Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Wednesday, December 31, 2014

Kelantan Menangis siri 1


Bismillah,

Saat berita banjir diterima saya berada di bumi Mekah. Hati begitu gusar dan hiba melihat keluarga, rakan-rakan serta warga Kelantan bertemput dan bergelut dengan ujian banjir. ia bukan pertama kali banjir dihadapi oleh warga kelantan namun banjir kali ini agak hebat ibarat tsunami. Setiapkali di masjidil haram tiada kata yang mampu didoakan hanya mengharap Allah membantu dan mengamuni8 segala dosa kami.

Membaca update dari rakan-rakan membuat hati sentiasa bimbang. Paling kronik hari 25-26hb di mana rakan-rakan kebanyakan rumah mereka tenggelam bahkan ada juga penduduk yang hanyut rumah dan isinya dan yang tinggalhanya batu tangga. Kesedihan yang ditanggung ini sudah pasti lebih dirasai oleh mereka yang menimpa musibah ini, kita yang melihat hanya mampu berdoa mengharapkan mereka tabah.

27hb saya terlantar di pembaringan dek kepenatan atau salah makan, namun diri tetap gagah menguruskan bantuan untuk mangsa banjir. Tiada apa yang mampu melainkan memberi apa yang ada dan sedikit kudrat. Ia amat kecil dibanding mereka yang mampu turun padang membantu dengan tenaga dan duit ringgit. Kawan-kawan yang musnah harta benda mereka ternyata kuat semangat. Mereka redha dan sabar. Sahabat saya isteri kepada Dr Ustaz Basit berkata "nuku-buku yang penuh satu almari tidak dapat dibanyangkan apabila tenggelam semuanya". Terasa tercekik halkum mendengar kata-kata itu, tapi apakan daya, Dia Maha berkuasa memberi dan mengambil. Pada Dia kita semua kembali.

Wallahuaalam

Pahala sedekah: Memberi kala tiada lebih bermakna


Bismillah,

Alhamdulillah segala ujian yang menimpa mangsa banjir di Pantai Timur khususnya Kelantan mendapat perhatian dari ramai warga Malaysia. Mereka ini menghulur apa sahaja yang ada baik duit ringgit, kudrat dan tenaga serta doa yang berterusan. Galakan bersedekah untuk mangsa banjir dialukan oleh semua NGO dan badan berkaitan. Sesungguhnya amalan bersedakah ini amat besar pahalanya dan ia lebih besar ganjarannya di saat orang tersebut juga tiada namun masih mahu memberi. Inilah yang dilakukan olehg para sahabat iaitu mengutamakan orang lain dari diri sendiri.

Hebatnya orang yang sanggup mendahului oranfg lain dalam apa jua kerana dia meletakkan kepentingan diri dan keperluanya hanya pada Allah. Mereka ini percaya ganjaran dari Allah itu lebih besar maknanya. Jika dihitung amal yang ada maka sedekah dan amal jariah akan menjadi pemberat kepada mizan di hari akhirat nanti. Moga sedekah dan amal yangi ikhlas mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah.

Wallhuaalam
#banjir2014

Selamat Tahun Baru 2015


Bismillah,

Alhamdulillah Allah masih memberi nyawa untuk bernafas dan roh untuk mengerakkan seluruh diri yang bergelar insan. 2015 ditempuhi jua dengan meninggalkan seribu kenangan dan pengalaman 2014. Ada duka ada suka. Semuanya banyak hikmah bagi diri yang mahu belajar dan mengambil ibrah.


Saturday, December 13, 2014

Belajar dari pengalaman


Bismillah,

Kehidupan pastinya perjalanan yang kita tidak dapat jangkakan apa yang ada dihadapan kita. Apa yang mampu kita lakukan adalah dengan merancang berbekalkan perancangan dan juga strategi yang disusun. Dalam masa sama ilmu dan juga pengalaman pastinya bakal membantu kita menjalani hidup yang lebih bermakna. Percubaan demi percubaan yang kita lakukan demi memastikan apa sahaja yang diperbuat menjamin hasil yang manfaat serta memberi kejayaan bergantung kepada usaha gigih dan doa yang berterusan kepada Yang Maha Pencipta. 

Thursday, December 4, 2014

Peranan guru memandaikan bangsa


Bismillah

Saya kongsikan kisah Ayub dan guru yang gigih dan ikhlas memandaikan bangsa

http://tengoktvonline.blogspot.com/2014/11/kisah-sayu-keputusan-upsr-adik-ayub.html

Memilih pasangan hidup



Bismillah.

Jumaat yang barakah. Hari ini saya terpanggil untuk menulis tentang pemilihan jodoh atau pasangan. Ssedang berlangsung di TV Hijrah adalah segmen Yalla Shabab yang mengupas isu pemilihan jodoh dikalangan remaja hari ini. Maka ada banyak pendapat yang diutarakan. Ada yang berpendapat sekufu yakni taraf sosial antara pasangan penting, ada juga yang memilih paras rupa ada yang berkata agama itu penting.

Jodoh ternyata amat kompleks untuk diperkata. Bila jatuh cinta ia menjadikan mata dan hati buta melihat apa yang sewajarnya kita pentingkan dalam memilih calon pasangan. Teori yang terbaik jika tidak dipraktikkan pastinya akan membawa musibah pada kehidupan akan datang terutama bila material diletakkan sebagai kriteria utama.

Maka bila memilih jodoh perlu diperincikan apakah ia. Jika meletakkan pemilihan pada agama maka apakah ia? Ternyata solat sebagai tiang agama perlu ditekankan pada individu. Memilih pasangan lihat kepada solatnya. Ia bukan lakonan semata. Solat yang ikhlas dan sempurna akan mendidik individu menjaga akhlak dan pekertinya. Individu yang menjaga solat akan dapat menjaga dirinya mengawal hawa nafsu. Ada yang berkata bersolat tetapi perangai tetap buruk. Maka itu petanda ia solat yang tidak diterima. Meletakkan agama di tempat tertinggi pasti dapat memastikan rumahtangga aman bahagia. Selebihnya carilah ilmu yang boleh menjadi guideline dalam membina rumahtangga yang bahagia. Ilmu akan menyuluh dan memberi cahaya kepada hidup yang suram.

Wallahuaalam

Wednesday, November 19, 2014

Menjaga hak orang lain


Bismillah,

Hidup adalah pentas ujian. ramai dikalangan kita mahukan orang lain berterima kasih bila memberi. Ramai yang lebih banyak merungut apa yang tidak dia miliki dibanding mensyukuri apa yang sudah dimiliki. Ada juga yang lebih banyak mempertikai kekurangan dari kelebihan yang ada. Setiap kali ada kekuranga yang diperoleh maka dia akan sedaya upaya mengungkit dan mencari-cari silap.

Jika kita perhatikan cara hidup kita jauh berbeza dengan para sahabat Rasulullah. Mereka lebih banyak berfikir untuk orang lain dibanding diri sendiri. Bagaimana kisah seorang yang membeli kebun namun didapati ada emas didalamnya. Lalu dipanggil pemilik yang sebelumnya. Maka dikatakan padanya oleh si pembeli "ambillah emas ini kerana saya hanya membeli kebun". lalu jawab si pemilik "saya hanya menjual kebun dan bukan emas". Masing-masing tidak mahukan emas tersebut. Lalu kes tersebut dibawa kepada yang arif. Oleh kerana sipemilik kebun mempunyai anak lelaki dan si penjual mempunyai anak perempuan maka dijodohkan keduanya dan diberikan emas tersebut kepadanya. Inilah kisah yang menunjukkan bagaimana sahabat meraikan hak sahabat yang lain.

Maka di dalam hidup kita jagalah hak orang lain. Utamakan hak mereka lebih dari hak diri sendiri. Bagi hak sendiri janganlah merasa risau kerana serah kepada Allah merupakan jalan terbaik. Mencari redha Allah pastinya ganjaran yang besar bakal diperoleh. Maka jagalah hak insan maka Allah akan menjaga hak kita.

Wallahuaalam.

Tuesday, November 18, 2014

Didik hati dan jiwa



Hebat dimata insan, kerdil di hadapan Tuhan.
atau
Kerdil dimata insan, hebat di hadapan Tuhan.
Tepuk dada tanya iman!

Sunday, November 16, 2014

Kematian



Bismillah,

Hari yang penuh dengan suka duka. Menerima berita kematian yang tidak disangka. Benar janji Allah tua atau muda mati itu pasti. Terfikir bila pula giliran kita. Ya Allah sungguh diri ini leka dengan dunia. Bila berita kematian otu datang ia menginsafkan, namun ada ketika hati ini didatangi lagha. Sibuk dengan dunia.

Maka apa yang di bawa bila ruh dicabut dari jasad. Hanya bekalan amak yang tinggal. Harta dunia menjadi sia-sia. Tidak bermakna lagi bilamana zakat dan sedekah dan infaq tidak dipraktikkan. Diri sebenarnya maklum akan apa yang disuruh dan apa yang dilarang, namun hati masih cinta pada apa yang dilihat zahir pandangan walhal yang tidak tersirna dimata zahir itu lebih hakiki sifatnya.

Berita kematian ini, berkali datang kepada diri. Lalu ku panjat doa buat Rabbul Jalil. Ampuni kami, redhalah dengan kehidupan kami. Terimalah amal kami. Masukkan kami dalam golongan orang-orang soleh yang dijanjikan syurga.Ameen.

Wednesday, November 12, 2014

Mencari Diri


Bismillah,

Hari -hari yang dilalui  amat sibuk. Adakala menyelinap rasa rindu menatap anak sekwatu pulang dari sekolah.  Sejak beberapa ketika ini kesibukan yang membawa kepada diri ini berfikir, apa yang dicari, apa matlamat yang mahu dicapai, betulkah niat ini, benarkah jalan itu. Sarat berfikir dikala cabaran demi cabaran dilalui. Lalu diri mengambil masa sejenak untuk melihat kembali peta perjalanan. Mahu ke mana, sekarang sudah sampai di mana? Apakah yang keciciran? Apakah yang kedapatan?

Bermonolong dengan Dia saat diri merasakan perlu hidayah dan taufiq. Mahukan jawapan dari kesamaran, Perlukan kekuatan saat hampir tumbang. Memilih dan mencari terbaik bukan mudah. Ia perlukan istikharah dan istisharah. Jalan mana yang diplih menentukan hasil pada masa akan datang.
Hidup ini ada saatnya perlu ditanyakan pada diri sendiri. Aku sibuk dengan apa? Sibuk aku mengumpul harta dunia atau sibuk mengumpul pahala? Sibuk diriku kerana Allah atau sibuk yang lagha.

Uzlah seketika mencari diri. Menanti saat lambaian Rumah Allah.
Ya Allah sampaikan aku padaNya

Ingatan buar diriku yang leka dan lupa!

Monday, November 3, 2014

Doa yang mustajab


Bismillah,

Alhamdulillah hari ini kita sudah sampai pada tarikh 10 Muharram. Hari yang disunatkan berpuasa bagi setiap mukmin. Bicara saya kali ini adalah tentang konsep doa. Pastinya kita seringkali berdoa dan sentiasa mengharapkan agar doa kita dimaqbulkan oleh Allah. Kita membilang detik waktu tiap kali berdoa bila Allah akan memberi apa yang diminta, menunaikan apa yang dihajati.

Sesungguhnya kita tanpa sedar mengharap-dan mengharap tapi doa kita tidak sepenuh hati. Kita kurang yakin bahawa doa kita itu akan dimaqbulkan atau tidak. Maka kita berdoa tapi doa kita seperti tiada roh. Kita berdoa sekadar berdoa tanpa kita hayati ungkapan doa tersebut. Doa itu hanya sekadar menjadi rutin. Namun doa itu tidak meresap dalam diri kita. Doa itu tidak lebih mendekatkan diri kita pada Rabb yang Maha Kuasa.

Doa akan menjadi sekadar doa bila kita tidak banyak mengharap kepada Allah dengan isthgfar. Doa yang terbaik  adalah ucapan zikir dan istighfar yang tidak putus-putus kepada Allah agar meredhai kehidupan kita. Doa yang terbaik adalah bukan semata apa yang kita inginkan tetapi doa yang paling baik adalah apa yang terbaik untuk kita di sisi Allah untuk dunia dan akhirat kita.Doa yang baik adalah dengan mendoakan perkara yang manfaat buat diri dan orang lain.
Wallahualam.




Saturday, October 25, 2014

Maal Hijrah 1436H


Bismillah,

Alhamdulillah, syukur pada Allah yang masih memberi diri ini untuk bernafas. Kepada pembaca budiman saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 1436 Hijrah. Semoga azam lama telah terlaksana dan misi seterusnya melaksanakan azam yang baru. Moga setiap dari kita mampu menggalas tugas sebagai dai dan menyahut cabaran hidup dengan penuh ketabahan.

Wednesday, October 22, 2014

Ummah dan isu semasa

Bsimillah,

Apabila terlalu banyak isu yang mahu dikupas ia menyebabkan langsung tidak dapat dibincangkan. Dalam sebulan ini ada pelbagai pekrara yang mencetuskan konflik di kalangan masyarakat Islam. Pesra arak, program 'touch dog' dan banyak lagi isu remeh yang satu persatu timbul.
 Apabila ini berlaku maka banyak isu yang lebih penting terpinggir. Perbincangan ilmiah pada persoalan pokok membawa kepada isu fekah yang sudah jelas dan tersuluh. Namun dek kerana ada segelintir yang jahil maka isu remeh menjadi besar. Hal yang boleh dielak menjadi isu yang boleh membawa kepada perpecahan di kalangan umat.

Apa peranan yang kita mainkan?
Sejauh mana kita menyumbang memberi kefahaman kepada umat yang dahagakan ilmu dan perlu kesedaran?

Tepuk dada tanya iman! Dekati ilmuan sejati bagi mendapat kepasti untuk segala yang kabur agar kita tidak terjebak dalam perkara yang kabur.

Wallahuaalam.

Saturday, September 20, 2014

Merancang kematian


Bismillah,

Ramai yang merancang kehidupan dunia tetapi gagal merancang kehidupan akhirat. walhal akhirat adalah kehidupan hakiki. Insan yang cerdik adalah yang senitasa mengingati mati. Mernacang kematian itu sudah pasti akan memberi kita satu peluang untuk menuju dunia abadi dengan tenang. Lalu bagaimana merancang kematian?

Rasulullah berpesan apabila matinya anak Adam maka 3 perkara yang ditinggalkan iaitu; anak yang soleh, sedekah jariah, dan ilmu yang manfaat.

Bagi merancang kematian maka 3 perkara ini perlu diambil kira. Mendidik anak soleh yang bakal mengurus kematian kita adalah satu kemestian. Bila kita meninggal biarlah anak-anak yang memandi dan menguruskan jenazah kita. Bila kita telah tiada anak-anak bakal menjadi penyambung amal kebajikan yang mendoakan kebaikan buat kita di alam barzah. Anak yang soleh akan mengursukan harta dan apa jua peninggalan dengan sebaik mungkin.

Perkara yang kedua adalah sedekah jariah. Sebaik-baik sedekah adalah sewaktu kita tiada. Jika kita dikurinakan kekayaan maka banyakkanlah sedekah dan derma kepada yang memerlukan. Ramai yang kaya raya tetapi tiada sikap dermawan. Alangkah rugi kerana apa yang kita miliki yang hakiki adahal apa yang kita beri. Itulah milik yang hakiki. Pemberian yang ikhlas besar pahalanya disisi Allah.

Terakhir bagi merancang kematian kita perlu menjadi insan yang berilmu dan memanfaatkan ilmu tersebut. Ilmu yang baik mampu memberi manfaat kepada orang lain. Ilmu yang dikongsi ibara menanam buah, hasilnya akan diperoleh oleh orang lain walau si penanam sudah tiada.

Merancang kematian juga pastinya perlu mengamalkan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Amal makruf nahi mungkar sepanjang hayat akan membawa kepada syurga nan abadi.

Wallahuaalam

Tuesday, September 9, 2014

Tips mengenal sahabat


Bismillah,
Tiga saranan Saidina Umar r.a untuk kita benar-benar mengenali hati budi sahabat dan saudara kita.

1) tinggal berjiran dengannya
2) bermusafir bersama
3) bermuamalah kewangan dengannya.

Anak-anak dan peperiksaan

Bismillah,

Esok hari penting buat Iman. Dia jarang sekali bercerita tentang peperiksaan. Hari ini demamnya sudah kebah, hanya batuk sahaja masih belum pulih. Beberapa hari lepas sewaktu deman panasnya memuncak saya dapat rasakan dia stress dengan peperiksaan. Lalu saya usap kepalanya sambil berkatakan padanya" berapa A Iman akan peroleh dalam UPSR nanti tidak penting sebab Iman akan masuk sekolah tahfiz"
Mata Iman bergenang kesedihan. Tidak tahu apa yang ada dalam fikirannya.
Malam tadi di meja makan Iman bersuara:
Ummi masuk SAMBEST boleh tak? 
Ummi : Boleh. Ada tahfiz tak? 
Iman: Ada, 
Ummi: Ok. Boleh je Iman mahu masuk sekolah tu, lepas ni kena study untuk exam sekolah agama pula.

Iman diam membisu.Dalam hati terfikir, rupanya dia risau sekolah mana dia akan masuk bila tingkatan satu nanti. Maklum Umminya asyik sebut sekolah tahfiz dan Iman tidak mahu berpisah dengan rakan-rakan sekelas. Anak-anak ada cita cita dan impian tersendiri yang adakala disimpan di sudut hati. 
Ingatlah wahai anak, dunia sekadar alat mencapai tujuan akhirat dan redha Allah. Kita sekadar merancang namun Allah adah sebaik-baik perancang.
Ya Allah berikan Iman Ihsan kejayaan dunia dan akhirat. 
Ameen.

Sunday, September 7, 2014

Di sini lahirnya sebuah cinta



Bismillah,

Lagu Warisan dendangan Allahyarham Sudirman menjadi tema hari kemerdekaan tahun ini. Liriknya amat menyentuh hati. Satu ketika saya pernah menjadikan lagu tema untuk satu program motivasi. Ternyata hadirin amat terpanggil dengan alunannya. Semalam anak saya di asrama menelefon bertanyakan bagaimana mahu menulis karangan dengan tajuk " Di sini lahrinya sebuah cinta"?. Maka ia pasti pelbagai jawapan yang boleh diberikan.

Sebagai anak bangsa yang sayangkan negaranya pasti ada sebab yang celas kenapa lahirnya cinta pada bumi bertuah ini? Sudah pasti ia kerana di sini tanah tumpah darah, ia tempat kelahiran, tempat dibesarkan dan disini kita merintis kehidupan.

Nun jauh di sudut hati persoalan ni banyak membangkitkan pada kisah silam. Kisah bagaimana kehidupan ini bermula dan bagaimana ia sekarang ini. Di sini lahirnya sebuah cinta banyak membawa pada kisah silam yang penuh dengan cabaran. Ia manis untuk dikenang kerana dari situ pengalaman dan kematangan dikutip. Ia menjadi universiti buat diri dalam menimba ilmu kehidupan. Ia tidak mampu dituliskan namun ia tersimpul kukuh bersama kecintaan, bersemadi nun di lubuk perasaan bahawa kecintaan kepada tanah air ini tiada galang ganti. Menjadi tempat bersemai kasih mana mungkin ia terhakis dari ingatan.

Sungguh benar... di sini lahirnya sebuah cinta.
Abadi
Sejati

Wallahuaalam

Saturday, September 6, 2014

Tips kehidupan dari Ustaz Zahazan


Sharing drp Ust Dr Zahazan Mohamed. Hayati maksud nya.
1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.
2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.
3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.
4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.
5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.
6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!
7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.
8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "
9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.
10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.
Jika anda benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh menerangi hari seseorang.

Pengalaman membuka tadika


Bismillah,

Hari ini saya dari pagi merasa teruja untuk berunding dengan seorang pemilik premis kedai untuk tujuan tadika ABS Al Ihsan yang akan dibuka. Apabila tiba di depan premis saya rupanya ada seorang lagi yang juga berminat mahu menyewa kedai tersebut. Saya berpeluang melihat di sebelah dalam kedai. Ia memang menarik namun sebelum ini kedai tersebut merupakan pusat snoker. Tapi ia tidak lama kerana premis itu dibasmikan oleh pihak berkuasa tempatan kerana tiada lesen.

Bila berunding harga sewa, pemilik itu seperti tidak mahu menurunkan harga. Namun saya terpaksa akur. Bila keluar dari premis, tiba-tiba seorang lagi mahu menyewakan kedai tersebut menawarkan saya kedai rakannnya yang juga berhanpiran dengan jalan bahkan sewanya juga lebih rendah. saya terus bersetuju. Seronok melihat kawasannya yang lapang bahkan ada pula ruang padang di laman belakang. Saya menjadi bertambah teruja. Ya Allah mudahkan laluan ini.

Apa yang paling seronok saya dipanggil cikgu. Dah lama tak dengar panggilan itu. Saya sudah hampir 10 tahun meninggalkan dunia persekolahan. 2003 meninggalkan SMKSU untuk menyamnung PHD dan tidak lagi bersama Kementerian Pelajaran. Namun kini saya kembali ke dunia pendidikan tetapi dalam ruang lingkup yang berbeza. Ia sungguh dekat di hati. Segala yang ada merupakan pernacangan Allah kerana Dia sebaik-baik Perancang.
Wallahuaalam.



Friday, August 22, 2014

Tips menjaga hati dan tinggi budi pekerti



Bismillah,

Jaga hati jaga pekerti .

Jaga hati berkait rapat dengan dalaman diri. Ia perlu diserap dengan sifat mahmudah seperti ikhlas, sabar, dan dijauhkan sifat mazmumah seperti riak, ujud, sombong dan sebagainya. Menjaga hati ini bukan mudah, ia menuntut keikhlasan yang tinggi. Hati sifatnya tersembunyi kerana hanya Allah yang mengetahui apa yang tersirat disebaliknya. Pun begitu apa yang tersembunyi dihati akan terpancar pada perbuatan walau ia cuba disorok dari pandangan zahir. Hati yang bersih akan bebas dari perasaan iri dan dengki. Menjaga hati tidak susah bila kita ingat pada yang Esa, kenal akan Dia tahu siapa diri kita. Insan yang bersiha hatinya tidak menjadikan manusia sebagai tempat mengadu kerana hanya Allah tempat mengharap. Bagi memastikan hati sentiasa terjaga dari sifat yang tidak baik maka amalan zikirullah perlu sentiasa diamalkan. Bersolat malam akan mendekatkan diri pada Allah sekaligus hati yang kotor dapat dibersihkan.

Menjaga pekerti diri bermula dari hati, bila hati bersih maka akhlak akan terjaga. Ada ramai yang buruk sifatnya maka begitulah hatinya. Budi pekerti adalah cermin diri seseorang. Maka menjaga pekerti adalah satu kewajipan. Budi pekerti yang baik akan menjadikan pemiliknya secantik bidadari dimata zahir. Pekerti yang mulia akan sentiasa menjadi ingatan. Menjaga pekerti akan mudah bila individu tahu akan tanggungjawab kepada diri sendiri, kepada masyarakat dan ummah. Mereka juga sedara bahawa hak Allah dan rasul perlu dijaga. Sekaligus bila ini dipenuhi ia membentuk insan menjadi individu yang berakhlak mulia dan berbudi perkerti tinggi.

Wallahuaalam.

Warkah Ustaz Saifuddin Yusof kepada anak mangsa MH17 Mhriz Marzaidi

MH17 l Saya tidak sengaja menatap gambar ini. Membaca captionnya terus menitiskan air mata. Anak ini kehilangan ibunda tercinta. Saya tidak mengenalinya. Kepada sesiapa yang mengenali anak ini, mohon sampaikan pesanan saya ini.

"Sewaktu pakcik seusia adik atau mungkin lebih kecil. Pakcik telah kehilangan ibu seperti adik juga. Andai adik membaca pesanan ini, ini adalah perkara yang adik akan hadapi dan perkara yang boleh dilakukan.

1. Adik terpaksa menguruskan diri sendiri. Mengurus pakaian, bangun pagi sendiri, menyusun urusan sendiri. Tiada lagi orang yang sudi menggaru belakang adik kecuali ayahanda yang masih ada.

2. Adik mesti berhati-hati dalam tuturkata supaya tidak dibenci orang. Fikir dahulu sebelum berkata-kata. Sebaiknya, diam sahaja dan jawab apabila ditanya.

3. Mesti selalu membantu orang lain dan kawan-kawan tanpa mengharapkan balasan. Dengan membantu orang lain, hati kita akan puas dan gembira.

4. Banyakkan membaca buku. Buku adalah teman paling setia, Buku tidak pernah meninggalkan kita. Buku akan sentiasa bersedia menghiburkan hati adik di kala kesedihan.

5. Apabila teringatkan ibu, terus berdoa. Mohon keampunan untuknya. Insya Allah, adik akan bertemu dengan ibu di syurga.

6. Solat 5 waktu mesti jaga walaupun tidak disuruh. Solat akan menjauhkan adik dari perkara buruk.

7. Jauhi kawan-kawan yang jahat dan tidak baik. Kuatkan semangat walaupun kawan-kawan mengajak melakukan perkara yang tidak baik. Walaupun kawan tidak ada, adik masih ada buku sebagai peneman setia dan kawan soleh yang setia menanti.

8. Apabila teringatkan ibu, adik akan menangis. Menangislah, ia tidak salah. Selepas menangis, hati adik akan bertambah kuat, Jiwa adik akan bertambah kental.

9. Jangan sesekali 'menjawab mulut' dengan ayahanda atau orang yang lebih tua. Walaupun mereka ada kesilapan, diam itu lebih baik dan kita berbaik sangka. Masalah orang tua tidak sama dengan kita yang masih kecil.

10. Belajar bersungguh-sungguh hingga ke menara. Belajar tanpa henti dan terus berbakti. Tidak faham terus bertanya. Apabila bertanya, kita akan tahu sesuatu. Pakcik dulu pernah berkata di dalam kelas 5 Dahlia, "Cikgu, saya tidak faham semua."

Andai adik membaca semua pesanan pakcik di atas. Mungkin kita boleh berkawan.

Yang benar,

Pakcik Ahmad Saifuddin Yusof
Perindu Ibunda 26 tahun.


Dipetik dari Facebook Ahamd Saifuddin Yusof

MH17 dalam kenangan


Bismillah,

Hari in airmata menitis laju saat melihat gambar-gambar peristiwa pengebumian mangsa MH17. Hati lebih terasa sendu saat melihat anak kecil yang masih tidak faham erti kematian. Seorang anak mangsa yang berumur 10 tahun yang menangis di sisi keranda ibunya menambah lagi hiba. Terbaca surat dari Ustaz Saifuddin kepada tentang kehidupan menjadi yatim.

Saya agak terkesan dengan warkah itu lantaran menjadi yatim seusia beliau. Apa yang ditulis itu merupakan pengalaman diri sendiri, bezanya beliau kehilangan ibu dan saya kehilangan ayah. Kesedihan itu hanya yang mengalaminya yang tahu. Ibarat pepatah " berat mata memandang berat lagi bahu memikul". Perasaan menjadi yatim itu satu perkara, rindu yang tidak dapat dibendung kepada yang bergi satu perkara lagi. Maka ia menjadikan diri berhati kental, sedar diri perlu menjaga diri sendiri dan tidak boleh bergantung kepada orang lain. Maka bagi yang kenal diri saat menjadi yatim individu akan menjadi matang sebelum usia.

Bagi keluarga mangsa MH17 sudah pasti dukalara itu hanya Allah yang tahu. Masa tidak mampu diputar kembali, yang tinggal adalah memori bersama yang pergi bakal tersimpan kemas di sudut hati. Tabahlah diri kerana kehidupan perlu diteruskan, kita juga satu masa akan ke alam abadi. Moga pertemuan di Jannah yang abadi.

Wallahuaalam

Thursday, August 21, 2014

Misi memandaikan ummah


Bismillah,

Kehidupan adalah dengan memberi.memberi adalah merancang kehidupan sesudah mati. Tetapi bagaimana mahu memberi jika diri sendiri tiada apa-apa. Hari ini di sesi coaching BMC (Business Model Canvas) saya berkongsi dengan tiga orang surirumah yang menjalankan bisnes dari rumah. Dengan belajar bagaimana membesarkan bisnes yang ada maka sudahpasti hasil akan meningkat. Mungkin kita sudah cukup apa yang ada, dengan ada lebihan duit hasil jualan maka kita mampu berkongsi dengan orang yang tiada kemampuaan.

Ramai yang merasakan untuk menderma perl ada duit, sebenarnya pemberian bukan semata duitringgit tetapi ia juga dalam bentuk ilmu. Berkongsi ilmu itu satu cara kita memberi. Bila ilmu yang manfaat diaplikasikan maka ia ibarat kebun bagi si pemberi. Kebun pahala yang sentiasa menawarkan hasil bila si penerima mengamalkannya.

Wallahuaalam.

Wednesday, August 20, 2014

Puasa Sunat Syawal dan Puasa Ganti


Bismillah,

Alhamdulillah kita semua selamat menjalani Ramadhan yang mulia dengan jayanya. Moga Allah menerima segala amal. Syawal ini kita menjadi insan yang baru setelah menjalani tarbiyyah Ramadhan. Bagi memastikan kita istiqamah dalam beribadat sebagaimana bulan Ramadhan maka kita perlu memastikan mengiukt jadual amalan kita sendiri. Kita perlu mengatur jadual tersebut. Kebiasaannya jam biologi akan memberikan signal pada kita di mana bila jam 4 pagi kita akan tersedar dan terasa mahu ke bilik air. Ini secara semulajadi akan berlaku kerana semasa Ramadhan kita sudah terbiasa bangun seawal 4 pagi.

Jika begitu jangan pula kita menyambung aktiviti tidur, yang terbaik adalah meneruskan amalan sebelum ini seperti solat tahajud dan sebagainya. Selain itu kita perlu merebut peluang dan memastikan kita dapat berpuasa sunat Syawal atau puasa enam. Sungguh rugi bagi yang terlepas ibadat puasa enam. Memang banyak anjuran rumah terbuka dan hari raya, namun bersabarlah dengan habuan dunia kerana akhirat lebih besar ganjarannya.

Selain puasa enam, bagi wanita jangan bertangguh untuk puasa ganti di bulan Syawal. Tunaikan segera mungkin agar kita boleh membuat amalan puasa sunat Isnin/Khamis. pada peringkat awal mungkin kita rasa susah lalu sengaja melengahkan puasa ganti dengan alasan masa masih panjang. Jika kita fikir mati itu pasti dan tidak diketahui masanya maka sudah pasti kita tidak mahu melengah-lengahkan puasa ganti tersebut. Lebih baik jika mampu kita boleh puasa ganti serta berpuasa enam pada bulan Syawal. Itu yang terbaik. Moga Ramadhan yang dilalui selama sebulan mampu mentarbiyyah hati dan jiwa menjadi lebih baik dari sebelum ini.

Wallahuaalam.

Tuesday, August 12, 2014

Apabila Jodoh Menyapa: Pinang sahabat untuk suami


Bismillah,

Isu poligami menjadi isu nombor satu bila para suami berbicara, biar entah bila mahu merealisasikan tapi ia adakala menjadi keseronakan luar biasa bagi mereka. Namun lain pula pada si isteri bila berbicara soal bermadu, ia seperti cuka dibibir mereka, rasa masam dan pahit di hati boleh dirasa. Maka perlukah kita menolak poligami bilamana Rasulullah dan sahabat telah menunjukkan contoh terbaik.

Punahnya institusi rumahtangga dek poligami kerana suami yang mengamalkan poligami tidak faham kenapa mereka berpoligami. Bahkan ada antara mereka lebih mementingkan nafsu dari tujuan sebenar berkahwin. Disitu ada tanggungjwab yang perlu dilaksana, mereka pemimpin rumahtangga. Isteri perlu ditarbiyyah, anak-anak perlu terbela.

Bagi isteri yang sanggup meminang isteri baru untuk suami mereka pasti ada sebab tersendiri. Daripada suami ada kekasih gelap serta mencari isteri yang tidak sesuai maka lebih baik isteri yang buat pilihan. Pilihan itu sudah pasti yang terbaik buat mereka. Ia bukan satu keputusan mudah namun mereka patinya sudah membuat timbangan yang wajar. Suami mereka pastinya mampu dari segi zahir dan batin.

Teringat saya pada seorang usahawan hebat yang meminang sepupunya sendiri menjadi isteri nombor 2 suaminya. Sepupu itu lebih muda dari anaknya sendiri. Menceritakan kisah itu sungguh sebak saya mendengarnya. Walau tabah dan pasrah seorang wanita airmata gugur jua. Namun itulah takdir bagi yang bermadu. Hati akan lebih dekat dengan Allah saat menyedari suami hanya miikNya. Tidak mudah bagai dikata tetapi saya kagum kerana beliau bukan setakat boleh berkongsi kasih bahkan berkongsi rumah dan kekayaan yang ada.
Setiap kita akan ditanya di akhirat nanti tentang tanggungjwab, bermadu atau tidak kita akan di soal tentang amal kebaikan sewaktu di dunia. Maka jika mampu menggalas amanah tiada salahnya berpoligami
Tiada isteri terbaik melainkan isteri yang mampu menjadi mukminah solehah sebagaimana Ummul Mukminin.

Wallahuaalam.



Wednesday, July 16, 2014

Mencari Lailatulqadar


Bismillah,

Ramadhan sudah berlalu 17 hari meninggalkan kita. Begitu cepat masa berlalu. Terfikir apakah Ramadhan yang berbaki masih ada kesempatan untuk beribadat sebaik mungkin dari segi kualiti dan juga kuantiti. Ada ketika semangat membara untuk beribadat namun ada masanya bila sibuk ibadat menjadi hambar. Lalu mencari kekuatan di bulan Ramadhan bagi mengerjakan ibadat secara konsisten adalah hajat yang menuju kepada pencarian lailatul qadar. Ia memerlukan setiap kita lari pecut dari ! ramadhan hingga ke hujungnya.

Moga ibadat yang dipersembahkan kepada Yang Maha Pengasih dan Maha pemberi rahmat diterima olehNya.

Friday, June 27, 2014

Ya Allah sampaikan kami pada Ramadhan



Bismillah,

Allahumma Balighna Ramadhan ( 1435H)

Alhamdulillah hari ini hari terakhir bulan Syaaban. Semalam selesai rakaman untuk sesi tazkirah Ramadhan. Ada 3 slot yang dikongsikan, moga ia menjadi ladang pahala buat diri. Sememangnya Ramadhan yang semakin hampir membuatkan diri rasa sayu dan rindu yang membuak. Terasa dekat denganNya. Impian nan satu agar Ramadhan kali ini dapat memberikan yang terbaik di sudut amal dan ibadat.

Pada saat kita bakal menyambut ramadhan ada yang tidak berkesempatan, ada yang diuji dengan pelbagai musibah. Maka sudah pasti kita mendoakan agar mereka yang diuji akan menjadikan Ramadhan kali ini sebagai satu pendorong dan penguat semangat jati diri. Moga Ramdhan ini mendekatkan kita pada Allah SWT.

Puasa yang bakal dijalani moganya menjadi puasa yang berkualiti yang dapat kita tunaikan dengan sepenuh jiwa raga. Ia bukan setakat menjalani lapar dan dahaga tetapi kita melatih diri dengan latihan rabbani dengan menjadikan diri lebih sabar, lebih amanah, lebih tawaduk dan lebih bertaqwa. Moga di akhir ramadhan tahun ini Allah akan mengampunkan segala dosa kita serta memberikan Rahmat buat kita semua.

Wallahuaalam.

Selamat Menjalani Ibadat Puasa buat Rakan Pembaca semua.

Wednesday, June 25, 2014

Apa itu kejayaan?


Bismillah,

Apap itu kejayaan?

Ramai yang keliru dengan apa sebenarnya yang dikatakan 'kejayaan'. Seringkali kita mengguna pakai definisi yang diciplak dari Barat. 
.

Monday, June 16, 2014

Sekolah kehidupan




Belajarlah dengan tekun dan rajin
Daripada universiti sebuah kehidupan
Kalianlah tonggak juga pemangkin
Pencetus Ummah masa hadapan
Universiti ijazah segulung kertas
Ibarat megah butiran istana pasir
Jadikan kalian manja lagi pemalas
Robohnya mudah dek desiran air

Nukilan 
Che Abdul Majid As Sabaki



Poligami : Bila anak berbicara


Bismillah,

Hari minggu yang lepas kami sekeluarga mengambil peluang membawa anak-anak ke program perkelahan Sahabat Yayasan Peramah. Sehari masa berlalu terasa amat singkat. Dalam perjalanan pulang saya berkongsi kisah anak-anak yang menerima impak dari kesan perceraian ibu bapa. Tiba-tiba si kakak mencelah:
" Ummi, 2 orang roomate kakak ayah mereka berpoligami". Lalu saya bertanya, " Bagaimana dengan keperluan mereka, cukupkah?"

Monday, June 9, 2014

Friday, June 6, 2014

Apabila Jodoh Menyapa : Cinta ada pilihan


Bismillah,

Hari ini tertera di ruangan FB yang dikomgsi oleh Muslim Care Malaysia Society menyaksikan Ayu yang berkahwin dengan warga Nepal telah berjaya kembali ke Malaysia.

 Ayu akhirnya kembali ke pangkuan keluarga....
Kisah Pn. Ayu mungkin akan disamakan seperti gadis-gadis kita di Lombok, walhal kisah beliau lebih istimewa dan mendesak kerana untuk menyelamatkan akidah beliau serta dua orang anaknya.
Ayu, atau nama penuhnya Nur Sri Rahayu telah melangsungkan perkahwinannya bersama seorang lelaki warga Nepal, pada tahun 2006. Perkahwinan di Malaysia yang mendapat restu dari kedua ibu bapanya pasti akan membayangkan kebahagian rumah tangga yang berkekalan. Tetapi keadaan berubah apabila suaminya mengajak keluarga ini pulang ke kampung halaman suaminya di Nepal.
Apabila pulang ke kampung suaminya, keadaan hidup Ayu dan anak-anaknya berubah setelah suaminya mendapat pekerjaan baru di Dubai. Keluarga suaminya yang bukan beragama Islam tidak memberikan kasih sayang dan layanan yang baik kepada Ayu kerana perbezaan agama.
4 tahun ayu terpaksa bekerja sebagai buruh kasar untuk menyara beliau dan anak2nya. Keluarga suaminya yang mengongkong beliau serta di sisihkan banyak menambahkan penderitaan kepada beliau. Mereka diberi makanan haram seperti babi untuk hidup, ini membuatkan Ayu terpaksa mencari rezeki sendiri demi sesuap rezeki yg Halal.
Perkara ini mendapat perhatian daripada pihak Metro dan Wisma Putra untuk memberi pembelaan kepada keluarga ini. Atas nasihat Wisma Putra, Ayu dinasihatkan untuk datang ke kedutaan Malaysia di Kathmandu. Dengan itu, Ayu terpaksa lari dari keluarga mertuanya sejauh 500km tanpa wang satu sen pun untuk menyelamatkan akidah beliau dan anak-anaknya.
Berbekalkan tawakkal dan doa rakyat Malaysia, Ayu berjaya sampai di Kedutaan Malaysia. Tetapi terpaksa menghadapi kekangan kerana pihak imigresen Nepal tak membenarkan Ayu keluar dan terpaksa membayar denda kerana tinggal melebihi tempoh di Negara itu selama 4 tahun. Sejumlah wang perlu dibayar dimana sini, Muslim Care Malaysia Society telah mengambil inisiatif untuk membantu menyelamatkan Akidah 3 beranak ini.
Roadshow oleh AF Ustaz Norazli Musa, aktivis Muslim Care serta kempen media telah berjaya mengumpul sejumlah wang untuk membiayai kos2 untuk membawa pulang keluarga ini. Alhamdulillah, berkat doa dan sumbangan rakyat Malaysia, serta sumbangan dari kedutaan Malaysia di Nepal sendiri berjaya untuk menyelamatkan akidah 3 beranak ini kembali ke Malaysia.
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang, Pihak Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Nepal dan akhbar Harian Metro kerana banyak membantu dalam misi menyelamatkan akidah keluarga ini. Semoga usaha dan sumbangan kalian mendapat redha Allah, dan doakan keluarga ini terutamanya anak2 kecil ini menjadi anak yang soleh serta menyumbang untuk agama kelak.

Moral dari kisah ini ada banyak yang bleh dipelajari. Di dalam buku Apabila Jodoh Menyapa ada saya nukilkan kisah dan pengalaman berkahwin dengan warga asing.
Betullah cinta itu buta, namun hakikatnya kita boleh membuat pilihan. Gunakan mata hati untuk membuat timbangtara.
Apalah ada pada cinta berbanding agama yang bakal membawa kita ke syurga.
Pada anak-anak remaja di luar sana atau sesiapa sahaja yang mahu memilih jodoh, buatlah keputusan yang bijak. Jika suami mahu memeluk Islam ia bukan semata kerana cinta dan perkahwinan, namun lebih penting Islam kerana kenal Pencipta, kenal Rasulnya.

Moga kita semua dilindungi Allah dan sentiasa dalam iman. 

Monday, June 2, 2014

Dilemma Poligami


Bismillah,

Percintaan yang berakhir dengan perkahwinan adalah sati kegembiraan. Namun adakala kegembiraan itu tidak lama bagi segelintir wanita bila suami mula ada misi untuk kahwin lagi. Ada yang sedih merana hati, ada yang silih berganti rasa tidak puas hati, ada yang marahnya pada suami berapi-api dan ada juga yang memberi restu dan memberi seikhlas hati.

Thursday, May 29, 2014

Tip menulis buku


Bismillah,

Di Konvensyen Guru-Guru Tadika ABS petang tadi saya ditanya oleh beberapa pembaca bagaimana untuk istiqamah membaca buku. Kata mereka buku yang dibeli sering tidak habis dibaca. Ada juga yang bertanya bagaimana mahu menulis hingga sampai ke penamatnya.

Tidak susah untuk membaca jika kita ada kemahuan dan kesedaran serta cintakan ilmu. Sewaktu belum menjadi penulis saya memang ulat buku. Saya pantang jumpa kedai buku atau booth yang menjual buku maka sudah pasti ada sahaja buku yang dibeli. Memang ada ketika kita tidak sempat menghabiskan buku tersebut dalam jangka waktu yang terdekat namun percayalah bila cintakan ilmu kita akan dapat menghadam buku tersebut dengan jayanya.

Bagi menulis juga perlukan banyak menelaah. Jawapan saya mudah sahaja, menulis untuk dakwah memberi kita kekuatan untuk menimba ilmu sebanyak mungkin dari pembacaan atau merujuk orang yang lebih berilmu. Dari situ kita akan rasa betapa banyak yang tidak kita tahu. Betapa banyak yang masih perlu kita cedok. Ada ketika bila kita terbaca satu informasi yang baru, ia satu kesyukuran yang teramat.

Maka cinta ilmu akan menjadi magnet untuk membaca buku. cintakan dakwah menjadi magnet untuk berkongsi apa yang dibaca, digabung dengan pengalaman diri sendiri. Menulis bukan bermakna kita yang terbaik, ia sekadar berkongsi apa yang manfaat bersama orang lain.

Wallhuaalam.

Anak tidak mendengar kata, salah siapa?


Bismillah,

Semalam sewaktu singgah di R&R untuk solat maghrib saya melihat satu peristiwa yang tidak sanggup untuk saya lihat. Namun ia berlaku di depan mata. Manakan tidak, ramai ibu bapa mengadu kenapa anak tidak mendengar kata, melakukan perkara tidak senonoh, nakal dan sebagainya. Ia sebenarnya berpunca dari ibu bapa yang mendidik anak-anak itu sendiri.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam 2-3 tahun keluar dari kereta sambil membuka seluar dan terus kencing berdiri sambil ibunya memerahti dari dalam kereta. Bila anaknya selesai kanak-kanak itu terus masuk ke kereta. Tidak lama ibunya keluar. Saya agak ralat kerana sepatutnya ibu mengajar anak untuk kencing sambil duduk, ambilkan air dari tandas yang tak sampai sepuluh kaki dari keretanya. Bayangkan ada dua orang kanak-kanak yang ada dalam kereta yang lain memerhati gelagat kanak-kanak tersebut. 

Di saat semua orang berkejar mahu solat, ia boleh jadi penyebab untuk ibu bapa keluar bersolat sambil mengurus anak yang mahu menunaikan hajat. Perilaku kencing berdiri dan di mana sahaja yang boleh bukan ajaran Islam. Terfikir oleh saya bagaimana pemikiran ibu bapa tersebut, tidak rasa mahu mendidik anak untuk kencing sambil duduk, membasuh hadas kecilnya dengan sempurna. Ia tidak pelik jika dewasa nanti dia kencing berdiri. Kenapa demikian? Kerana seusia kecil dia tidak diasuh dengan cara Islam. Ibu bapa merasakan renyah untuk membawa anak kencing di tandas. Ibu bapa mengambil mudah isu ini. Ia dilhat sebagai 'emergency', namun hakikat itulah ajaran ibu bapa yang suatu masa akan kekal hingga anak dewasa dan susah untuk diubah. 

Maka tidak pelik peribahasa mengatakan.... " bapa kencing berdiri, anak kencing berlari".
Ingatan buat diri sendiri.... 
Wallahuaalam

Cara Bangkit dari kegagalan


Bismillah,

Kehidupan ini ada banyak hikmah yang obleh dipelajari dari segala suratan yang berlaku. Saya berkesempatan mendengar luahan seorang pemuda yang diuji menjadi lumpu separuh badan akibat kemalangan yang tidak disangka. Beliau yang sudah dua tahun lumpuh pada awalnya tidak boleh menerima kenyataan apabila sebelum ini boleh bergerak bebas, buat apa sahaja. Namun apabila Allah menguji dengan ditarik kedua kakinya, disekat segala kebebasan maka dia mula mengenal apa ertinya kehidupan yang sebenar. Saat diri ada segala dikerumuni rakan taulan dia lupa dirinya. Dia jauh dengan Allah. 

Bila diuji dia sedar bahawa Allah pemilik segala. Dia mula kenal siapa Allah yang menjadikan. Dia mendapat kawan yang sejati yang membawa ke jalan kebenaran. Beliau bangkit dari kegagalan. Menurut beliau hikmah dari peristiwa itu membuatkan beliau menghargai kasih sayang ayah ibu. Satu ketika dulu beliau tidak pulang ke rumah selama sethaun lebih dek kerana ibu tidak merestui kawan beliau. Sehingga beliau tidak pulang berhari raya. Namun bila ditimpa musibah, ibulah yang banyak memberi sokongan dan mendoakan beliau agar kembali pulih. Kini beliau mengetahui hakikat bahagia. Jika dulu beliau mencari hiburan yang tidak membawa erti apa-apa. Hati tidak tenang bila sendirian. Kini dia tahu ketenangan adalah satu kebahagiaan. 

Wallahuaalam

Friday, May 16, 2014

Petua Menghilangkan Batuk

Bismilah,

Sakit itu ada hikmah tersendiri. Sudah masuk tiga minggu saya diuji dengan batuk yang agak lama dan berpanjangan. Ada pelbagai cara dicuba namun lambat reda. Baik rawatan alternatif dan juga rawatan biasa saya cuba. Dek kerana beberapa kali hujan dan panas, maka batuk yang semakin baik bertambah menjadi makin buruk. Ada pelbagai saranan dari sahabat yang prihatin dengan batuk yang saya alami.

Realtinya apabila batuk saya mengamalkan minum air garam. Ubat batuk yang memberi kesan mengantuk saya tidak ambil, Alhamdulillah ia cepat baik. Namun adalagi petua lain yang boleh diamalkan apabila diserang batuk yang kronik. Walaubagaimanapun disamping petua ini anda perlu juga berjumpa doktor bagi mendapatkan khidmat nasihat.

Petua menghilangkan petua batu, boleh cuba salahsatu darinya:

  1. Campurkan segelas air suam dengan sesudu kecil garam. Minum pagi dan petang.
  2. Campurkan sedikit air garam dan perahkan asam limau, diminum airnya.
  3. Campurkan garam, sedikit air, dan lemon minum airnya.
  4. Campurkan kicap dan perah sebiji asam limau. diminum bersama.
  5. Minum sesudu campuran madu dan minyak habbatus sauda. 
  6. Sapukan minyak habbatusauda pada dada yang mengalami batuk.
  7. Tidur diatas tilam yang panas. Atau bersauna bagi mengelakkan kesejukan dan menambah batuk.
  8. Minum air asam jawa.
  9. Elakkan minum ais atau buah-buahan yang sejuk.

Selamat hari guru 2014


Sabar Melayan Merenah Pelajar

Bismillah,

Belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga pendidik. Moga segala amalan yang ikhlas dalam mendidik anak bangsa akan diberi ganjaran oleh Allah.

Tidak dinafi tugas guru amat mencabar. Bukan mudah menyandang jawatan ini jika tidak sabar.
Berkongsi kisah hari ini apabila mengunjungi satu sekolah saya agak terkejut apabila seorang guru menarik dan menjentik telinga seorang pelajar. Mungkin pelajar tersebut agak nakal tetapi saya tidak rasa wajar untuk menarik telinga apalagi ia bukan cara terbaik memberi pengajaran dan nasihat.

Saya terfikir betapa jika anak-anak sendiri diperlakukan begitu. Lebih baik merotan tangan atau badan dengan cara yang betul dibanding menarik telinga. Ia agak sensitif pada saya. Jika anak sendiri angkat suara sudah berubah wajah, apalagi jika ditarik telinga pasti memberi kejutan. Pada saya apajua kesilapan ada cara terbaik dan bukan dengan kekasaran. Berilah pujian pasti anak-anak atau pelajar mudah disuruh dan dibentuk.


Saturday, May 3, 2014

Kelebihan menuntut ilmu


Bismillah,

Ungakapan ramai di kalangan kita mahu berjaya. Tidak sedikit yang mahu berusaha bagi mencapainya, namun adakala mereka kurang sabar apabila menerima cabaran. generasi sekarang mudah mengeluh, cepat penat dan jemu menimba ilmu dan pengalaman sebagai bekalan. Bekas pensyarah saya ada berkongsi mengatakan dua orang professor yang dikenalinya mengambil masa 10 tahun bagi menamatkan PHD mereka.

Saya bertanya, kenapa sampai 20 tahun. Kata professor Madya tersebut ia tidak lain kerana mereka mahu menimba sebanyak mungkin ilmu. PhD yang diperoleh sesuai dengan ilmu yang ada dalam dada.

Terfikir saya bagaimana kita sekarang ini semuanya mahu segera dan cepat. Apa yang cepat dilihat sebagai hebat. Realtinya menuntut ilmu tidak sama dengan mengeluarkan barangan di kilang, bila cepat diproses maka ia dikiran cekap. Ilmu pula amat berbeza. ia perlu digali, dicanai, diteliti, ditapis segala intipati dan dipraktikkan bagi memastikan keberhasilan yang menjamin kualiti.

Menuntut ilmu perlukan semangat juang yang tinggi. Ilmu perlukan pengorbanan. Tidaj mudah bagi yang cepat lelah dan hanya mahukan jalan pintas.

Beruntug bagi orang sabar dan ikhlas menuntut ilmu. Janji tuhan bagi yang menimba ilmu akan ditingkatkan darjat mereka.

Wallahuaalam  

Monday, April 28, 2014

Dilemma wanita dan kerjaya



Bismillah,

Wanita yang bekerjaya seringkali berada dalam dilemma. Kisah yang saya lontarkan dalam travelog empayar jiwa sudah pasti perlu jadi panduan buat wanita. Ada ketika kita ada pilihan namun kita susah mahu memilih lalu ia menjadi satu dilemma buat wanita.

Wanita yang punya kerjaya namun kerjaya itu memaksa dia berjauhan dengan suami. Ia bergantung kepada kefahaman kerana pengorbanan suami isteri dituntut. Jika isteri perlu bertugas jauh dan suami pula ada komitmen kerja di tempat sedia ada memaksa mereka berjauhan. Lalu wajarkah si isteri berada jauh? Jika ada anak-anak yang perlu diurus, balik atau bertemu sekali sekala. Namun dek kerana ia punca pendapatan bersama maka si isteri harus meneruskan tugas dan kerjaya.

Ia satu perngorbanan bersama, Benar sekali. Namun ada risikonya. Bila berjauhan ada banyak kes berlaku. Ada suami atau isteir yang curang. Tidak memegang janji dan amanah bersama. Contoh bila jarak masa lima tahu berjauhan pasti ada hati yang tidak sabar dengan ujian. Maka ada kes suami kahwin lain tanpa pengetahuan isteri. Ada isteri yang punya kekasih gelap diluar.

Bila hal ini berlaku maka wanita bekerjaya masih relevankah. Ada yang menyesal kerana bertugas jauh kerana dari situ suami ambil kesempatan kahwin baru. Rasa diri teraniaya kerana mereka keluar mencari kerja untuk keluarga.

Maka jawapan saya mudah, ia bergantung pada sikap dan prinsip yang dipegang oleh individu. Ramai yang berjuahan tapi boleh setia. Namun jika tidak mampu atay tidak mahu menanggung risiko buat pilihan untuk tinggalkan kerjaya dan duduk sahaja di samping suami. Jika duduk setia bersama pun suami tetap ada cinta yang lain maka, berlapang dada dengan takdir. Jodoh itu ditangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang.

Wallahuaalam.

Saturday, April 26, 2014

Kasih Sayang siri 11


Bismillah,

Kisah bersama usahawan tentang ibunya lama saya simpan, namun ternyata Allah itu mahu saya belajar dari pengalaman. Beliau sering bercerita tentang adiknya di kala pertemuan. Namun tiada yang buruk semuanya baik-baik sahaja. Cuma dia pernah memaklumkan yang adiknya juga minat berniaga. Bertahun masa berlalu saya pula ada beberapa kali bertemu beliau, itu pun adakala secara kebetulan.

Dua tahun masa berlalu, saya akhirnya tanpa disangka dipertemukan dengan seorang hamba Allah. Apabila mendengar kisah rupa-rupanya dia merupakan adik kepada pemilik kedai runcit yang telah lama saya kenal. Saling berkongsi maklumat, ternyata beliau yang ramah orangnya mudah didekati dan disenangi. Bila melihat wajah yang amat berbeza maka baru saya maklum mereka berdua adik beradik dari ayah yang berlainan. Bertemu dan mengenali dua insan yang sya tahu kisahnya, maka ia membuat saya teringat kata-kata si kakak bahawa ibunya lebih kasih kepada adiknya. Hati saya lalu berkata... patut lah... walau realti mungkin ia bukan apa yang saya fikirkan.

Si adik rupanya juga berniaga nasi di tepi jalan. Allah menggerakkan hati saya dalam perjalanan untuk ke pejabat, saya singgah di gerai beliau. Maka dari situ saya bertanya adakah suaminya bekerja makan gaji. Beliau menyatakan bahawa suaminya mengusahakan kedai makan. Beliau pula menjual nasi sekadar mengisi masa menunggu dua anaknya balik dari sekolah. Katanya beliau tidak cmapur hal kedai suaminya kerana sudah ada pekerja. Ibunya tinggal bersama dengannya, jadi dia lebih betah untuk berada di rumah. Saya membayangkan bagusnya beliau berniaga untuk manffatkan masa yang ada. Dia ternyata ada kerajinan. Mungkin tidak semua seperti dia.

Mengenali watak beliau maka ia banyak membantu saya untuk mengerti kenapa seorang ibu dilihat cenderung untuk kasih kepada anak berbeza-beza. Mungkin pada mereka sama sahaja, tapi tidak pada yang melihat. Sebagai ibu sudah pasti anak yang lebih dirasakan selesa bersama akan jadi tempat mereka menumpang teduh semenatara menanti tamat usia. Bila anak prihatin dan pandai melayan maka ibu tidak akan merasa kekok untuk tinggal bersama, apalagi jika menantu juga amat memahami.
Sungguh benar, kasih sayang tidak boleh diukir dengan nilai wang namun kasih sayang mampu membeli banyak perkara. IA nilai yang tiada nilai harga.

Wallahuaalam.