Sekadar berkongsi rasa... ada satu-satu keadaan kita amat tersentuh dengan rakan-rakan dan juga orang sekeliling kita.. saat itu kita terluka.. namun jika kita boleh mempositifkan minda dan perasaan, ia akan cepar berlalu dan kitaj uga tidak menaruh dendam. Perasaan dan emosi juga akan terasa lapang... teringat juga kata-kata Prof Muhaya setiap kali saya bertemu beliau... ayat yang selalu dikatakan.. "jika rasa nak marah ingat mati".
Saya amat bersetuju, dalam apa keadaan pun... jika kita ingat semua ni sementara memang kita akan mudah memberi maaf... dari dulu saya suka menggunakan dua perkataan ini yang sering diungkap oleh suami saya saat diri dihimpit luka dek perbuatan orang sekeliling...iaitu :'FORGIVE AND FORGET'

No comments:
Post a Comment