. Itu semua tidak ada dalam kamus Islam. Malah Rasulullah sering mengingatkan agar berbuat sesuatu dengan ikhlas dan memberikan manfaat kepada insan lain yang memerlukan. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Sesungguhnya manusia pertama kali disoal pada hari kiamat ialah seseorang yang mati syahid, lalu diperlihatkan kepada kenikmatan sehingga dia mengetahui denga jelas. Lantas Allah bertanya: Apakah yang telah kamu lakukan di dunia wahai hambaku? Dia menjawab: “Saya berjuang dan berperang sehingga saya mati syahid demi Engkau, ya Allah.’ Lalu Allah berfirman, maksudnya: ‘Kamu berdusta, kamu berperang bukan untuk-Ku, tetapi agar kamu digelar sebagai berani. Kini kamu digelar orang yang berani. Kini kamu menyandang gelaran tersebut.” Kemudian, diperintahkan kepadanya supaya dicampakkan dan dilemparkan ke dalam neraka. Selepas itu, didatangkan pula seseorang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya, lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan sehingga mengetahui dengan jelas. Allah bertanya:’Apa yang telah kamu lakukan?. Dia menjawab: “saya telah mempelajari sesuatu ilmu dan mengajarkannya. Saya juga membaca al-Quran demi Engkau. Allah berfirman, maksudnya: “Kamu berdusta. Kamu belajar sesuatu ilmu dan mengajarkannya, serta membaca al-Quran agar digelar sebagai orang yang mahir membaca, dan kini kamu telah dikatakan seperti itu’. “Kemudian diperintahkan kepadanya supaya dicampakkan dan dilemaprkan ke dalam neraka. Selepas itu, datang pula seseorang yang diberi keluasan rezeki oleh Allah dan dia menginfakkan semua hartanya. Lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan sehingga mengetahuinya dengan jelas. Allah bertanya: “ Apa yang telah kamu lakukan dengannya?’ Dia menjawab: Saya tidak meninggalkannya sedikitpun melainkan saya menginfakkan harta benda tersebut di jalan yang Engkau redai.’ “ Allah berfirman, maksudnya:’Kamu berdusta.Kamu melakukan hal itu supaya kamu dikatakan seorang yang dermawan, dan kini kamu telah digelar sedemikian.’ Kemudian diperintahkan kepadanya supaya dicampakkan dan dilemaprkan ke dalam neraka.”
 Berlandaskan hadith diatas, kita perlu muhasabah kembali segala amal ibadat yang kita lakukan. Kita perlu memperbetulkan niat kita berpaksikan keikhlasan kepada Allah semata-mata dan bukan untuk ia disebut-sebut manusia, dujulang dimata masyarakat. Kita sentiasa diperingatkan bahawa sesiapa yang hanya mencari kebahagiaan didunia, maka segala yang dicitakan itu kenikmatan itu akan hilang kerana kebahagiaan sebegitu hanya bersifat sementara. Keadaan ini jelas dinyatakan Allah dengan Firman-Nya yang bermaksud: “Kesenangan di dunia ini hanya sementara dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa dan Kami tidak akan anianya sedikit pun ”(Surah an Nisa- 77)
    
Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment