Program hari ke-dua untuk Jubli Intan Maahad Muhammadi bagi para pelajar adalah Program Motivasi Pelajar. Jika hari sebelumnya adalah program kepimpinan maka rata-rata pelajar yang terlibat adalah pelajar yang pandai, memegang teraju persatuan serta menjadi pengawas sekolah. rata-rata mereka ini adalah pelajar yang mempunyai bakat serta kecenderungan yang t5inggi untuk ke depan dan berada dalam barisan pelapis generasi akan datang. Maka program itu berjalan lancar dan amat berjaya. Saya jugam erasa bersemangat menutup majlis tersebut kerana melihat hebatnya adikadik MM yang bakal mengganti kepimpinan ummah pada masa akan datang.
Namun dihari ke-dua perjalanan program adalah lebih mencabar, ini kerana saya memilih untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang berada di kelas corot. Tujuan saya tidak lain untuk mereka mengenal diri dan lebih tahu hala tuju. Maka sudah pasti ada banyak cabaran yang timbuil bermula dari kedatangan yang kurang dari jangkaan, masalah pelajar yang tidak berminat untuk hadir dan duduk di dalam dewan, tidak mahu participate dan pelbagai lagi hal yang mana memerlukan kerativiti untuk mengendalikan.
Selaku penceramah yang pertama sudah pasti saya perlu memenangi hati mereka untuk mersa seronok dan merelakan diri bersama-sama berkongsi hakikat kenapa kami para senori mereka menyediakabn program sebegini untuk mereka. Bukan mudah mengendalikan mereka yang ramai dan rata-ratanya ada kerenah tersendiri. Tetapi satu jam bersama mereka menjadikan mereak begitu denkat dengan saya saat mereka berinteraksi. Saya tidak mahu berceramah dan berleter bahkan saya memilih untuk berinteraksi apa maslalah mereka hingga pelajaran mereka merosot. Ini kerana pelajar-pelajar ini adalah palajar yang merupakan 6A dalam UPSR, boleh membaca AlQuran pandai menulis dan sebagainya. Dengan tajuk KENALI DIRI GILAP POTENSI BINA IDENTITI saya memulakan program motivasi tersebut. Apa yang dikongsi adalah lebih kepada hubungan dua-hala antara saya dan pelajar. Dari pengalaman bersama mereka ia menambah satu lagi pengalaman kepada saya betapa pelajar kelas corot ini mempunyai potensi cuma mereka perlu lebih lagi digilap dan lebih penting lagi mereka perlu lebih didekati dan ditunjukajar supaya tahu kemana haluan selepas ini.
No comments:
Post a Comment