Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Friday, April 27, 2012

Konsep Doa Dalam Rawatan


Allah s.w.t. menyuruh setiap orang Islam agar sentiasa berdoa kepadanya, dan Dia akan memperkenankannya (Ghafir: 60, Ibrahim: 34).  Orang yang berdoa, bererti ia ingatkan Allah.  Allah mahukan setiap hambanya agar mengingatinya pada zikir lidah juga pada setiap amalan.  Setiap perbuatan mesti dilakukan kerana Allah membolehkan perbuatan itu diperkira sebagai ibadah, termasuk amalan yangmelibatkan rawatan, yang akan diberi ganjaran.  Inilah yang membezakan, antara amalan yang dilakukan sebagai adat dan ibadah.  Apabila sesuatu perbuatan itu termasuk dalam kategori ibadah, segala tindak tanduk yang bertentangan dengan ajaran syariah perlu dihindarkan. Pada hakikatnya, berdoa bukan amalan orang yang lemah, putus asas atau tidak mempunyai harapan setelah banyak ikhtiar dilakukan tetapi gagal.  Doa ialah senjata orang yang beriman. 

Tuesday, April 24, 2012

ALUMNI DAN CABARAN 11


Meneraju persatuan ibarat mengemudi sebuah kapal. Sewaktu laut tenang ia mudah bagi nakhoda, namun bila laut bergelora, angin bertiup kencang, tsunai boleh melanda bila-bila masa... di saat itu nakhoda perlu cekap meneraju, anak-anak kapal pula perlu berusaha gigih dan bertahan. realitinya nakhoda dan anak kapal akan sama-sama basah saat datangnya ribut dan taufan. Namun jika kekuatan serta kemahiran dan pertimbangan yang teliti pasti kapal akan terselamat. Selepas ribut, teraju dan sauh boleh belayar ke destinasi....

Ibarat di atas saya mengenangkan tidak lama lagi akan berlamgsung AGM Alumni Maahad Muhammadi. Moga  sahabat-sahabat diberi kerhamatan dan kemudahan dalam menangani dan menjadikan AGM ini satu titik ke arah menobatkan Maahad Muhammadi ke mercu kecemerlangan.

IKRAR PELAJAR MAAHAD MUHAMMADI


IKRAR
BAHAWASANYA KAMI
PELAJAR-PELAJAR MAAHAD MUHAMMADI
BERIKRAR DAN BERJANJI
AKAN MENJADI PELAJAR YANG CEMERLANG
DARI SEGI AKADEMIK DAN KOKURIKULUM
SERTA UNGGUL
DARI SEGI SYAHSIAH DAN KEPIMPINAN

SESUNGGUHNYA
SEBAGAI UCAPAN TERIMA KASIH
YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI
ATAS PENGORBANAN
IBU BAPA YANG DICINTAI
GURU-GURU YANG DIKASIHI

MAKA
KAMI BERJANJI 
AKAN GIGIH BELAJAR DAN TEKUN BERUSAHA
AKAN MEMBERI TUMPUAN KEPADA PELAJARAN
AKAN MENINGKATKAN ULANGKAJI DAN LATIHAN
AKAN MENINGKATKAN KETAKWAAN DAN DISIPLIN DIRI
DEMI MENCAPAI
KEJAYAAN CEMERLANG 
YA TUHANKU, MAKBULKANLAH
IKRAR KAMI INI
*****

DITANDATANGANI

___________________________________________
NAMA PELAJAR

Sunday, April 22, 2012

Hanya Dengan Keizinannya

Tinggal beberapa hari lagi saat keberangkatanku dengan insan tersayang jika diizinkan olehNya untuk sekali lagi memenuhi kerinduan yang sarat untuk berada di rumahNya. Indahnya pemergian kali ini kerana berpelunang membawa sek kecilku Ieman. Semalam usai pertemuan bersama rakan-rakan Alumni banyak perkara-perkara baru yang aku kutip, demi menambah pengetahuan untuk praktikal ibadat yang lebih baik. Ada yang bertanya ini pemergian kali yang keberapa? Soalnya perlukah menghitung berapa kali...ya Alhamdulillah, Allah sentiasa mengizinkan diri yang hina ini untuk sampai ke sana, namun jauh di sudut hati realitinya tiada rasa bangga. Kebenarnannya tiada rasa gembira bahkan rasa itu sarat dengan perasaan kesedihan... kenapa? Kerana takut Allah tidak lagi mengizinkan untuk menjadi tetamunya...

Ia bukan bilangan "berapa kali" tetapi ia tentang sejauh mana kualiti ibadat yang kita persembahkan kepadaNya, Ia berkenaan keikhlasan diri saat menjalankan ibadat, ia adalah amat berkait dengan tatacara ibadat dan yang paling utama..adakah DIA menerima segala apa yang dipersembah. Sungguh diri akan merasa sangat kerdil saat berada didepan RumahNya. Diri merasa alangkah hinanya hamba ini. 

Disebalik impian dan kedatangan ke Tanah Suci...Realti tentang ini semua, apa yang aku pelajari adalah ia bukan kerana banyak duit yang tersimpan, ia bukan kerana aku golongan kaya raya yang mampu membayar segala kos. Ia bukannya banyaknya cuti yang dimiliki, masa yang lapang... apakah sebenarnya disebalik kedatangan berkali-kali ke rumahNya? Jawapan yang mudah... keinginan yang tinggi serta kerinduan yang hebat serta doa yang sering dipanjatkan agar Dia mengizinkan diri ini serta orang-orang yang tersayang untuk sentiasa bersama menunaikan ibadat di tempat lahirnya utusan Allah. 

Konsep kehidupan bagiku amat mudah, umapama kais pagi makan pagi...aku tidak punya simpanan yang banyak, aku tidak punya insurance nyawa yang beratus ribu, aku tidak punya harta mengunung tinggi. Cukuplah bagiku kehidupan biasa dan bahagia, cukup bagiku untuk menikmati dan menghayati apa yang ada kini sebelum Dia memanggil aku pergi... Aku tidak perlu bimbang akan masa depan kerana perjalanan kehidupan banyak mengajar apa ertinya usaha, apa ertinya doa..apa ertinya tawakkal. 

Teringat seorang sahabat yang berharta, cukup segala-gala, apa yang susah baginya adalah untuk meninggalkan keluarga... tersenyum aku... kali pertama aku menjejak kaki ke sana sewaktunya datangnya  Ramadhan. Ieman Ihsan baru berusia 58 hari... namun hati begitu kuat unutk ke sana... Kecintaan untuk berada didepan rumahNya lebih kuat dari segala... ramai yang mengata, ramai yang memberi kata nista... namun dihadapan rumahNya aku berdoa sepenuh jiwa raga... Hanya DIA yang tahu apa tersirat dihati... Alhamdulillah.... saat ada..saat tiada... Dia sentiasa menjawab permintaan itu... Dia tahu sejauh mana keinginan yang terpendam. Dia yang tahu sehebat mana tawakkal yang ada disudut hati.. 
Indah bercuti di luar negara,seronok berbelanja memenuhi keinginan... nyatanya ia tidak pernah sama dengan perasaan berada di rumahNya. Tiada lafaz yang boleh diungkap... syukur padaMu kerana sentiasa memilih diri yang hina ini... tiada doa yang mampu ku katakan.. benarlah kataMu... setiap impian setiap cita-cita tiada perkataan melainkan... "Hasbunallah wanikmal wakil" kerana sesungguhnya hanya  milik DIA...." Kunfayakun"...  

Saturday, April 21, 2012

Mencari Titik Persefahaman dalam Perhubungan

Setiapkali mendengar permasalahan dalam keluarga atau rumahtangga apa yang dapat saya nilai dari pemahaman saya salah satu sebab kerana tidak ada persafahaman antara pasangan. Biarpun sudah lama duduk di bawah satu bumbung tetapi seperti tidak ada keserasian, masing-masing ada kepala sendiri, masing-masing ada kepercayaan sendiri, maka apa yang berlaku rumah tangga menjadi tidak aman. Perasaan sentiasa tidak bahagia, Hati sering berkecamuk dengan rasa tidak puas hati. 

Paling memberi tekanan apabila katap utus serta penyelesaian yang ingin dicari oleh pasangan berakhir dengan kegagalan.Maka bila berlaku episod begini akan timbul episod lain iaitu pergaduhan yang berpanjangan, epsiod luka membawa kepada rententan episod perceraian. Hilangnya rasa dan pertimbangan serta kewarasan akal unutk mencari solusi terbaik. Ini membawa kepada terpisahnya satu ikatan.Terurai satu ikatan kasih sayang yang terbina sekian lama. Terputus simpul kecintaan yang dulu sarat dalam diri.

Maka bagi mengelakkan perkara sedemikian berlaku apa cara yang boleh kita lakukan unutk mencari titik persefahaman atau mutual understanding bersama pasangan. Antaranya:

  • Tidak meletakkan pasangan 100 sebagaimana kita inginkan
  • Bertimbang rasa dan menerima seadanya
  • Melihat kebaikan dari keburukan
  • Tidak fokus perkara remeh
  • Buat perubahan pada diri sendiri
  • Jangan tunggu pasangan berubah, mulakan dengan diri sendiri
  • Kurangkan mencari cacat cela pasangan
  • Banyak muhasabah
  • Fikirkan perkara positif
  • Gunakan kewarasan bukan emosi dalam membuat pertimbangan
  • Elakkan mengadu domba dan mendengar kritikan terhadap pasangan
  • Menghargai apa yang kita miliki
  • Fahami diri sendiri unutk memahami pasangan
  • Memberi kemaafan


Wallahuaalam.

Wednesday, April 18, 2012

Bagaimana menukar impian menjadi kejayaan?

Bagaimana menukar impian menjadi kejayaan?
 “KEJAYAAN ADALAH SUATU PILIHAN  BUKAN KEBETULAN”
RAMAI ORANG TELAH BERJAYA,KENAPA BUKAN DIRIKU?
Menurut Albert Suisser”Masalah besar bagi manusia dalah mereka ,malas berfikir “
Kerana itu Kejayaaan perlu dicipta dengan konsep:
“Learn why we do things,don’t follow things wrongly
"imitate good people and become better in the process's “
Untuk berjaya jadikan kehebatan dan kejayaan orang lain sebagai ukuran untuk kita mencipta kejayaan yang sama. Kejayaaan cemerlang perlu ada persiapan ditahap awal. 
Ingat, “UNTUK MENDAPAT SESUATU PERKARA YANG BESAR  KITA PERLU KORBANKAN PERKARA YANG KECIL”

Monday, April 16, 2012

Wajarkah Memenuhi Permintaan Anak?


Sebagai ibubapa bila anak-anak meminta itu dan ini perlukah dilayani, atau bila anak-anak menyuarakan ingin memiliki sesuatu seperti handphone, games dll? Sebagai ibu bapa adakah kerana ingin menunjukkan rasa kasih dan sayang kita perlu menunaikan permintaan tersebut, atau kita menunaikan kerana bimbang anak-anak akan merajuk dan tidak rasa seperti disayangi. 
Sudah pasti setiap orang mepunyai pandangan dan jawapan berbeza. Pada pandangan saya, tidak salah menunaikan permintaan anak-anak jika ianya bermanfaat, tetapi bukan menunaikan sesuatu permintaan yang berbentuk material atau kebendaan. Bagi saya mendidik atau menunjukkan rasa kasih dan sayang secara demikinan tidak akan melatih anak melihat dunia pada kacamata sebenar. 
Ramai ibu bapa usia lapan, sembilan tahun bahkan ada yang sudah ke tahap sekolah menengah dibelikan handphone, saya percaya memang ada gunanya handphone tersebut untuk tujuan komunikasi, tetapi jangan sampai alat itu yang membinasakan kehidupan mereka di kemudian hari. Ada segelintir membudayakan anak dengan games dan segala macam permainan yang mahal-mahal.
Betul kerana kemampuan, tetapi waktu inilah kita perlu mengasuh anak berfikir kewajaran membelanjakan duit ringgit. Tidka salah unutk berseronok, tetapi saat kita membelikan mainan puluhan ringgit bahkan ada yang ratusan diwaktu inilah kita mendidik minda anak membuat timbang tara. Kata pada anak, disaat dia membeli mainan yang mahal, ada rakan-rakannya yang terpaksa berlapar, ada yang terpaksa mengikat perut. Jadi belilah seadanya, jika ada lebihan duit baik dikongsikan dengan kawan-kawan yang tidak mampu membeli buku, makan ala kadar sahaja. Gunalah ayat-ayat yang boleh memotivasikan mereka serta memahamkan mereka realiti kehidupan.
Betul dia tahu ayah ibunya banyak duit atau memilik duit ringgit, namun kongsikan pada anak-anak nilai sebenar duit ringgit, fahamkan anak-anak istilah sebenar kaya, ceritakan pada mereka apa ertinya menjadi miskin, miskin tidak hanya kerana harta, tetapi miskin ilmu lebih parah. 
Ramai ibu bapa mengadu anak-anak tidka mahu mendengar kata, dicakap tidak boleh segala-galanya begitu susah. Kenapa berlaku demikian? Kerana sewaktu kecil kita tidak mahu mendengar rengekan mereka meminta itu ini maka kita beri, waktu kecil kita tidak mengajar mereka bercakap-cakap buka berleter, bukan memarahi, tetapi berkomunikasi, bertukar-tukar pendapat, menyelami hati anak-anak. Sewaktu mereka kecil kita tidak belajar memahami kehendak mereka serte meletakkan nilai yang ingin kita terapkan maka apabila mereka dewasa sudah agak lambat.
 Perkata yang paling saya pelik adalah anak-anak dibiarkan menonoton tv ikut sedap hati, dulu ada AF maka disebabkan anak minat sekian-sekian artis maka dibiarkan anak tersebut menonton walhal anak baru berusia tiga empat tahun, bila ditutup channel tersebut anak akan menangis katanya, Maka seronoklah si anak kecil mengikut lenggok si artis. Ada juga naka lelaki yang dibiarkan rambut menjadi panjang seperti perempuan,bahkan ada yang sengaja dipakaikan rnatai/gelang. Anak perempuan pula tidak diasuh unutk malu jika ada lelaki yang bukan mahram, tidak diasuh menjaga aurat. 
Bila anak dewasa dan mereka tidak mahu lagi mendengar kata dan memilih cara hidup sendiri maka salah siapa? Tanyalah diri kita... saya yakin ada juga ibu bapa yang dari kecil diasuh, dididik dengan cara Islam namun bila dewasa anak-anak berubah menjadi bukan seperti kehendak kita. Maka inilah dikatakan ujian dari Allah. Ujian ini supaya kita sebagai ibu bapa lebih kuat dan sentiasa memanjangkan doa. Pasti ada masanya doa itu akan termakbul. Jika tidak serahlah kepada Allah. 
Bagi yang bergelar anak-anak satu masa kita juga akan menjadi ibu bapa sebagaimana ibu bapa kita hari ini. Oleh itu jadilah anak yang SOLEH/SOLEHAH moga satu ketika kita akan memperoleh anak yang sedemikian. bagi ibu bapa yang mengharapkan mendapat anak yang SOLEH/SOLEHAH, jadilah sedemikian unutk kedua ibu bapa anda. Sudah pasti Allah tidak akan menggagalkan hambanya. 
Wallhuaalam 

JALAN JALAN CARI MASJID

Saya ingat Jalan Jalan Cari Masjid ini dikongsi oleh Sham Kamikaze di Surau Al Hidayah di taman perumahan tempat tinggal saya. Menarik mendengar kisah Sham yang sebelum diberi hidayah oleh Allah sering melalaikan solat. Saya kagum mendengar perkongsian perjalan beliau saat diberi hidayah Allah untuk kembali kepada fitrah salah satunya adalah mengunjungi masjid atau jalan jalan cari masjid.
Saya setuju dengan fungsi mengunjungi masjid ini boleh membuka minda dan jiwa individu yang ada segelintirnya tidak pernah memijak kaki ke masjid. Bagi yang biasa mengunjungi masjid samada untuk bersolat atau kerana menghadiri program yang diadakan di masjid sudah pasti akan merasa tenang berada di rumah Allah ini.

Institusi masjid perlu mesra kommuniti supaya masyarakat seronok untuk hadir dan mengikuti program yang diadakan di masjid atau untuk berjemaah. Salah satu program yang perlu adalah program yang boleh menarik remaja untuk datang ke masjid. Inilah approach atau pendekatan yang cuba dibawa oleh Sham Kamikaze untuk mengajak remaja ke masjid iaitu dengan Muzik. Saya tidak mahu mengulas hal tersebut namun apa yang menarik hati saya dalam perkongsian itu adalah doa ibunya yang tidak putus agar Sham diberi hidayah. Menurut Sham,setiap kali ibunya menelefon bertanya khabar, perkara yang ditanya tiada lain melainkan "sudah solat". 
Sebagai ibu adakah kita prihatin terhadap kewajipan solat anak-anak kita? Jika kita kurang prihatin maka sudah masanya kita mengambil peranan dan melihat kewajipan solat amat penting untuk dipupuk pada anak-anak sebagaimana pepatah menyebut "melentur buloh biarlah dari rebungnya". 
Jalan jalan cari masjid boleh dijadikan aktiviti keluarga untuk memupuk anak dan keluarga cintakan solat. 
Wallahuaalam.

Saturday, April 14, 2012

Mensyukuri Nikmat Iman

Allah berfirman yang bermaksud:
Allah-lah Cahaya seluruh langit dan bumi! Perumpamaan cahayaNya adalah seperti sebuah Misykaat yang ada di dalamnya sebuah lampu; lampu itu di dalam geluk kaca (qandil); geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, pokok zaitun yang bukan timur dan juga bukan barat; hampir-hampir minyaknya itu memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun tidak disentuh api; cahaya berlapis cahaya! Allah memberikan hidayah kepada cahayaNya sesiapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan kepada umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". (Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di dalam rumah-rumah (Allah, yakni masjid-masjid) yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; bertasbih bagi-Nya di dalam rumah itu pada waktu pagi dan petang) (AnNur 24:35-36).

Berdasarkan ayat di atas hidayah adalah milik Allah semata-mata. Hanya Dia yang berhak untuk menentukan sesorang itu mendapat hidayah. Walaupun begitu usaha untuk mendapatkan hidayah itu perlu dilaksanakan. Lihatlah peristiwa Nabi Ibrahim dalam proses mencari erti ketuhanan. Dia berfikir dan merenung, mempersoalkan kepada diri akan hakikat ketuhanan. Menggunakan akal untuk memahami makna dan pengertian ketuhanan.  Bahkan kita juga pernah membaca kisah ramai kalangan yang bukan Islam terpanggil untuk beriman kepada Allah setelah mendapat hidayah dari usaha mereka yang bersungguh-sungguh. 
dipetik dari buku Khalifah Jiwa....

♥► Rasa syukur membuat hidup kita menjadi indah ♥
♥► Rasa syukur membuat yang sedikit terasa cukup dan berkah ♥
♥► Rasa syukur mengubah apa yang kita miliki saat ini menjadi lebih berharga ♥
♥► Rasa syukur mengubah masalah yang kita miliki menjadi hikmah yang bernilai♥
♥► Rasa syukur mengubah hidangan sederhana terasa menjadi istimewa ♥
♥► Rasa syukur mengubah rumah yang sempit terasa lapang dan nyaman ♥
♥► Rasa syukur mengubah kegagalan menjadi pelajaran berharga ♥
♥► Rasa syukur mengubah kekeruhan suasana menjadi kejernihan ♥
♥► Rasa syukur mengubah yang tidak nyaman menjadi menyenangkan ♥
♥► Rasa syukur mengubah penolakan menjadi penerimaan ♥
♥► Rasa syukur mengubah kebenciaan di hati menjadi kasih sayang ♥
♥► Rasa syukur menciptakan kedamaian dan ketenangan hati ♥
♥► Rasa syukur mengubah emosi menjadi latihan kesabaran...
♥► Rasa syukur menjadikan masa lalu sebagai kenangan manis ♥
♥► Rasa syukur menjadikan masa sekarang keindahan dan kesenangan ♥
♥► Rasa syukur menjadikan hari esok penuh harapan ♥
♥► Rasa syukur menciptakan visi ke depan yang penuh harapan ♥

~ Bila hatimu dipenuhi rasa syukur.. hidup menjadi selalu indah dan damai :) ♥

Thursday, April 12, 2012

Mengasah Minda Dengan Membaca

Salam Jumaat,
Moga Jumaat kali ini memberi kita barakah dan rahmah dari Allah. Hari ini isu yang ingin saya lontarkan adalah tentang sejauh mana kita SUKA @ RAJIN  membaca. Mungkin ramai yang menjawab rajin ada juga yang akan mengatakan suka tetapi tiada masa. 
Realti semua menyedari bahawa MEMBACA JAMBATAN ILMU, tetapi ramai juga yang memberikan alasan pelbagai. Namun ada juga yang rajin membaca, tetapi yang dibaca itu kurang memberi manfaat sebagai contoh suka membaca berkenaan gosisp,majalah hiburan, baca komen-komen di facebokk twiter dll. bagi yang tidak suka dan tidak rajin membaca pula akan beralasan untuk menonoton Tv leibh mudah. 
Jika kita meneliti kembali kenapa Allah menurunkan wahyu pertama kepada Nabi Muhammad ialah Surah Al-Alaq dan ayat pertamanya adalah Iqra. Wahyu pertama itu menyeru kita unutk membaca. Tiga kali ia diulang untuk kita membaca. Maka mari sama-sama kita mengambil ibrah darinya.
Satu ketika saya bukanlah amat rajin membaca, ada masa kita baca, bila sibuk kita kurang mambaca. Satu ketika dulu sewaktu remaja saya juga suka memilih buku-buku cerita yang tidak memberi manfaat, namun apabila usia meningkat kita semakin matang dan boleh membuat piluhan dengan lebih tepat. 
Bersyukur juga apabila saya terlibat dengan dunia penulisan kerana ia mewajibkan saya membaca banyak berkait apa bidang yang terlibat.
Sebagai contoh saya berminat untuk menulis novel Islamik, tetapi bila proposal itu diterima, pihak berkenaan meminta pula saya menukis novel sejarah. Maka banyak buku-buku sejarah terpaksa saya baca bagi memastikan fakta yang ditulis tidak lari dari kebenaran serta bukan direka-reka. Bersyukurnya saya kerana inilah salah satu cara Allah memberikan kita ilmu. Saat membaca itulah kita menyedari, ceteknya ilmu kita.

Orang yang tidak suka membaca akan ketandusan maklumat, melainkan mereka berusaha mencari dan mendengar serta berkongsi ilmu dengan para ilmuan.
Saya bukanlah orang yang paling rajin membaca dari kalangan anda, namun saya berusaha untuk mengisi waktu yang ada unutk dimanfaatkan dengan membaca kerana terbukti membaca itu mengasah minda. Bahan bacaa juga perlu dipilih agar pembacaan itu menambahkan ilmu memberi kesedaran, yang penting perlu diingati jangan kita sibuk dan beralasan tidak sempat membaca hingga Al-Quran pun tidak sempat dibaca hatta satu muka surat sehari. Kerana membaca Quran sepatutnya menjadi rutin setiap hari, apalagi mendengarnya setiap masa juga adalah perlu. 
Apapun kata pepatah 'hendak seribu daya' kalau benda lain yang kita suka boleh pula kita mencari masa, jadi mengapa tidak dengna membaca. Oleh itu tepuk dada tanya selera...Moga selera membaca kita makin bertambah...
SELAMAT MEMBACA


p/s:pelajar yang tidak mahu membaca nota/buku pelajaran sebenarnya menempah diri untuk gagal peperiksaan...


Wednesday, April 11, 2012

Tempatkan Diriku Bersama Mereka Di Syurga



Ya Allah
tiada kudratku 
menjadi dermawan sehebat Khadijah
menjadi utuh keimanan seutuh Asiah
beribadat kepadaMu sebagaimana Zulaikha
Ya Allah 
aku tidak mampu
menjadi zuhud sebagaimana Fatimah Az Zahra
menjadi sabar dan pasrah sehebat Sarah
menjadi kental dan berani seperti  Hajar
menjadi ilmuan bijaksana seumpama Aishah
Ya Allah
lemahnya diriku
menyintaiMu sesuci kecintaan Rabiatul Adawiyah
beriman kepadaMu seumpama Sumaiyyah
berjuang dalam agamaMu seperti Asmaa
menjadi setia sebagaimana Rahmah
Ya Allah
izinkan aku meneroka dan menghayati kisah hidup mereka
agar menjadi iktibar buat diriku
mereka adalah contoh teladan
mengharung hidup penuh pancaroba
perjalanan mereka
menjadi benteng kekuatan jiwa
menjadi azimat perawat lara
menjadi semangat untuk berjuang
buat diriku yang kerdil
Ya Allah
izinkan aku mendapat tempias kehebatan mereka
meneladani segala perilaku dan perjuangan mereka
tempatkan aku bersama mereka di syurga
terimalah permintaan ku ini
Ya Allah 
Ya Rabbil Alameen
Ya Zal-Jalaiwalikram


Nukilan
ummu ieman ihsan
"Ya Allah tautkan hati ku dengan suamiku sebagaimana kukuhnya tautan hati Khadijah dan Rasulullah"

Merangka Strategi Kejayaan dari Kegagalan


Menyebut perkataan kejayaan, semua orang ingin berjaya. Tiada satu pun yang ingin gagal. Tetapi tahukah anda apa yang tersirat dari kegagalan? Disebalik dari kegagalan itu terkandung seribu hikmah yang membawa kita kepada strategi untuk berjaya. Untuk kita melihat adakah benar Allah mengagalkan kita kerana Dia ingin mengajar kita mengenal dan mengetahui langkah seterusnya mengorak kepada kejayaan.
Oleh itu bagaimana merangka strategi kejayaan setelah gagal. Bagaimana kita menganalisis kegagalan itu? Pertamanya kita perlu melihat PUNCA gagal. Mengenal pasti punca kegagalan boleh membantu kita melihat kelemahan-kelemahan kita dalam merangka kejayaan.
Contohnya seorang pelajar yang merasa diri sudah tekun belajar unutk meraih keputusan yang cemerlang. Tetapi apabila keputusan diperoleh ternyata ia tidak berbaloi dengan segala keringat yahg telah diberi. Dari sini mungkin punca gagal kerana kita mungkin rajin membaca, tetapi sejauh mana apa yang kita baca itu telah kita faham?
Contoh yang lain, seorang peniaga berulangkali mencuba dalam perniagaan, namun segala pelaburan tidak pernah memberikan hasil lumayan bahkah menambah hutang yang banyak. Oleh itu cari puncanya. Mungkin kita terlalu ghairah berniaga, walhal kita tiada kemahiran atau tiada strategi berniaga, atau juga perniagaan yang diceburi itu satu bidang yang tidak kita suka tetapi kerana mendengar tawaran berlipat ganda keuntungannya maka kita merasa seronok untuk melabur.
Oleh itu gagal itu pasti ada sesuatu yang boleh kita pelajari. Jangan serik mencuba kerana putus asa tidak akan menghasilkan kejayaan. Tundukkan ego kita untuk menerima kesilapan serta belajar dari kesilapan tersebut.
wallahuaalam

Allah memberi saat kita redha dan pasrah..


Sudah dua bulan saat abstract 'Integrating Islamic Education in a Multi-racial and Multi-cultural Society' itu dihantar, sejak itu saya tidak lagi mengambil tahu sementelah pensyarah yang sepatutnya bekerjasama dengan saya juga begitu sibuk. Saya juga tidak mngambil kisah, perasaan teruja juga sudah berlalu kerana tarikh menghantar atrikel tersebut sudah lebih dari masa yang sepatutnya. sementelah artikel tersebut saya siapkan sudah agak lama iaitu 2008. Maka banya yang perlu diedit semula dan dikemas kini.
Diburu dengan beban tugas serta pelbagai komitmen maka impian untuk menghadirkan diri ke Conference Islamic Education,Amsterdam tersebut sudah hilang dari sanubari. Bahkan ingatan pada hal tersebut tenggelam dalam kesibukan menyebabkan saya terlupa mengenainya. Sementelah sibuk dengan kelas, menyiapkan naskah buku Khalifah Jiwa, program Alumni, persiapan untuk ke Konference Kaunseling dan Psikologi... di Ankara,maka semuanya berkait hal itu tiada lagi dalam ingatan.
Sewaktu saya di PTS menguruskan pembelian buku untuk pelajar-pelajar kelas Bimbingan dan Kaunseling serta bertemu dengan Editor dari PTS Litera untuk perbincangan tentang perancangan buku terkini berkisar novel sejarah, saya terkejut mendapat satu panggilan dari pensyarah yang bekerjasama dengan saya untuk artikel tersebut. 
Saat mendengar bahawa abstract yang dihantar telah diterima, dan maklum balas telah diperoleh dari organisasi yang terlibat. Saya sungguh tidak percaya. Mana tidaknya, saya sudah melupakan semua itu. Harapan untuk membentangkan kertas kerja tersebut hampa dek kerana sibuk dengan tugasan lain. Ternyata percubaan saya tidak sia-sia. Alhamdulillah bersyukur kerana Allah mendengar segala harapan dan impian walau ia telah dilepaskan pergi ternyata ia kembali semula kerana Dia Maha Mengetahui niat dihati. 
Sebelum ini ramai yang bertanya kenapa saya beria-ia untuk telribat dalam islamic educatiin kerana saya sudah beralih kepada Psikologi dan Kaunseling? Mudahnya, saya ingin belajar dan Islamic Education amat hampir dengan diri saya kerana satu ketika dulu saya adalah guru Pendidikan Islam.Maka saya tidak mampu memisahkan diri dari hal berkait Islamic Education. Saya ingin mengambil peluang unutk belajar apa sahaja, biarpun idea yang dipersembah mungkin tidak sebaik orang lain, namun setidaknya ada orang mengiktiraf idea saya. Ada yang mengharagi apa yang ingin diperkatakan.Lebih penting kita melakukanyya bukan kerana imbuhan tetapi kerana ingin memberi semula kepada ummah. 
Apa yang saya belajar dari peristiwa ini adalah, kita perlu mencuba biar dengan apa cara, selebihnya berdoa moga Allah mempermudahkan jika ianya baik untuk kita dan ummah, walau kita dalam keadaan yang mustahil untuk memperolehinya. Mudah kata...TIDAK SALAH MENCUBA, JIKA ADA REZEKI PASTI JADI MILIK KITA.

Allah menjawab segala harapan bila hati telah meredhai,Allah menunaikan segala impian saat ia telah dilupai.Hakikat satu kesabaran buat diri yang ada ketikanya lemas dalam penantian.9.April.2012

Tuesday, April 10, 2012


Bagaimana mengukur orang yang kaya ilmu? Adakah dari tahap pengajian atau gulungan ijazah yang diperoleh?
1.Mengikut Dr Abdullah Al Qarni,orang yang kaya ilmu adalah orang yang beramal dengan ilmu. 
2.Mereka juga  zuhud dengan dunia. 
3.Memanfaatkan diri untuk orang lain serta mencari makna dan erti kehidupan. .
4.Mencorakkan ilmu yang ada untuk kesejahteraan Ummah. 
5.Mendapatkan ilmu dan mengajarkan ilmu tersebut.

Monday, April 9, 2012

Peringatan Buat Diriku Yang Lalai: Sejauh Mana Keikhlasan Hati?

Apa sahaja yang diperbuat dalam lapangan kerja amal tujuan sebenar adalah meninggalkan legasi dan bukannya mencipta nama. Legasi terbaik telah diteladani oleh Nabi Zulkarnain yang mana beliau melibatkan masyarakat untuk membantunya dalam membangunkan tembok penghalang Yakjuj dan Makjuj. Oleh itu sejauh mana AMM sebagai bakal meneraju dan mencipta kecemerlangan untuk semua bekas pelajar Maahad Muhammadi, bekas guru-guru serta yang berkepentingan seperti pelajar, sekolah, komuniti dan lain-lain. Meninggalkan legasi bukan bermakna mencipta nama untuk dilihat glamour, hebat serta berpengaruh. Itu semua tidak ada dalam kamus Islam. Malah Rasulullah sering mengingatkan agar berbuat sesuatu dengan ikhlas dan memberikan manfaat kepada insan lain yang memerlukan. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Sesungguhnya manusia pertama kali disoal pada hari kiamat ialah seseorang yang mati syahid, lalu diperlihatkan kepada kenikmatan sehingga dia mengetahui denga jelas. Lantas Allah bertanya: Apakah yang telah kamu lakukan di dunia wahai hambaku? Dia menjawab: “Saya berjuang dan berperang sehingga saya mati syahid demi Engkau, ya Allah.’ Lalu Allah berfirman, maksudnya: ‘Kamu berdusta, kamu berperang bukan untuk-Ku, tetapi agar kamu digelar sebagai berani. Kini kamu digelar orang yang berani. Kini kamu menyandang gelaran tersebut.” Kemudian, diperintahkan kepadanya supaya dicampakkan dan dilemparkan ke dalam neraka. Selepas itu, didatangkan pula seseorang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya, lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan sehingga mengetahui dengan jelas. Allah bertanya:’Apa yang telah kamu lakukan?. Dia menjawab: “saya telah mempelajari sesuatu ilmu dan mengajarkannya. Saya juga membaca al-Quran demi Engkau. Allah berfirman, maksudnya: “Kamu berdusta. Kamu belajar sesuatu ilmu dan mengajarkannya, serta membaca al-Quran agar digelar sebagai orang yang mahir membaca, dan kini kamu telah dikatakan seperti itu’. “Kemudian diperintahkan kepadanya supaya dicampakkan dan dilemaprkan ke dalam neraka. Selepas itu, datang pula seseorang yang diberi keluasan rezeki oleh Allah dan dia menginfakkan semua hartanya. Lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan sehingga mengetahuinya dengan jelas. Allah bertanya: “ Apa yang telah kamu lakukan dengannya?’ Dia menjawab: Saya tidak meninggalkannya sedikitpun melainkan saya menginfakkan harta benda tersebut di jalan yang Engkau redai.’ “ Allah berfirman, maksudnya:’Kamu berdusta.Kamu melakukan hal itu supaya kamu dikatakan seorang yang dermawan, dan kini kamu telah digelar sedemikian.’ Kemudian diperintahkan kepadanya supaya dicampakkan dan dilemaprkan ke dalam neraka.”
 Berlandaskan hadith diatas, kita perlu muhasabah kembali segala amal ibadat yang kita lakukan. Kita perlu memperbetulkan niat kita berpaksikan keikhlasan kepada Allah semata-mata dan bukan untuk ia disebut-sebut manusia, dujulang dimata masyarakat. Kita sentiasa diperingatkan bahawa sesiapa yang hanya mencari kebahagiaan didunia, maka segala yang dicitakan itu kenikmatan itu akan hilang kerana kebahagiaan sebegitu hanya bersifat sementara. Keadaan ini jelas dinyatakan Allah dengan Firman-Nya yang bermaksud: “Kesenangan di dunia ini hanya sementara dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa dan Kami tidak akan anianya sedikit pun ”(Surah an Nisa- 77)
    
Wallahuaalam.

Saturday, April 7, 2012

Keikhlasan Satu Persahabatan


hati adakala tercari cari ,
mana keikhlasan sebuah persahabatan,
makin banyak kemaafan diberi,
semakin ratah pula hati dan perasaan ini diragut,
garis luka itu kian dalam

rapuhnya satu perhubungan
terbinanya ia penuh kesangsian
hanya terjalin  kerana agenda kepentingan
sukarnya menilai mu sahabat,
ada masa engkau berpura dalam senda
ada ketika emgkau menangis dalam ketawa


tercari aku persahabatan tulus
umpama kasihnya Abu Bakar pada Muhammad
ibarat sayangnya Umar kepada Muhammad
rindunya Bilal pada Muhammad

pasrah aku
kerana hati telah lama kaku
perasaan sudah lama membeku
biarlah ia berlalu
keberi maaf atas segala
moga Dia bakal menyaksi antara engkau dan aku
sungguh persahabatan ini bagi ku
dari Dia dan kerana Dia..



Nukilan Ummu ieman ihsan

Impression Management

Though we often talk about self as one whole identity, we display multiple selves. We choose to present ourselves depending on a situation. According to the psychologist, William James, a man generally shows a different side of himself to different groups he meets. For e.. He would show one side of himself to his friends while showing another side of him to his kids. He keeps his self- presentation changing depending on what others expect from him. Schlenker defined impression management as,‘ the conscious or unconscious attempt to control images that are projected in real or imaginary social interactions. When these images deal with some aspect of self, we call it self-presentation.
There are various theories of self-presentation. The theory called Symbolic Interactionism, by C.H.Cooley and G.H.Mead, stressed that participants in social interactions try to take the role of the other and see themselves as others see them. Another theory, called presentation of the self in everyday life, by Erving Goffman says that the social interaction is a theatrical performance. Every person chooses a face as a background for social interaction. Yet another theory called Situated Identities proposes that for each social setting there is a pattern of social behavior that conveys an identity particularly appropriate for that setting. All these theories agree that we present ourselves depending on the situation and other’s perception about us.
Sometimes we want to look good and sometimes we just want to maintain necessary performance so that we do not look bad. Jones and Pittman (1982) identified five tactics of self-presentation that the person may adapt. They are:
1)Ingratiation: This is a class of strategic behaviors illicitly designed to influence a particular other person concerning the attractiveness of one's personal qualities. The goal of ingratiator is being likeable. This involves complimenting another person or indulging in flattery with certain amount of credibility and honesty. It also involves conforming, another person’s view point. It has been observed that we like people who think or act like us. Thus presenting ourselves in the same way can generate favorable response from others.

2)Intimidation: In this strategy the person arouses fear among others to get the work done. He does not care about being likeable, all he wants is to control others and exercise his powers.
3)Self- promotion: This is a kind of advertising. The self-promoter wants to be seen as competent in certain areas. He may acknowledge minor flaws in his skills while emphasizing stronger points of his personality. However, if his claims do not match his abilities, then he may create a very bad impression.
4)Exemplification: In this strategy, the person tries to elicit the impression of moral worthiness and integrity while creating a feeling of guilt among others. When a person says,” I will finish this work even if I fall sick but you go and enjoy.” he is using this strategy.
5)Supplication: In this strategy the person advertises his weaknesses in order to get sympathy. The person portrays himself as helpless to get the help from others.
Although, a person may use all the five tactics on different occasions, some people specialize in one or two tactics. Sometimes they use more than one strategy to influence others. Self-presentation tactics seem to be a matter of selecting certain characteristics and omitting others rather than a deliberate deception. Some people may stick to one tactic for so long that it may become a consistent aspect of their personality. Impression-management is neither good nor bad, it is an integral part of our social interaction and everyone gets involved in it everyday.
 

Thursday, April 5, 2012

Antara Minat dan Tanggungjawab

Photo: Dock stretching out into a lake
Salam Jumaat,

Moga hari ini memberi kita rahmat dan barakah dari Allah Subhanahuwataala. Dalam ruang waktu ayng terbatas ini saya ingin mengambil peluang membicarakan tentang minat dan tanggungjwab. Saya terpanggil untuk berkongsi perkara ini kerana saya satu waktu dulu pernah rasa terhimpit dalam keadaan ini, oleh itu bila ada rakan-rakan seperti tenggelam punca dalam memilih antara minat dan tanggungjawab maka saya ingin berkongsi sedikit sebanyak perjalanan yang saya lalui sepanjang kehidupan .

Berkata tentang minat sudah pasti kita akan sentiasa seoronk melakukannya. Minat memberi kita perasaan gembira dan seronok untuk melakukannya. Biar susah atau terpaksa berkorban namun kita boleh dan mampu melakukannya. Biarpun hasil minat itu mungkin tidak sehebat mana dari segi ganjaran namun kita akan merasa puas.

Membincangkan pula tentang tanggungjawab, adakala kita tidak mahu dan tidak berminat melakukannya, tetapi dek kerana terpanggil dengan kepeluan dan desakan maka kita melakukannya juga walau dalam keadaan terpaksa.
Photo: Flowers
Antara minat dan tanggungjawab jika boleh saya contohkan diri saya sendiri, minat saya lebih kepada mengajar, menulis namun jika saya bersandarkan kepada minat ini sahaja maka sudah pasti saya tidak akan meraih apa yang telah saya peroleh hari ini. Oleh itu saya terpaksa mengambil satu tanggungjawab iaitu melakukan apa yang saya tidak suka, apa dia? Saya menerjunkan diri saya dalam perniagaan. Memang tidak suka dan tiada kemahiran, tetpai saya belajar. Banyak pengorbanan yang saya lakukan. Akhirnya saya berjaya. Banyak perkara yangi ngin saya capai dalam kehidupan Alhamdulillah Allah memberi laluan itu melaluinya.

Setelah melalui satu perjalanan menyelsaikan misi tanggungjawab itu maka sekarang ini saya boleh melakukan apa yang saya minat. Walaupun minat yang saya lakukan ini tidak menjanjikan imbuhan yang besar dibanding bergiat aktif dalam perniagaan, namun hati saya cukup puas. Bahas mudah yang boleh saya gambarkan adalah seperti teori Maslow. tahap yang dikatakan satisfaction atau "self actualisation". Mungkjin ada banyak perkara lagi yang belum selesai dalam banyka misi saya tetapi setidaknya minat yang dulu terpaksa saya korbankan demi menyesaikan misi dan tanggungjawab yang utama dalam kehiduap telah selesai.
Photo: Purple flowers
Oleh itu bagi anda yang terhimpit antara minat dan tanggungjawab, berilah dulu prioriti kepada tanggungjawab yang utama, korbankan minat itu seketika untuk merealisasikan apa yang penting dan perlu didahulukan. Itu sering terkandung dalam mesej saya sebelum ini " BUAT APA YANG KITA TIDAK SUKA UNTUK DAPAT APA YANG KITA SUKA". Walaubagaimanapun dalam perjalanan kita menyahut misi dan cbaran kehidupan pastikan..INGAT PESANAN INI " JAGALAH ALLAH NESCAYA ALLAH MENJAGAMU"

Wednesday, April 4, 2012

FORGIVE AND FORGET



Sekadar berkongsi rasa... ada satu-satu keadaan kita amat tersentuh dengan rakan-rakan dan juga orang sekeliling kita.. saat itu kita terluka.. namun jika kita boleh mempositifkan minda dan perasaan, ia akan cepar berlalu dan kitaj uga tidak menaruh dendam. Perasaan dan emosi juga akan terasa lapang... teringat juga kata-kata Prof Muhaya setiap kali saya bertemu beliau... ayat yang selalu dikatakan.. "jika rasa nak marah ingat mati".



Saya amat bersetuju, dalam apa keadaan pun... jika kita ingat semua ni sementara memang kita akan mudah memberi maaf... dari dulu saya suka menggunakan dua perkataan ini yang sering diungkap oleh suami saya saat diri dihimpit luka dek perbuatan orang sekeliling...iaitu :

'FORGIVE AND FORGET'

The Meaning of SLEEP

Photo: A cloud floats above the peak of Mount Everest.
'SLEEP'

S-Say thanks to Allah
 photo: Bachelor's Button flower wildflowers.
L-Lying on the bedPhoto: A field along the east coast of Scotland
E-Eyes closed slowly

photo: purple Tulips at Keukenhof Garden The Netherlands during spring


E-End of the dayPhoto: Clouds surround a mountain on a path to Everest Base Camp.

P-Plan for the next day
photo: Cherry blossom spring blue sky

Monday, April 2, 2012

Tanggunggjawab Sebagai Pemimpin

photo: a snail crawling on yellow flowers
Semalam sewaktu pulang dari pejabat ieman menelefon mengatakan rseult peperiksaan sudah boleh dilihat melalui internet. Selain itu dia memaklumkan telah dipilih untuk meneraju badan pengawas sekolah sessi petang. Dari dalam telefon saya boleh merasakan yang ieman seperti ada rasa bimbang. Lalu saya bertanya ' ieman tak seronok ke di lantik menjadi ketua pengawas?". Pertanyaan saya lebih kepada ingin mengetahui isi hatinya. Ieman menjawab ; ieman suka dipilih,tapi ieman takut...tanggungjawab tu berat la ummi... ". Mendengar jawapan ieman itu saya terasa bahawa beliau sudah menemukan satu kematangan dalam diri. Sekurang-kurangnya dia faham jawatan itu bukan satu perkara yang dilihat jalan pintas unutk menjadi terkenal,galmour dll.Seorang anak yang masih belum dewasa sudah tahu akan besarnya peranan menjadi ketua. Apalagi bagi kita sebagai orang dewasa sudah pasti perlu lebih tahu dan kenal apa ertinya menjadi pemimpin. 

Namun kita lihat scenario dalam masyarakat kita hari ini semua orang seronok untuk menjadi pemimpin bukan kerana ingin memenuhi agenda untuk meartabatkan ummah tetapi egenda yang paling utama adalah unutk mengisi kocek sendiri. Tidak kurangnya juga pemimpin yang menjaga kroni masing-masing. ini terjadi bukan hanya dalam politik, namun ada juga dalam organisasi. Ada segelintir yang tidak amanah, dan tidak adil dalam mengendalikan tanggungjawab maka akan adanya sikap pilih bulu, favortisme, bodek membodek. Semua ini realtinya tidak sihat dalam apa jua peringkat dalam organisasi yang amat memerlukan deorang pemimpin yang adil serta bertanggungjawab memimpin ahli ke arah     kebaikan. 

photo: Pink striped tulips raindrops dew

Pengalaman saya sendiri apabila adanya sikap yang tidak baik diamalkan maka akan pincang dan rosak keselurh warga orgnaisasi. Biairpun ia hanya satu badan yang kecil, apalagi jika satu badan politik yang ingin memimpin sebauh negara. Oleh itu bagi yang bergelar ketua, pemimpin, majikan perlu ada rasa bahawa Allah memerhatikan kita, Allah mengetahui segala tindak tanduk kita, jadi biarpun orang laib tidak tahu apa yang kital akukan maka jangan rasa diri selamat jika kita tidak amanah kerana Allah menyimpan balasan untuk kita dikemudian hari.

Oleh itu, dipilih unutk menjadi pemimpin tidak semudah merealisasikan segala tanggungjawab yang diamanahkan. Namun ia akan menjadi mudah sekiranya kita menjadikanm Al Quran dan Sunnnah sebagai pegangan. Diri perlu waspada saat dijulang dan diangkat menjadi pemimpin kerana ada persoalan yang akan ditanyakan nanti... adakah kita mengambil tanggungjwab untuk menjadi PEMIMPIN YANG ADIL DAN AMANAH? Tepuk dada tanyalah  iman!   

Merenung Langit Biru

Pagi dingin memuntahkan hujan
deru angin menambah kesejukan
mentari suram menyelit dicelah dahan
menyambut hari baru yang tiba
apakah berita yang bakal diterima hari ini
bagaimana lakaran pengakhiran
menjadi suratan satu perjalanan hari
gerimis berhenti suria memancarkan sinar
lalu ku merenung langit biru
menghisab diri, menguatkan mujahad
dengan selaut doa
moga semua itu akan termakbul
berkahirnya hariku dengan seribu manfaat

Meraih Keberkatan Dari Rezeki yang Halal



Tidak mudah mendapat apa yang kita suka dan dalam masa yang sama ingin berbuat apa yang kita suka. Perumpamaan menyebut 'we gain something we lost something' . Tidak ada perkara yang mudah datang kepada kita, kerana jika begitu mudah ia datang maka begitu mudah ia pergi.

Samalah juga dengan rezeki, sesuatu yang diperoleh dengan cara haram walaupun mudah tetapi ia cepat habis dan dubelanjakan dengan sewenang-wenangnya. Bagi yang mudah tergoda dengan limpahan rezeki yang berganda, namun jelas disisinya syubhah maka insaflah diri, biarpun kita senang dan bahagia di dunia, ditakuti kita sengsara diakhirta nanti.

Oleh itu, bersyukur denga apa yang kita miliki, berusahalah dengan seikhlas hati moga yang diperoleh diberi barakah oleh Allah. bersabar biarpun dalam kepayahan kerana pasti ada kemanisan selepasnya.


Sunday, April 1, 2012

Motivasi Pelajar Kelas Corot


Program hari ke-dua untuk Jubli Intan Maahad Muhammadi bagi para pelajar adalah Program Motivasi Pelajar. Jika hari sebelumnya adalah program kepimpinan maka rata-rata pelajar yang terlibat adalah pelajar yang pandai, memegang teraju persatuan serta menjadi pengawas sekolah. rata-rata mereka ini adalah pelajar yang mempunyai  bakat serta kecenderungan yang t5inggi untuk ke depan dan berada dalam barisan pelapis generasi akan datang. Maka program itu berjalan lancar dan amat berjaya. Saya jugam erasa bersemangat menutup majlis tersebut kerana melihat hebatnya adikadik MM yang bakal mengganti kepimpinan ummah pada masa akan datang. 

Namun dihari ke-dua perjalanan program adalah lebih mencabar, ini kerana saya memilih untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang berada di kelas corot. Tujuan saya tidak lain untuk mereka mengenal diri dan lebih tahu hala tuju. Maka sudah pasti ada banyak cabaran yang timbuil bermula dari kedatangan yang kurang dari jangkaan, masalah pelajar yang tidak berminat untuk hadir dan duduk di dalam dewan, tidak mahu participate dan pelbagai lagi hal yang mana memerlukan kerativiti untuk mengendalikan.


Selaku penceramah yang pertama sudah pasti saya perlu memenangi hati mereka untuk mersa seronok dan merelakan diri bersama-sama berkongsi hakikat kenapa kami para senori mereka menyediakabn program sebegini untuk mereka. Bukan mudah mengendalikan mereka yang ramai dan rata-ratanya ada kerenah tersendiri. Tetapi satu jam bersama mereka menjadikan mereak begitu denkat dengan saya saat mereka berinteraksi.  Saya tidak mahu berceramah dan berleter bahkan saya memilih untuk berinteraksi apa maslalah mereka hingga pelajaran mereka merosot. Ini kerana pelajar-pelajar ini adalah palajar yang merupakan 6A dalam UPSR, boleh membaca AlQuran pandai menulis dan sebagainya. Dengan tajuk KENALI DIRI GILAP POTENSI BINA IDENTITI saya memulakan program motivasi tersebut. Apa yang dikongsi adalah lebih kepada hubungan dua-hala antara saya dan pelajar. Dari pengalaman bersama mereka ia menambah satu lagi pengalaman kepada saya betapa pelajar kelas corot ini mempunyai potensi cuma mereka perlu lebih lagi digilap dan lebih penting lagi mereka perlu lebih didekati dan ditunjukajar supaya tahu kemana haluan selepas ini.