Semalam sewaktu pulang dari pejabat ieman menelefon mengatakan rseult peperiksaan sudah boleh dilihat melalui internet. Selain itu dia memaklumkan telah dipilih untuk meneraju badan pengawas sekolah sessi petang. Dari dalam telefon saya boleh merasakan yang ieman seperti ada rasa bimbang. Lalu saya bertanya ' ieman tak seronok ke di lantik menjadi ketua pengawas?". Pertanyaan saya lebih kepada ingin mengetahui isi hatinya. Ieman menjawab ; ieman suka dipilih,tapi ieman takut...tanggungjawab tu berat la ummi... ". Mendengar jawapan ieman itu saya terasa bahawa beliau sudah menemukan satu kematangan dalam diri. Sekurang-kurangnya dia faham jawatan itu bukan satu perkara yang dilihat jalan pintas unutk menjadi terkenal,galmour dll.Seorang anak yang masih belum dewasa sudah tahu akan besarnya peranan menjadi ketua. Apalagi bagi kita sebagai orang dewasa sudah pasti perlu lebih tahu dan kenal apa ertinya menjadi pemimpin.
Namun kita lihat scenario dalam masyarakat kita hari ini semua orang seronok untuk menjadi pemimpin bukan kerana ingin memenuhi agenda untuk meartabatkan ummah tetapi egenda yang paling utama adalah unutk mengisi kocek sendiri. Tidak kurangnya juga pemimpin yang menjaga kroni masing-masing. ini terjadi bukan hanya dalam politik, namun ada juga dalam organisasi. Ada segelintir yang tidak amanah, dan tidak adil dalam mengendalikan tanggungjawab maka akan adanya sikap pilih bulu, favortisme, bodek membodek. Semua ini realtinya tidak sihat dalam apa jua peringkat dalam organisasi yang amat memerlukan deorang pemimpin yang adil serta bertanggungjawab memimpin ahli ke arah kebaikan.
Pengalaman saya sendiri apabila adanya sikap yang tidak baik diamalkan maka akan pincang dan rosak keselurh warga orgnaisasi. Biairpun ia hanya satu badan yang kecil, apalagi jika satu badan politik yang ingin memimpin sebauh negara. Oleh itu bagi yang bergelar ketua, pemimpin, majikan perlu ada rasa bahawa Allah memerhatikan kita, Allah mengetahui segala tindak tanduk kita, jadi biarpun orang laib tidak tahu apa yang kital akukan maka jangan rasa diri selamat jika kita tidak amanah kerana Allah menyimpan balasan untuk kita dikemudian hari.
Oleh itu, dipilih unutk menjadi pemimpin tidak semudah merealisasikan segala tanggungjawab yang diamanahkan. Namun ia akan menjadi mudah sekiranya kita menjadikanm Al Quran dan Sunnnah sebagai pegangan. Diri perlu waspada saat dijulang dan diangkat menjadi pemimpin kerana ada persoalan yang akan ditanyakan nanti... adakah kita mengambil tanggungjwab untuk menjadi PEMIMPIN YANG ADIL DAN AMANAH? Tepuk dada tanyalah iman!
No comments:
Post a Comment