Welcome ........and May Allah bless us all....
Salam ukhuwwah.......
Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....
Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....
Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....
Thursday, April 5, 2012
Antara Minat dan Tanggungjawab
Salam Jumaat,
Moga hari ini memberi kita rahmat dan barakah dari Allah Subhanahuwataala. Dalam ruang waktu ayng terbatas ini saya ingin mengambil peluang membicarakan tentang minat dan tanggungjwab. Saya terpanggil untuk berkongsi perkara ini kerana saya satu waktu dulu pernah rasa terhimpit dalam keadaan ini, oleh itu bila ada rakan-rakan seperti tenggelam punca dalam memilih antara minat dan tanggungjawab maka saya ingin berkongsi sedikit sebanyak perjalanan yang saya lalui sepanjang kehidupan .
Berkata tentang minat sudah pasti kita akan sentiasa seoronk melakukannya. Minat memberi kita perasaan gembira dan seronok untuk melakukannya. Biar susah atau terpaksa berkorban namun kita boleh dan mampu melakukannya. Biarpun hasil minat itu mungkin tidak sehebat mana dari segi ganjaran namun kita akan merasa puas.
Membincangkan pula tentang tanggungjawab, adakala kita tidak mahu dan tidak berminat melakukannya, tetapi dek kerana terpanggil dengan kepeluan dan desakan maka kita melakukannya juga walau dalam keadaan terpaksa.
Antara minat dan tanggungjawab jika boleh saya contohkan diri saya sendiri, minat saya lebih kepada mengajar, menulis namun jika saya bersandarkan kepada minat ini sahaja maka sudah pasti saya tidak akan meraih apa yang telah saya peroleh hari ini. Oleh itu saya terpaksa mengambil satu tanggungjawab iaitu melakukan apa yang saya tidak suka, apa dia? Saya menerjunkan diri saya dalam perniagaan. Memang tidak suka dan tiada kemahiran, tetpai saya belajar. Banyak pengorbanan yang saya lakukan. Akhirnya saya berjaya. Banyak perkara yangi ngin saya capai dalam kehidupan Alhamdulillah Allah memberi laluan itu melaluinya.
Setelah melalui satu perjalanan menyelsaikan misi tanggungjawab itu maka sekarang ini saya boleh melakukan apa yang saya minat. Walaupun minat yang saya lakukan ini tidak menjanjikan imbuhan yang besar dibanding bergiat aktif dalam perniagaan, namun hati saya cukup puas. Bahas mudah yang boleh saya gambarkan adalah seperti teori Maslow. tahap yang dikatakan satisfaction atau "self actualisation". Mungkjin ada banyak perkara lagi yang belum selesai dalam banyka misi saya tetapi setidaknya minat yang dulu terpaksa saya korbankan demi menyesaikan misi dan tanggungjawab yang utama dalam kehiduap telah selesai.
Oleh itu bagi anda yang terhimpit antara minat dan tanggungjawab, berilah dulu prioriti kepada tanggungjawab yang utama, korbankan minat itu seketika untuk merealisasikan apa yang penting dan perlu didahulukan. Itu sering terkandung dalam mesej saya sebelum ini " BUAT APA YANG KITA TIDAK SUKA UNTUK DAPAT APA YANG KITA SUKA". Walaubagaimanapun dalam perjalanan kita menyahut misi dan cbaran kehidupan pastikan..INGAT PESANAN INI " JAGALAH ALLAH NESCAYA ALLAH MENJAGAMU"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment